TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, October 28, 2005

Alkisah Bila Bapa Bercerita. PART II

Happy Thanksgiving  Day Family

Ketika itu, baru saja hendak mengadap hidangan tengahari, hanya saya dan bapa sahaja yang berada di rumah. Mama waktu itu pergi ke kampung sebelah berurusan untuk mendapatkan 'kombain'. Sebelum itu mama dan bapa 'bergeser kata' tidak sependapat dengan beberapa perkara yang tidak saya pasti. Semasa menjamah makanan, wajah bapa tiba-tiba berubah murung bercampur kesedihan yang amat sangat.

Wayne Broadbridge, father of AFL player Troy Broadbridge who died in the disaster, in Phuket yesterday.

Perlahan Bapa membuka mulut cuba berkata sesuatu, berat dan tersekat-sekat dan terdiam beberapa ketika kerana terlalu getir 'melayan emosi yang dibelai airmata'. Saya mula menongkah kedua belah tangan dan jari bertaut perlahan menyentuh getar bibirku 'yang mula dan cuba memahami kesedihan bapa'. Bapa akhirnya menggagahi dirinya berkata "Saya kagum dengan dia (mama). Walaupun tidak mempunyai pendidikan dan tidak tahu membaca tetapi fikirannya sangat bernas dan jelas". Bapa menyambung lagi " dulu pernah kami (mama dan bapa) langsung tidak punya wang untuk membeli barang keperluan dapur walau untuk membeli garam pun. Tapi pagi isninnya, dia (mama) mula berkemas diri bersiap sedia hendak ke Tamu Tandek. Saya sangat hairan dan fikir bagaimana hendak ke Tamu tanpa wang. Lalu saya tanya dia 'mau pergi ke mana? Ada duit?' (dalam bahasa kadazan).

Sehingga ke peringkat ini saya dan bapa mula menitiskan air mata. Bapa menyambung kembali ceritanya dengan penuh hiba. Bapa bertanya kepada saya " kamu tau apa mama kamu jawab ?" Saya cuma berdiam diri. Hanya memejamkan mata dan menyembunyikan wajah di balik tautan tangan. Bapa bersuara" Mama kamu jawab dia mau ke pasar mencari lada saja. Dia bilang, biarlah lada saja lauk makan. Ada lagi terasa pedas di bibir" Waktu itu saya mula mengerti apa yang cuba bapa sampaikan. "pergolakan' yang berlaku tidak menghalang daripada bapa memberikan teladan dan bapa memilih sikap mama menjadi jembatan teladan yang ingin bapa mahu anak-anaknya memahami.

"Education commences at the mother's knee, and every word spoken within the hearing of little children tends towards the formation of character."

Wednesday, October 26, 2005

Alkisah bila bapa bercerita. PART I

Bila terpandang gambar di bawah, tiba-tiba teringat cerita bapa entah beberapa tahun lepas. Ketika itu kakak Lyedd, mama dan saya menikmati senario petang bersama bapa. Kata bapa, usia saya waktu itu mungkin lebih kurang 2 tahun, berbadan bulat, gemuk dan comot. Ketika itu saya ditinggalkan bersendirian di rumah sementara mama dan bapa pergi mengerjakan kebun kelapa. Bila hari sudah hampir petang, mama dan bapa balik ke rumah dan mendapati saya tertidur dalam periuk belanga besar tanpa pakaian, diselimuti ketulan nasi, dengan tubuh montel yang terpalit seribu arang sambil tangan menggengam nasi! Dalam mulut saya masih ada sisa nasi yang tidak sempat ditelan. Nasib baik saya tidak tercekik waktu itu. Mama waktu itu cakap saya sangat kelaparan sebab tidak makan tengahari. Disebabkan terlalu banyak makan 'topod' saya tertidur kekenyangan. hehe.. Mendengar cerita bapa, pada mulanya saya bagai pecah perut untuk menangani kelucuan yang timbul. Dan kemudiannya, saya tiba-tiba rasa kasihan terhadap budak itu seolah-olah budak itu bukan diriku sendiri... Gambar di bawah benar-benar membuatkan saya teringat cerita bapa. Kakak Lyedd tidak mampu mendiamkan dirinya daripada ketawa panjang... :)

Kesiannyaa...

Tuesday, October 25, 2005

Balik Kampung..

Suatu pagi yang bening, sunyi yang gemersik, sedikit kelam, di celah tingkap yang tak berkunci, bermulalah monolog di antara sedikit sedar, separuh malas dan gamitan mimpi yang masih belum mengusir .

How cute
sementara menunggu sang suria menghantar serinya ke daun hijau yang masih segar ditemani
embun semalaman, aku cuba bersahaja untuk menidakkan kerianganku menghitung waktu menjejakkan kakiku ke bumi Borneo. Dalam dingin yang nyaman, sekadar cuba bertenang meredakan emosi yang diterjah bertubi dari daerah hati ke pelusuk jasad nanyian desa bak disihir buluh perindu...
Cute
hanya sabar menunggu. Barangkali tujuh hari tujuh malam nanti belum cukup bagiku mendengar keluhan rimba, kocakan air, rangkaian daun alam yang diseru angin, atau suara misteri yang berdecit di antara burung yang pulang senja. Apapun, rentetan cerita yang tidak pernah selesai ini, pasti akan mendapat perhatianku untuk diteladani..

Awwww

yang kecoh, yang ribut, yang berserabut, atau nakal yang tidak begitu angkuh, yang terubat sendu, dalam sekian banyak pilu silam ke depan menyerbu, sekalipun terhiris berdarah, jatuhnya pun tetap menenun warna yang tidak boleh disangkal hadirnya. Yang begitu baiknya ialah ada perkongsian, pertautan perasaan mewarnai beranda jiwa. Dan yang singgah di antaranya ialah aura luarbiasa memintal rasa persaudaraan melalui pelbagai cara karekter kita tapi satu dalam cara keluarga.

Dubya

barangkali belum ada masa untuk kita mengharungi perjalanan yang sama di satu tempat yang begitu kita gemar. Tidak mengapa untuk itu.. Biarlah kegemaran yang sama itu sentiasa bernyala, jasad di bumi lain, tapi kita menghantar pandang ke destinasi fikiran yang sama. Bukan tidak ada waktu untuk kita berselisih bahu, di udara sana Dia melihat bumi ini kecil, barangkali tidak sukar untuk kita berfikir antara bahu kita tidaklah sejauh mana untuk bertegur sapa.

Hitchin' a ride

Kegembiraan tidak pernah menjauhi kita. Cuma kita meletakkan kegembiraan itu sebentar di sisi, menelaah ruang, mentafsir langkah dan mengatur peluang sewaktu kita berlengan dengan kesibukan dan tuntutan 'makan minum' di bumi yang semakin tamat sifat sementaranya. Akan ada hari yang datang nanti, perlahan menepuk mesra belakang kita dan berkata "Saya ada sesuatu untuk kamu" dan dia menghadiahkan kita satu hari yang belum kita tahu bila.

Santa Monkey

dan peringatan terakhir sewaktu kita hampir kehilangan sabar untuk meraihkan beberapa hari besar, ada ketakutan yang akan menyusul. Kegelapan mula menjelajah sehabis ruang yang ada untuk 'menjerkah' kepulangan bertali arus di atas jalan. Pelbagai destinasi yang dihajati mungkin senyum perantau akan bertemu lambaian mesra desa. Tapi tidak semua cerita akan berakhir begitu. Usahlah memilih apa yang tidak kita inginkan berlaku...

Worried Monkey

Inilah hal yang ingin kujeritkan kepada semua yang ingin pulang..

"TOLONG JANGAN PANDU LAJUUU!!.BOLEH TAKKK??!!"

BOO

SELAMAT BERCUTI WARGA MALAYSIA.

PROUD TO BE SABAHAN!!

Sunday, October 02, 2005

Aku, Jamboangan dan masinasin komuniti

Sejak kebelakangan ini kelibat nuar dari Jamboangan sudah kelihatan. Suatu ketika dulu, kelihatan mustahil untuk mendapatkan khabar dari pulau itu. Dan secara tiba-tiba nun di Jamboangan menghulur salam dan kerancakan timbul meriuhkan laman masinasin. perkembangan yang sungguh baik!. Nuar, bila lagi register jadi blogger? Seronok rasanya bila melihat komuniti masinasin semakin bertambah. Dengar khabar, Momon juga sudah punya blog sendiri tapi belum link dengan komuniti masinasin. Onong juga sekali-sekala muncul dengan komen di website masinasin. Petandanya akan ada hari baginya untuk menjadi sebahagian daripada komuniti masinasin. Harap begitulah. Bagi saya, lingkaran persekitaran kalian yang penuh maklumat, peristiwa, juga gerakan abstrak dalam fikiran adalah sesuatu yang unik untuk dikongsikan bersama.
Dua tiga hari lepas, sedih juga bila blog ditembusi spam dengan mudah. Nak kata macam mana. Kudrat manusiawi dan keterbukaan maya adalah dua perkara yang sungguh berbeza. Kendatipun, rasa seronok sejak mula blog ini diperkenalkan oleh Tok Penghulu bagai tidak berpenghujung. Terus terang, jika seminggu tidak menjenguk blog, rasa seperti tertinggal sesuatu yang sangat berharga. Setiap kali ada peluang, maka tanpa lengah terus sahaja saya akan memasuki setiap laman komuniti masinasin dan menjadikan laman masinasin sebagai paksi segala keriangan. Kenapa? Di situlah berhimpunnya kita. Ibarat rumah kedua selepas rumah tempat lahir kita di Kg. Tingkalanon. Dan suatu waktu nanti, yang dapat menghimpunkan kita semua di masinasin yang sebenar adalah PERKARA TERBESAR YANG BELAKU DALAM HIDUP dan sesuatu yang amat dinanti-nantikan.
Hujan emas di rantau orang, hujan batu di tempat sendiri.
Tempat sendiri lagikan terkenang.