TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, July 17, 2006

Antara beberapa Lagi Koleksi Gambar...

Gambar kenangan bersama mempelai...

Jemputan khas dari India.. Fuiyoo berbaju sari serba purple you!

Mempelai menerima ucapan tahniah daripada kakak Anang dan Bro. Jenson.


Yuhuuu!! Ni dia couple glamer yang sporting...


Aikk!!.. biasanya orang 'buka' untuk pengantin... tp kali ini pengantin pula kena buat 'martial show'.. Hebat jg penangan sepring pengantin nie.. :)


Senyuman bahagia....

Sesi bergambar bersama kedua mempelai...

Bunga ini akan kuberikan kepada sesiapa yang memiliki senyuman yang sama sepertiku.. :)


Hindi Celup.. hehe..
Ka ho na pyar. Thum naja ho na he ghia..?

Sunday, July 16, 2006

Wargghh!!! Betapa kasihannya aku bertarung nyawa, tenaga dan masa untuk merealisasikan keinginan 'menguploadkan' gambar majlis. hehe...

Saturday, July 15, 2006

Majlis Pertunangan

Sehari selepas salah seorang komuniti masinasin (nuar) melangsungkan majlis perkahwinan, Clem pula (berkot hitam) melangsungkan majlis pertunangannya dengan kekasih pilihan hatinya.


Antara sebahagian daripada hantaran pihak lelaki.


Pihak keluarga perempuan sedang memperhatikan hantaran daripada pihak lelaki.

Dua harimau berantai sedang berunding harga hantaran perkahwinan.


Center of attention. Personaliti terkenal yang hadir di majlis pertunangan, Dalai Lama sedang dikawal ketat oleh pengawal bersenjatakan tangan dengan bantuan alat komunikasi canggih dan dikelilingi oleh pengawal. :) Banyak kisah suka duka di sebalik wajah ini...


Upacara mengikat pertunangan antara Clem dan Cik Dora.


Lem.. mana kau pigi?? jaga-jaga tu tiang ah..
Tarian tradisi kaum kimaragang, 'Mongigol'

Uncle versus lola..


Woi oboh.. nakapanari ih bo'os...

Gambar Majlis Kahwin

and the journey of the fairytale begin...
kiri: Lola, nie puteri Si Miewella.. Cutee..

aikk!!.. bincang apa korang berdua nie?
Aksi dua cuzen selamba... Solomonreal dan Owen D'Lowel

Apa la yang c Clem senyum-senyum ni. Tisu tasangkut di jarawat kali.. hehe

Ehem!!.... aksi candid puteri bongsu..


Ai nuar... bapaluh!! Pengantin perempuan ok ja... Rileks la geng.

Raja dan permaisuri sehari... Semoga berbahagia ke anak cucu...

Pengantin diapit kedua-dua ibubapa pihak lelaki dan perempuan...

Mindama ko kelem... ngaco ja tiga puteri pingitan ni... hehe

Namastee!!!



kisah di sebalik gambar ni.. nak tau?? Hah, kalau nak tau biaq aku crita.. Slamber ja c nuar 'tinggal'kan kekasihnya di luar dan berlari masuk untuk berkumpul bersama dengan komuniti masinasin yang lain.

WISH U WHERE HERE JACK!!


Majlis potong kek.. yummyyy!!

Ada banyak lagi gambar yang tidak tersiar. Tapi jika ada kelapangan masa, gambar lain akan menyusul kemudian. Selepas ini saya kena upload pula Majlis pertunangan seorang lagi komuniti masinasin. SABAR!!!


Teka Teki SABAHAN

Entah cemana bleh timbul teka teki seperti ini. Nak tergelak panjang memikirkan 'kelogikan' jawapannya.. alkisah ceritanya, teka-teki ini hanyalah untuk kategori budak-budak sabahan sahaja. Usahlah mengharap orang lain (selain warga sabahan) memahami kehendak sebenar teka-teki ini.
Berikut antara teka-teki yang pernah membuatkan saya 'terkena' oleh adik-adik saya nie... Soalan teka-teki ini sememangnya dimulakan dengan perkataan gandaan penuh 'sebanyak-banyak'. hehe.. hav a fun!
1. Sebanyak-banyak bapa, bapa apa yang paling berani?
(Baparang = berparang)
2. Sebanyak-banyak bapa, bapa apa yang tidak kena basah?
(Bapayung = berpayung)
3. Sebanyak-banyak batu, batu apa yang sangat alim?
(Batudung = bertudung)
4. Sebanyak-banyak ikan, ikan apa yang paling busuk?
(Eeee kantut = kentut)
5. Sebanyak-banyak kad, kad apa yang ada banyak barang-barang atau hadiah?
(Kadai = kedai)
6. Sebanyak-banyak tarap, tarap apa yang paling ditakuti orang?
(Tarapik = Polis Trafik)
7. Sebanyak-banyak teh boh, boh apa yang paling perempuan takut?
(Bogumuk = gemuk)
8. Sebanyak-banyak bas, bas apa yang paling seksi?
(Basantut = Santut)
10. Sebanyak-banyak bas, bas apa yang berada di atas?
(Basangkut = bersangkut)
11. Sebanyak-banyak baju, baju apa yang pandai penat?
(Bajuging = berjoging)
12. Sebanyak-banyak bata, bata apa yang tidak nampak?
(Batapuk = bertapuk)
13. Sebanyak-banyak baju, baju apa yang kadang-kadang rugi kadang-kadang untung?
(Bajudi = berjudi)
14. Sebanyak-banyak batu, batu apa yang tidak kena panas?
(Batupi = bertopi)
15. Sebanyak-banyak Pam air, pam apa yang tidak boleh diterimapakai?
(Pambuyuk = main buyuk or main tipu)
16. Sebanyak-banyak kari babas, babas apa yang lelaki takut?
(Babasar = besar atau badan naik gemuk)
Tengok la, bukan main lagi loyar buruks kan jawapan dia.. hehe
antara soalan 'femes' yang sedang menyerang budak-budak sabahan... mmmm.. ntah la labuuu! Jawapan akhirnya telahpun diberikan bagi menjawab teka-teki ini... ada apa2 tambahan lagi soalan teka-teki seperti ini? kalau ada, boleh kongsikan dan tuliskan dalam ruangan komen... Tima kaseyyy!!

Sunday, July 09, 2006

Prasasti MEI

MEI
kekerasan hati dan degil
tidak perlu dimotivasikan
fizikal yang baik
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
kelemahan sistem pernafasan
pemikiran yang tajam
sangat manja dan mudah dipujuk
suka sastera, seni dan muzik serta melancong
mudah marah apabila tidak dikawal
bersikap sistematik (otak kiri)
tidak berapa suka duduk dirumah
pandai menarik hati orang lain dan sangat menarik perhatian
suka berangan
tidak boleh duduk diam
perasaan yang amat mendalam
kuat daya firasat
memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
rajin dan bersemangat tinggi
cantik dari segi mental dan fizikal
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
agak boros
mempunyai daya tarikan yang tinggi
daya khayalan yang tinggi
pemikiran tajam
sering menjadi perhatian
pandai berdebat

Hentian Di Hujung Jalan

Horizon sana bercerita kepadaku di hujung masa. Tanah lapang dan beberapa pembahagi ruang menjadi tiga. Ada bahagian ruang yang menyaksikan pohon tumbang dan tidak ada yang cuba untuk bangunkan kembali pohon itu berdiri tegak. Ruang sebelahnya, ada tunas hijau yang mula diperhatikan dengan sedikit rasa tapi harmoni namun masih belum juga tangan yang ikhlas itu mengelus ruas di sisi jiwa. Barangkali tunas hijau itu tidak pernah memilih untuk berputik di sana. Belum ada sesiapa lagi yang bertanya atau tidak ada sesiapapun yang memberitahu. Di sebelah hujung sana, ada daun lebar yang sering menjadi rahsia 'yang entah mau berteduh entah tidak' untuk menikmati angin dan redup alam yang melingkari sisinya tetapi tidak selalu dekat. Sekali sekala berdiri jauh. Kadang berdiri terlalu hampir. Anehnya, yang dianggap 'rahsia' itu dibiarkan sahaja oleh penjaga waktu, entah itu sesuatu yang perlu diperhatikannya selepas beberapa waktu usia pohon itu di sana... Ternyata hipostesis emosi selalu gagal ketika langkah menghampiri Hentian Di Hujung Jalan...

Separuh SEDAR dan Separuh TERJAGA... Menjadi seorang lelaki yang 'memuja bola' tidak banyak yang boleh dibanggakan sekalipun masih berbaloi......

....... saat ketika melepasi beberapa hari tanpa sebarang mimpi. Untuk beberapa hari lagi segalanya kembali normal dan saya harus mulakan pencarian itu untuk mendapatkan kembali masa terbaik sebelum ini.... Hanya satu lagi... ya, hanya satu lagi yang tertinggal.. ITALY vs FRANCE!!! (Mmmm ada satu hari lagi yang saya akan kehilangan masa untuk bermimpi dengan selesa)

Thursday, July 06, 2006

Letih.. Letih.. Letih...

Lama tidak menjenguk blog. Janji mau post gambar tapi sampai sekarang belum ada waktu yang panjang untuk membolehkan urusan 'mengupload' gambar yang terlalu banyak. Mungkin macam yang tok penghulu kata, upload ke masinasin Flickr.. Saya akan cuba.

Bola punya pasal.. rasa macam nak pecah kepala. Nasib baik tempat kerja, semuanya okay. Risau juga kalau tiba-tiba apa saja objek yang ada di site bertukar jadi bola.. Cukup tidur?? tak payah la cerita. Rasanya bukan saya seorang sahaja yang mengalami sindrom mata layu ni.. hehe.

Sedihnya, bila pasukan favourite terkeluar dari saingan merebut pengiktirafan tertinggi dalam sukan bola sepak dunia. England, Brazil, Argentina dan German... Ahh!! nasib la. Skang ni kena sokong France... Sebab kenapa?? Haa.. dalam team tu ada Chelsea player.. hehe.. Maka n Willie.. Gud Luck France!!