TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, February 20, 2006

Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

Kelmarin (Ahad), saya dan Why bertolak dari rumah auntie lebih kurang jam 10 pagi ke stesen komuter Klang untuk ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama Konong berlepas dari Kompleks PKNS, Selangor menuju ke destinasi yang sama iaitu Pasar Seni. Hari Ahad yang indah, kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Why sebenarnya telahpun menyatakan merancangnya sejak petang Sabtu untuk ke KL membeli barang keperluan (siap dengan list antaranya - office wear 1000 pasang). Setelah ketiga-tiga adik-beradik nie bertemu di lokasi yang dijanjikan, maka bermulalah memori perjalanan yang 'tidak ingin diingati sepanjang abad'. Haha.. Episod itu bertitik mula dari stesen LRT Masjid Jamek. Titik 'pink' (merujuk warna baju satu set yg why pakai hehe!!)

Entah, apakah nasib kami ketika itu terpaksa berjalan mengikut laluan yang begitu jauh ke destinasi pertama iaitu pusat beli belah SOGO. Mana tidaknya, mungkin kerana 'ego sabahan yang kononnya sudah senior di kl', ungkapan orang tua yang mengatakan takut bertanya sesat jalan tidak 'kami pedulikan'. Sudahnya, sikap begitu dibayar dengan tenaga dan peluh menitik di bawah sinar terik matahari. Lucunya laluan yang kami gunakan untuk segmen 'sesat-sesat jalan' turut dikongsikan oleh 2 pemuda Indonesia yang mengalami nasib serupa. Yang paling menyakitkan hati bila sepanjang perjalanan itu,pusat beli belah SOGO terbentang depan mata, sekadar membuatkan why dan konong terhuyung-hayang menghabiskan perjalanan yang tak kunjung tiba. Nak tau kenapa?? Hah! sungai 'ntah apa-apa' namanya tu (rujuk peta) yang memisahkan kami. Aduhh!! langsung teda jejembat pula tu! Sekali berlaku satu babak 'stunt' melintas lebuhraya daa.. (aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi... ) Percubaan melintas separuh jalan berjaya tetapi kemudiannya tersekat di tengah-tengah jalan apabila usaha tidak berjaya melepasi ruang seterusnya antara kenderaan yang bergerak sedikit laju dan tidak putus-putus. Rasanya 2 minit langkah kami terkunci di situ kemudian baru la terlepas berjaya ke seberang. Aku sekadar menyaksikan why melakukan aksi 'buduh-buduh' yang cuba mengekspresikan ketidakpercayaan akan hal yang berlaku sebentar tadi. Lega dan menyesal saling bersilih ganti dalam hati. Lega bila memikirkan adik-adikku selamat. Menyesal kerana memberikan mereka pengalaman yang tidak sepatutnya mereka lalui..

Akhirnya, kami berjaya menghampiri pusat beli belah SOGO tapi singgah sebentar di Restoran Lotus menjamah hidangan nasi ayam dan ABC sambil menghilangkan keletihan. Sejam kemudiannya, kami berjaya juga memasuki satu persatu ruang beli belah yang membuatkan kami kehabisan daya untuk 'mengelak' daripada tarikan jualan yang ada di situ. Mama kemudiannya cal dengan nada yang runsing memikirkan hanya kami bertiga berada di tengah-tengah kelompok warga kota pelbagai karenah. Bapa juga menyuarakan kebimbangan jika aku gagal memberikan kawalan keselamatan terhadap kedua adik perempuan yang comel ini. Ketika aku sendiri cuba menilai sejauh mana tahap kemampuan tenagaku menghadapi situasi begitu, aku sebenarnya sudah bersiap sedia bahawa apa sahaja kemungkinan, kelibat tubuh ini sudah melaungkan 'sumpah berdarah' akan berada di depan. Dalam seronok-seronok dan perjalanan yang bersimpang siur, aku terus juga mengawasi dalam diam dan sementara itu aku bimbangkan kerisauan mama, takut-takut berpanjangan dan akan menyebabkan kesihatan mama terjejas akibat perasaan tersebut.

Jam 6.30 petang, sinar matahari yang sedikit kekuning-kuningan menandakan hampir senja membisik ke bayang langkah kami katanya 'cukup dulu untuk kali ini'. Dan 'Jalan-Jalan KL' berhenti setakat itu, sedar-sedar kami sudah berada dalam tren STAR menuju ke Bandar Tasik Selatan. Sekali lagi kami tersesat laluan apabila tidak turun di Stesen Chan Sow Lin untuk pertukaran tren. Kami terpaksa berpatah balik ke Stesen Chan Sow Lin, pertukaran tren dan meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Selatan.

Lega bila hampir jam 8 malam semuanya selamat tiba di destinasi masing-masing.... Keesokkan harinya (Isnin), saya ke tempat kerja dan membaca suratkhabar Berita Harian. Saya agak terkejut sedikit bila membaca laporan kejadian ragut dan mangsa dibelasah teruk di Masjid Jamek petang Ahad semalam oleh sekumpulan peragut dan polis kemudiannya berjaya menahan suspek terbabit. Dalam diam, saya memanjatkan kesyukuran mengenangkan betapa kami bernasib baik tidak ditimpa musibah sedemikian dan saya lebih gembira kedua-dua adik comel itu selamat dalam jagaanku sepanjang jalan-jalan di KL.

Selamat bertugas kembali warga masinasin..... Hampir terlupa, SELAMAT HARI JADI UNTUK ADIK HENSEM CLEMENT, harijadi yang ke 28. Lem, baru-baru ni sia dengar waktu malam ko ada suluh ayam jantan si bapa. KENAPA??? hehehe.... jan marah ahhh... Nuar, selamat kembali di Sk. Jambongan. Why, Selamat 'meng'lecturer bebudak kolej nursing. Nong, Selamat menghadiri kuliah. Tok Penghulu, selamat memandu di lebuh raya Singapura dan selamat tiba ke destinasi kerja. Kakak Anang, Lyedd, Miewella juga selamat bertugas di bumi Borneo. Buat MAMA dan AYAH tersayang, apa khabar? We really miss u....

Monday, February 13, 2006

Getah Naik Harga, 'Sikarap' jadi buruan...

Bagi sesiapa yang masih belum menjual ladang getah pasti akan tersenyum selebar-lebarnya apabila harga getah melonjak paras tertinggi sehingga mencapai RM7 sekilogram. Lonjakan harga sebegini dengan mudah memberikan pulangan pendapatan sebulan mencecah RM5000. Episod 'sikarap' yang dulunya menjadi bahan ketawa, pasti mengetuk mimpi tidur pemuda desa dan untuk beberapa bulan dalam hidup mereka getah 'sikarap' menjadi buruan paling popular. Menurut 'cerita dulu-dulu', antara sasaran yang ingin ditunaikan jika mendapat hasil lumayan pastilah dua tiga sagantang menjadi hiasan malam di perhentian bas usang, 'sulap' tengah sawah, markas belantara meraih misi yang selesai ... Jangan marah topinai, rakan-rakan Borneo, teman-teman di 'lubuk' sana, dulu saya membesar dengan cerita ini.. Hehe. Macam ada sudah yang kelam kabut 'menerang' hutan, baru beli anak pokok getah. Aii gaman, baru menanam ka???
Koko, harga bila naik?
Teringat masa sekolah rendah, apabila selesai sekolah pagi, aktiviti yang mesti ketika itu ialah pergi ke ladang getah mencari biji getah (cari biji getah yang "kinggu",ada marot dan ada keluar tanda titik mata berwarna kemerah-merahan apabila kulit lapisan luar biji getah digores). Kemudian cabar-mencabar siapakah memiliki buah getah yang kuat dan tidak mudah pecah, kadang-kadang hingga melibatkan perlawanan tidak rasmi antara kampung yang berlangsung di ladang getah itu juga. Cara permainannya, tanya Ujang APO? hehe...

Thursday, February 09, 2006

Bantahlah Tanpa Tingkahlaku Yang Melampau..

Agama tidak akan mencapai kemenangan manakala dunia tidak akan aman kecuali dengan adanya sabar. Sabar penting untuk keduniaan seperti mana juga untuk keagamaan. Tidak ada kejayaan di dunia dan tidak ada kemenangan di akhirat kecuali dengan kesabaran. Segala cita-cita dan maksud tidak akan tercapai di dunia ini melainkan dengan sabar. Siapa yang sabar dia akan menang. Sebaliknya kalau siapa yang tidak sanggup menahan kesabaran tidak akan berhasil sesuatu pun - Pelita Brunei
"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)
Episod terbaru melukakan semangat persaudaraan ketika jurang semakin melebar dan hampir tidak kelihatan. Secara peribadi, Kerajaan Denmark melakukan perkara yang menggoncang keakraban di kalangan bangsa-bangsa dunia dan seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan itu. Namun, reaksi yang melampau ketika menyatakan perasaan tidak bersetuju pada pandangan penulis bukan lagi berpaksikan rasa kecintaan tetapi sejarah konflik bangsa dan didikan budaya mengganggu tujuan sebenar di sebalik bantahan. Sedihnya bila kontroversi itu menjadikan sesiapapun tidak lagi selamat berada di mana-mana.

Sunday, February 05, 2006

Hari yang membosankan..

Aku menutup tirai cuti dengan hujung minggu yang sangat membosankan.. Mujur esok aku berdepan dengan tugas kebiasaan yang membuatkan aku berfikir masa begitu pantas berlalu dan waktu itu aku lebih memikirkan betapa aku terpinga-pinga ditinggalkan masa. Entah, cuti panjang begini aku selalu gagal mengisi sesuatu yang membuatkan aku berfikir "Alangkah seronoknya bercuti". Aku berdiri di tepi jendela cuba merenung lukisan tingkap yang hidup. Dan aku sekadar melihat fenomena alam yang ditikam kehangatan suhu, strukur bisu pembangunan yang tidak terkawal, angin malas yang kelihatan menyesal bermain debu kota seolah-olah berkata 'Aku tidak patut lalu di sini' dan aku mematikan pandangan mataku menatap wajah pokok yang suram menghantar lambaian daun yang menudungi jalan lengang dan berkata 'maafkan aku sahabatku kerana aku gagal memberikanmu udara yang bersih'. Aku tersenyum sendirian. 'Aku tahu 'mereka' semuannya bosan dan aku tidak bersendirian dalam hal ini', bisik hatiku cuba memujuk hati yang gagal.

Semalam aku bermimpi rumah di tepi sawah desa Tingkalanon.

Saturday, February 04, 2006

Happy Sabat..

CHURCH KLANG
(BM GROUP)

Jeremiah 31:3: "Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal"

Sekian lama, kali ini aku berpeluang ke gereja. Kebetulan ada lawatan dari SDA Mission Sabah yang anggotai oleh Pastor Daniel Bagah (bekas pengetua sekolah GASS), Pastor Francis Lajanin, Pastor Mahani dan Pastor Steven. Bertemu rakan lama dan saudara mara sekampung. Pastor Daniel menyampaikan pelajaran Sekolah Sabat 'Murid Mencari Murid-murid', Pastor Mahani dengan 'Komentar Penatalayanan Keluarga', Pastor Francis Lajanin dengan kothbah bertajuk 'Kasihilah Tuhan Allahmu dan sesama manusia. Itulah hukum yang terutama'. Konong, Vca, Cathrie, Christine, Sam, Pastor Rubil, Auntie Satiah, belia-beliawanis advent... Good to see u all again..

God bless...

Friday, February 03, 2006

Menemani Pungguk Di Bulan Terang...

Terkenang lagu Janji Terang Bulan.. Heheh!!
(aku sudah lama tidak berfikir mengenai diriku dan kali ini aku mahu memberikannya satu peluang berfikir untuk dirinya sendiri...)

Thursday, February 02, 2006

Menyelak Diari...

Monolog kotaraya

Mengintai Kasih Yang Jauh...

Berkelana Di Belantara Hati
mencari muara
menghantar muzik yang beralun
menemani renangan ikan
menduga tari angin
menyusur alur rasa
tembus ke belantara jiwa
meninggalkan teratak di hilir
beranda yang lapang
dan halaman
yang tidak lagi bergores sesak.
Ketika pintu itu tertutup, selalunya membuatkan kita menatapinya terlalu lama sehinggakan kita terlupa dan tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

Labels: