TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, March 26, 2007

18A1: Antara Kualiti, Karekter Dan Intelek

Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik menjadi kayu ukuran yang mutlak sebagai syarat terbesar untuk mengisi medan penghormatan tanpa batas. Tidak boleh tidak standard yang dijadikan piawaian kredibiliti seseorang atas nama sebuah kejayaan MESTI direalisasikan atas kepingan slip keputusan yang terbaik.
Kesungguhan yang sebenarnya jika tidak berhati-hati, di kelilingi kealpaan komuniti antara keperluan moral, etika, jati diri, pemerolehan intelek dan kerja keras tanpa didikan yang berhemah dan hasrat perkembangan minda tidak seimbang. Ibubapa cenderung untuk mengorientasikan hala tuju anak-anak mereka agar harapan tinggi mereka HARUS DITERJEMAH kepada menghasilkan produk pendidikan pintar. Pelajar yang masih 'muda usia' digerakkan oleh satu permintaan 'keras dan mesti' digalaskan beban ke bahu usia yang mentah.
Mahu tidak mahu, pelajar ini membesar dalam intepretasi salah, memacu cita-cita menghambat kepantasan masa, mengubah kelembutan minda mencantum akal ke dunia ketakutan dan kemahuan dan dimensi mental mereka dipenuhi dengan ilusi masa depan yang mereka hanya faham sebagai satu perintah di hujung 'pedang' semata-mata, bukan satu galakan yang bistari. Pembelajaran seimbang tentu sahaja umum sedia maklum antara penerapan kekuatan sahsia, kuasa rohani, kecekapan mental dan kendiri pelajar yang diperoleh melalui satu kerjasama ilmu mendidik, dididik, pendidik dan pedidikan yang dikecapi melalui akal fikiran yang bijak.
Produk pelajar pintar jika tidak dilentur dengan kaedah berhemah, falsafah pendidikan negara akan mengalami kegagalan, menenggelamkan potensi lain dalam diri pelajar yang mampu mengangkat nilai murni yang menyokong serba-serbi kehidupan.
Jangan sampai mereka terlupa dididik menjadi pelajar waja diri untuk berdepan dengan 'keputusan yang kejam' bukan kerana kita mahu mengingatkan mereka mungkin akan gagal di sebalik keazaman untuk mahu berjaya. Jangan sampai mereka tidak faham untuk menghadapi kenyataan di sebalik keyakinan yang tinggi. Jangan sampai membuatkan mereka lalai bahawa mereka perlu memulakan 'pendakian' lagi setelah melalui klimaks, yang sebenarnya baru sebahagian kecil daripada episod dunia pendidikan dalam usaha mereka mengejar kejayaan. Sebab hal ini mengingatkan saya pada 2 minggu lepas kejadian pelajar cuba membunuh diri terjun dari tingkap kerana terlalu tertekan dan malu tidak mendapat keputusan yang baik...
Apakah yang sebenarnya yang ada di benak pelajar ini sehingga cenderung menganggap cetakan slip keputusan sebagai akhir kepada hidupnya? Tidakkah kita gerun dengan perspektif seperti ini? Fikirkanlah sejenak. Ada kerja yang perlu difikirkan oleh warga pendidik untuk menyekat potensi 'kecil' kekacauan minda ini daripada menjadi penyakit yang merugikan negara.

Friday, March 23, 2007

Terpuji Bagi Nama-Mu Di Atas Segala-Galanya...

Aku tau serafim-Mu ada di mana-mana mengingatkan kami akan belas kasihan dan rendah hati-Mu. Serafim itu yang Kau hantar ke pelusuk bumi datang menaungi dengan sayap kasih-Mu ketika Roh Kudus mula berbisik dengan kelemahlembutan. Terpuji bagi nama-Mu, hari yang Kau berikan kami untuk beristirehat dan menerima hujan rahmat yang berkelimpahan. Ajarkan aku untuk taat menjaga Hari Pemberian-Mu.
Terima kasih kerana memberikan aku satu kerinduan untuk bersiap-siap setiap kali tibanya hari jumaat. Aku tau esok, Sabat yang indah Engkau berada di sisi kami.
Praise the Lord for the wonderful blessing. Come into my heart and make whole.
'For God And God Alone'

When Friendship Forgotten..

u can't remember the time probably you first met....
u can't retrieved things you one's value....
u can't say "hi", just how you have started......
u can dare to leave without even saying hello and goodbye..
or just freshly say" is that you?"........
dare not to happen or you might losing a ONE GOOD FRIEND...(",)

Adakah Itu Kamu?

Harus kusiapkan hati tapi apakah harus kukatakan untuk memulai semua ini? Ketika aku berdoa, dan jam terus berdetik, angin semilir yang tidak mesra kelilingku, aku bertahan ketika aku mengharap ada kompromi dari dirimu...

Sungguh! aku tidak mau kamu tau.. aku cemas.

Tepatkah Untuk Berkata TIDAK? Atau Betulkah Untuk Berkata YA?

Adakah aku akan mengetahui bilakah aku akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan? Kalaulah aku ketahui sesaat di depanku dari sekarang apakah yang berlaku ketika tibanya waktu untukku memilih untuk berkata 'YA' dan 'Tidak', akan adakah beban itu?
Ketika kita sudah membuat keputusan dan hati terasa berat, betulkah kita untuk berkata 'YA'?Atau dalam dilema hendak membuat keputusan ketika hatimu terasa damai dan tidak dibebani, benarkah untuk berkata 'TIDAK'?
Yang baiknya, kita sentiasa punya kesempatan untuk memperbaikinya.. Biarlah kulewati waktu ini dengan lapang dada.

Thursday, March 22, 2007

Macam-macam...

Saya masih cuba untuk tidak menganggap karikatur ini lucu tapi seharian saya gagal untuk menidakkan ketawa kerana 'idea sempit' namun menjadi... Apa boleh buat... imaginasi kadangkala menjangkau sempadan minda dan tidak boleh tidak humornya terlalu nampak untuk diabaikan mata...

Wednesday, March 21, 2007

Lawatan AY Klang Ke Melaka

Gambar ni diambil ketika AY (Advent Youth) BM Klang mengadakan lawatan koir di Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di Melaka. Group ini mengambil kesempatan jalan-jalan hujung minggu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur..

A Farmosa dalam gamitan sejarah


Aikk!! Sepa la punya idea ni?? Adik aku dalam kurungan sarkas!! Oh! Tidak!!

Kalau pasal bergambar... tidak payah cakap la ni dua orang adik aku ni. Tak kuaseee wa cakap lu... hehe

Aku juga yang jadi pengayuh beca...

Ni la muka orang yang berdiet tapi masih tidak juga berjaya dalam misi.. Huh! betul-betul struggle juga mo kasi turun berat badan ni... hehe

Monday, March 19, 2007

Inilah Desa Yang Sering Kukatakan Aku Ingin Pulang...

Tidak sukar untuk mengerti mengapa aku sering memilih untuk mengingat-ingatkan tempat ini dalam mimpiku. Rumah kecil yang harmoni... Ia bagai satu hasrat yang menjadi hari besar setiap kali aku berpeluang untuk kembali ke tempat ini. Tempatku dibesarkan...
Aku tahu aku akan sentiasa mau katakan "Aku Mau Pulang" dan inilah yang menghidupkan ragaku di rantau orang..



Wednesday, March 14, 2007

Bulan Yang Sibuk..

Ahh!! letih. Semakin hampir Annual General Meeting (AGM - 25March 2007) semakin banyak kerja yang hendak diselesaikan. Sudah beberapa hari saya pulang ke rumah hampir jam 9 malam dan akan berlanjutan untuk 2 minggu lagi. Supervisor report kena submit sebelum 20hb. Isu2 panas mula menular menjadi senjata satu dua puak untuk menjadikan meja pertemuan medan 'tembak-menembak' . Awal-awal lagi bahang 'sengketa' mengapungkan fenomena yang kurang enak. Yang paling menarik ialah pemilihan pengerusi dan komiti yang baru untuk tempoh 4 tahun akan datang.
Saya juga kena waspada dalam tugas kerana tanpa sebab pun pasti akan 'diacu' demi melayan tekanan yang mereka sendiri tidak dapat lari. Saya sudah faham benar karenah ini kerana saya sudah hampir 3 tahun bersama dengan Otai-Otai bisnes.
Tunggu dan lihat..

Masinasin News Update: Mama Sedang Rehat Di Rumah Kakak Anang

Kelmarin petang mendapat berita mama dibenarkan keluar dari hospital Kudat ketika saya sedang berhubung dengan Kakak Anang. Selepas bercakap-cakap dengan mama lebih kurang 3-4 minit dan saya menyedari suara mama lemah sangat dan saya bertanya "Mama mengantuk?". Mama kata "Iya" dan saya bagitau "Mama tidurlah dulu. Tenangkan fikiran dan bila ada kelapangan nanti kita akan bercerita lagi". Sampai di sana sahaja kesempatan perbualan dan syukurlah mama akhirnya boleh melelapkan mata.
Sekarang mama sedang rehat di rumah kakak Anang sebab kakak masih tidak membenarkan mama balik ke kampung memandangkan kondisi mama yang masih tidak begitu stabil. Semoga mama beroleh kesembuhan yang segera.

Tuesday, March 13, 2007

Doakan Mama Dan Bapa Di Kg..

Pagi tadi, lebih kurang pukul 10am, saya mengambil kesempatan untuk menghubungi bapa di kampung bertanyakan khabar mereka. Bapa beritahu mama berada di Kudat sejak semalam dan ditahan di hospital Kudat (sakit mama dulu datang lagi). Kakak Anang mengambil mama tengahari kelmarin di kampung bila mengetahui mama dalam keadaan yang tidak stabil. Bapa bagitau mama tidak dapat tidur dan muntah-muntah. Makan bubur atau minum air juga mama muntah...
Bila saya bertanyakan keadaan kesihatan bapa, bapa beritahu dia juga tidak sihat. Sakit pergelangan tangan dan di bahagian siku masih tidak berkurangan sejak sebulan yang lepas. Suara bapa lemah kedengaran. Kebetulan ketika saya bercakap-cakap dengan bapa, uncle Majawab datang melawat.
Doakan mereka di kampung. Terfikir untuk saya berhenti kerja di sini dan mahu berada bersama mereka di kampung. Banyak yang mama dan bapa tanggung di dalam benak. Sawah padi, urusan harian, rumah yang sunyi tanpa anak-anak, keadaan fizikal yang semakin terhad kudrat. Sampai waktunya mereka perlukan sokongan kerja tangan, kata-kata anak kepada ibu bapa, mengikuti permintaan mereka, mendengar keluh kesah, berkongsi senyum dan tawa, atau mengimbas bersama pengalaman, memberi kasih sayang dan di samping mereka sepanjang masa. Keadaan begitulah yang sebenarnya menyembuhkan mereka.. Semoga mama dan bapa beroleh kesembuhan dan kebahagian hati..
"Ya Tuhan! lindungi mama bapa di bawah telapak berkat tangan-Mu. Kepada-Mu sahaja kami bermohon belas kasihan"
Aminn..

Monday, March 12, 2007

Di Antara Perasaan Bersahaja, Mahu Bertanya Dan Rasa Unik

Tiga perkara yang mula mendekati hariku dalam beberapa waktu kebelakangan ini. Entah itu perlu aku tanyakan pada diriku saat ini atau akan kubiarkan untuk beberapa waktu lagi. Tentu sahaja aku perlu menyemai rasa jujur agar gema emosi ini mendapat layanan sebaik mungkin demi kerana itu adalah aku sendiri.

Ada waktunya, pada bahagian kehidupan tertentu seperti aku mengiyakan sahaja getar naluri tanpa rasa mahu mengetahui apakah sebabnya. Yang bagiku datang begitu sahaja tanpa mampu memaksa aku mencampuri urusan rasa. Entah itu baik bagiku atau aku tidak dapat menanggapi sesuatu yang berkilau di sebaliknya. Aku tau, selalunya dalam kebanyakan masa aku menjadi lelaki yang gagal mendekati pengertian mana yang perlu membuatkan aku rasa mengerti.

Ada waktunya, aku sengaja mengingatkan diriku bahawa dalam beberapa waktu aku terlupa untuk mahu bertanya. Dan sehingga kini aku ingin terus mengingatkan diriku bahawa ada pertanyaan yang terasa istimewa dan dekat sahaja dalam hati. Sehingga kini, malangnya aku masih membiarkan persoalan itu berlegar, melemahkan sikap siagaku, menanyakan kembali hati sendiri dan aku menjadi ligat untuk menepis setiap satu kepulangan kembali pertanyaan yang kulontar tanpa arah, memintaku mengakui akulah tuan mereka. Aku sudah lama mengakui bahawa akulah yang memiliki mereka dan melepaskan kembali pertanyaan itu ke ruang-ruang nafas tetapi aku masih tidak dibenarkan melepasi pertanyaan itu melampaui sempadan biologi menjengah seberang benua bidadari.. Aku tidak dibenarkan oleh dua pekara. Pertama, aku tidak diketahui oleh 'sesiapa' dan keduanya aku tidak ketahui pun kelibat 'sesiapa' kah itu!!.. Tidak mengapa.. Sebentar sahaja lagi.. Kaki kananku jika sudah terpasak ke bumi, aku tau kaki kiriku akan membawaku ke satu lapangan..

Rasa unik.. Ahhh!.. antara gemar dan tidak, antara suka dan mahu melepaskan, antara mahu mengerti dan menolak, dan banyak lagi yang mengundang pertimbangan. Aku menjadi terpisah rasa dalam satu atmosfera naluri. Masih membahagi dua tetapi tidaklah terlalu jauh jaraknya dan adakala sengaja bercantum kembali kerana aku mau begitu. Aku masih boleh berlari jauh, tapi tidaklah terlalu jauh asalkan masih dapat kulihat biar sebesar noktah sekalipun. Aku tau aku masih tidak sanggup terlepas pandang walaupun aku memilih untuk tidak menoleh. Biarlah aku berhenti setakat itu sahaja. Aku tahu rasa unik itu tidak akan membawaku ke mana-mana pun. Ini adalah nota hidup yang hanya aku sahaja yang membacanya sepanjang hayat. Ya! aku hanya mahu membacanya sahaja...

Selamat datang musim bunga..

Tuesday, March 06, 2007

Diet...

Ni la yang susah ni. Berat badan naik lagi 90kg. Argghh!! Diet kunun-kunun sebelum ini (berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 4kg) musnah begitu sahaja (mimising konon diet). Kali ini terpaksa la kasi mula balik program diet dua bulan lepas. Betul juga cakap orang. Menurunkan berat badan memang sangat susah. Dalam beberapa hari sahaja 4kg naik begitu sahaja. Talampau makan masa di kampung bah.. hehe. Apa lagi kalau gisak penambah rasa.. Numbur satu. Cuti satu minggu yang lepas memang cukup makan. Nda ingat lagi betapa susahnya mo kurangkan berat badan. hehe.

Hmm kena diet lg.. 75-80kg!! harap bulan jun dapat kurangkan berat badan ke tahap itu. Ada siapa yang ada 'resepi' diet yang baik? Banyak juga mau kasi kurang ni.. 20kg!!! HUWAAA!!!

Friday, March 02, 2007

Takziah..

Blog ini sekali lagi merakamkan kesedihan di atas pemergian saudara Jaimon Sarikal selepas menderita kerosakan hati akibat jangkitan kuman. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 3.00 pagi tadi di Hospital Lotong, Kota Marudu dan meninggalkan seorang balu dan anak kecil. Tiada kata yang mampu untuk mengambarkan kesedihan keluarga ini. Pemergian dua orang tersayang dalam masa yang terdekat bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh perasaan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya.
Aminnn....