TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, March 22, 2006

1 Daripada 10 Perkara Kebijaksanaan Suami Mengadaptasi Tekanan Di Rumah....

Any comment?? hehe....

Mahu Mencuba??



Tuesday, March 21, 2006

Senyuman - dunia mental yang positif VERSUS misteri psikologi

Satu daripada hakikat emosi yang melantunkan ekspresi jiwa, bergantung kepada maksud di sebalik kemahuan untuk senyum. Biasanya, mental yang halus, bersih, jujur dan positif merupakan interaksi kuasa yang luarbiasa yang merangsang mood untuk tersenyum atau ingin memberikan senyuman. Dengan sendirinya kemahuan untuk tersenyum atau menghadiahkan senyuman dapat difahami apabila dipacu oleh situasi kehendak untuk apakah kita tersenyum.
Misteri secara biologisnya pula menjalar memintal perhatian di antara hubung kait di antara senyuman dengan ekspresi wajah yang di perantara oleh saraf dan pekerjaan otak. Wajah yang bengis bila marah. Wajah yang murung bila bersedih. Wajah yang relaks bila menikmati panorama fauna. Wajah yang ketakutan apabila bersalah. Wajah yang terperanjat apabila disergah. Wajah yang dungu ketika ditinggalkan kekasih. Di antara sekian banyak ekspresi emosi ini, anehnya, masih juga mampu 'dibahasakan' melalui senyuman.... Kemampuan pelbagai emosi menjengahkan diri melalui senyuman menyeret tatapan yang mengundang misteri dari sudut psikologinya. Marah tetapi melontarkan senyuman... Masih tersenyum walaupun dalam ketakutan. Tersenyum di kala kedukaan.. Tersenyum di sebalik perasaan malu.. Kecewa tapi tersenyum. Reaksi sinis tapi tersenyum. 'Senyum sorang-sorang' tanpa sebab? :) Atau klasifikasi senyum manis, senyum simpul, senyum korporat, senyum seleberiti.. Atau bagaimanakah senyum boleh terjadi ketika 'berwajah masam' yang kemudiannya dipanggil sebagai 'senyum masam'?
Keajaiban dan keberadaan 'senyum' ini kemudiannya mengalir, berterusan dan bersilat makna pula di gelangang personifikasi, umpamanya kota yang tersenyum, alam yang tersenyum, cahaya yang tersenyum di beranda, senyum pertiwi dan sebagainya. Sehinggakan pada satu tahap, kemurnian senyuman itu mencapai kelas 'dewa-dewi'. Senyum yang memberikan nafas kepada kematian. Senyum yang memberikan kesembuhan. Senyum yang 'membunuh' konflik. Atau minda pujangga yang memilih untuk berkata 'Senyum ibu adalah senyum yang menghantar ke syurga'. Hakikatnya kehadiran perkataan senyum itu sendiri wujud di 'segenap tempat yang ada'....

Apapun yang diperkatakan tentang senyuman, keberadaannya adalah satu SENJATA untuk memulakan apa sahaja. Untuk dipercayai dan mahu mempercayai, untuk menyayangi dan disayangi, untuk satu kejayaan atau berusaha untuk berjaya. Atau dalam proses untuk membangunkan usaha pengendalian diri. Umpamanya menunjukkan ketabahan, kekuatan, semangat, kemahuan dan apa sahaja dikala berjuang memenangkan jiwa dan minda yang sarat dengan derita, keluh kesah dan penat lelah.

Kita sebenarnya bukan mahukan misteri yang sekadar menambahkan lagi 'ketidaktahuan' fenomena senyum, walaupun kita tidak menolak 'harus ada misteri' untuk menjadikan hidup ini penuh dengan pencarian jiwa berwarna-warni. Kita perlukan senyuman kerana senyum itu satu DIDIKAN.

Oleh itu, dengan ikhlas, walau santai begitu sahaja....

Friday, March 10, 2006

Selang sesaat di antara hidup dan mati, pada waktu itu, yang hanya kita ada ialah peluang, sekadar berpeluang untuk berfikir mahu mengelakkannya...

Dapat menangguhkan seketika 'ketibaan kita ke destinasi itu', maka hiduplah kita di saat peluang yang menjengah itu tidak sempat kita pilih. Atau sebaliknya, bersedialah membiarkan fikiran kita untuk mempercayai bahawa dalam sekian banyak pilihan yang membuatkan kita terus hidup, akhirnya kita terpaksa akur saat terakhir begitu, kita tidak memiliki peluang. Ketika itu, sama ada bersetuju atau tidak itulah destinasi pilihan kita terakhir sekalipun kita tidak juga pernah mahu memilih begitu.
kita sering terlupa bahawa manusia hidup dengan hakikat begitu

Wednesday, March 08, 2006

Suatu hari nanti entah bila, aku tidak berpeluang untuk menjelaskan kekerasan jiwa, amukan amarah atau kehilangan arah.....

aku perlu berlari jauh, menyusur nyanyian malam dan rembulan yang meremang tumpah di celah rimbun belantara, pokok mati, daun kering dan batu kecil yang bermandikan lumut denai, ke satu tempat yang tenang dan terasing...
BERSENDIRIAN

Thursday, March 02, 2006

Harga Minyak Naik Lagi...


Pagi jumaat minggu lepas, saya agak biasa-biasa sahaja memulakan perjalanan ke tempat kerja menaiki motorsikal biruku yang dibeli tahun lepas... Motor second hand saja bah... Tapi kalau saya hendak jual motor tu, masih boleh ditawarkan pada harga RM1,500.oo. Petang kemudiannya, jam 5, sempat juga saya ke Petro Pump, Tmn Billion, Cheras mengisi tangki minyak sebanyak RM5.00 dengan bacaan 3.128 liter.
Hari selasa lalu, saya singgah membeli suratkhabar The Star dan meletakkannya di bakul motorsikal. Sepanjang hari itu saya agak sibuk sedikit dengan kerja dan terlupa untuk membaca suratkhabar seperti kebiasaan yang saya lakukan setiba di tempat kerja. Tengaharinya, motor kehabisan minyak dan saya terpaksa menolaknya ke stesen minyak. Kemudiannya, saya mengisi minyak sebanyak RM6.oo. Saya agak terkejut bila mendapati tangki minyak tidak penuh. Saya perhatikan bacaan liter tidak mencapai bacaan biasa malah kurang daripada bacaan liter ketika saya mengisi minyak RM5.00. Saya cuma berdiam diri tetapi mempunyai sedikit perasaan ganjil. Saya terpandang sesuatu di muka depan The Star - Diesel, Petrol 30sen increase - dan dengan tidak semena-mena hati saya 'menjerit' 'HARGA MINYAK NAIK LAGI???!!'... Patutlah.. kemudiannya saya teringat betapa jauh berbezanya bacaan liter dan kenapa tangki minyak motor tidak penuh pada harga RM6.00.
"It hurts, so make sure money is well spent" - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
PM mengatakan bahawa adalah sesuatu yang menyakitkan apabila kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebagai tindakbalas terhadap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa dan berharap rakyat Malaysia akan berbelanja secara berhemah sambil itu beliau menyifatkan paras harga minyak yang terbaru masih murah jika dibandingkan negara-negara Asean yang lain. Semalam sebelum tidur, saya teringat kembali penjelasan PM dan ingatan beliau supaya rakyat dapat bertindak terhadap kenaikan harga melalui sikap berhemah.
Saya tidak punya sebarang bantahan [sekadar kalau membantah pun, hanya bantahan peribadi yang didengari oleh diri sendiri.. :)] terhadap kenaikan harga minyak. Tetapi fikiran saya terus sahaja melayang, fikir-fikir dan gusar gerangan apakah yang ada dalam minda para peniaga, yang selepas ini boleh diteka pasti akan 'bermaharajalela' dengan tanda harga, apa jua yang mereka jual. Tindakan mereka yang menaikkan harga 'cekik darah' tidak membantu seruan PM yang mahu para warga pengguna berjimat cermat. Harap pihak berkuasa pantau-pantaulah premis jualan yang pasti akan 'naik minyak' jika tidak ada kawalan tegas.
Oleh itu - "Untuk semua yang berkemampuan untuk membeli, sebarang kenaikan harga runcit lebih daripada yang difikirkan munasabah jangan sokong dengan pembelian dan belanjakan wang dengan pembelian yang bistari" 'Larangan' ini terkecuali kepada yang mempunyai kuasa super membeli tidak terhad. Tetapi masih menaruh harapan agar mereka tidak menyokong kenaikan harga mendadak luar batasan..
Pesanan terhadap para penjual/peniaga yang sudahpun 'memanjakan otak' berkira-kira akan keuntungan yang bakal dikaut nanti, - 'jadikanlah terlebih dahulu dirimu seorang pembeli yang baik, maka akan dapat jadikan dirimu si penjual yang baik juga'
“Such changes in lifestyle should be made so that even if there were increases
in fuel prices, Malaysians will be able to continue having the good quality and comforts of life which they have been enjoying,” DPM, Datuk Seri Najib Tun Razak.
To masinasin Community - you already know how to react..