TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, April 29, 2007

Pelaburan Internet?


Kelmarin saya terbaca artikal beberapa akhbar tanah air yang menyentuh tentang isu pelaburan di internet yang mewar-warkan pelabur mula kepeningan kepala angkara ditipu oleh syarikat pelaburan terbabit. Antara lainnya artikel itu menyebut pihak berkuasa telah menyekat laman web tersebut daripada terus diakses oleh orang ramai bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Saya ingin memetik beberapa daripada tulisan artikel tersebut;
"....... Dua bulan yang lalu, impian sebahagian penduduk kampung Bukit Kapar di sini, mahu menjadi kaya sekelip mata sehingga di kalangan mereka sudah mula goyang kaki kerana yakin pelaburan mereka melalui skim internet membuahkan hasil. Bagaimanapun impian tersebut kini ibarat 'pungguk rindukan bulan' apabila beberapa laman web skim pelaburan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa...."
Setakat ini, maklumat yang diterima skim pelaburan internet laman web terbabit tidak dapat diakses bukan kerana pengendalinya cabut lari, cuma aksesnya sahaja dihalang dan laman web tersebut masih boleh dilayari jika pelanggannya mengakses di luar jaring Malaysia.

Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana pelaburan internet sekalipun dipelawa oleh beberapa rakan. Saya lebih suka memilih menyimpan wang dalam SSP (Sijil Simpanan Premium). Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah wajarkah pada waktu ini kita mengatakan para pelabur internet ditipu syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian sedangkan pada hakikatnya laman web berkaitan sekadar disekat oleh pihak berkuasa tempatan daripada terus diakses oleh orang ramai atas alasan bertentangan ajaran Islam.

Persoalannya, adakah sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang menyebabkan para pelabur maya tidak dapat mengakseskan laman web tersebut dan kesan sekatan menyebabkan mereka kehilangan wang pelaburan, mengesahkan bahawa laman web itu telah melakukan penipuan? Tujuan sekatan dan jika perlu dihebohkan di akhbar harus dengan persepsi yang betul. Pendekatan sekatan harus berlandaskan niat laman web itu benar-benar menipu dan dibuktikan menipu. Jika sekadar disekat belum tentu itu satu penegasan penipuan. Oleh itu lebih mudah menulis yang boleh menggambarkan maksud "web itu disekat kerana hasil keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan bertentangan dengan ajaran agama'. Saya tidak nafikan itu tetap satu bentuk penipuan tetapi penipuan yang saya anggap dari segi moral, aqidah dan kredibiliti untung yang boleh dipersoal dari segi agama (bukan penipuan yang pengendali web pelaburan mendapat untung, kemudian ditutup dan pelabur ditinggalkan)

Di mana kesukaran pihak berkuasa sebenarnya menggunakan kuasa untuk menjalankan fatwa ulama yang mengatakan pelaburan internet itu haram.... daripada menghebohkan dan kemudian mengenakan sekatan terhadap laman web terbabit kerana pada hemat mereka melakukan penipuan (bukankah lebih baik memberikan penekanan yang mudah -itu HARAM!) Tidak sukar mengenakan sekatan sebenarnya, TIDAK SALAH mengenakan sekatan dan gunapakai pendedahan berterus terang, berani menyatakan secara terbuka di dada media massa bahawa itu hasrat kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf pelaburan sedemikian disebabkan pelaburan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam (berunsurkan riba) daripada mengambil jalan pintas menuding pelabur maya menjadi mangsa penipuan. Saya percaya perlaksanaan sekatan ini melalui 'attitude' yang merefleksikan cara, sebenarnya tidak mengundang sebarang masalah orang ramai menghalang hasrat mereka daripada terlibat dalam bentuk pelaburan sedemikian. Melainkan tiada campurtangan pihak berkuasa, jika benar laman web pelaburan itu sendiri menjalankan aktiviti yang disahkan penipuan atau amalan pelaburan yang boleh menyentuh sensitiviti agama, maka wajarlah serangan balas daripada autoriti yang bertanggungjawab di Malaysia dilancarkan, mengistiharkan perang terhadap web pelaburan terbabit.
Lakukanlah sesuatu cara dengan lebih berhemah dan blog ini tanpa berbelahbagi menyatakan sokongan sebarang perlaksanaan kerajaan Malaysia dan mengharapkan ada langkah-langkah daripada kerajaan menyenaraikan mana-mana laman web pelaburan yang tidak diiktiraf di samping menyediakan info inisiatif pelaburan demostik sebagai cara sokongan kerajaan terhadap revolusi pelaburan yang semakin menyemarak di bumi Malaysia. Kerajaan Malaysia harus melakukan sesuatu, mengambil peluang atas kegairahan anak-anak bangsa yang semakin ramai yang celik pelaburan. Usah menunggu sehingga membuang waktu menjemput atau dijemput sidang akhbar hanya semata-mata berulang kali menasihati dan mengingatkan masyarakat zaman berzaman bahawa mereka ini menjadi mangsa penipuan.
Kawan-kawan, bolehlah melakukan sesuatu yang lebih baik dalam perancangan kewangan di saluran yang tidak merisikokan wang (dengan maksud risiko yang tidak perlu). Ada banyak risiko lain yang boleh diuji yang boleh kita 'hulur'kan wang dan menukarkannya menjadi 'kuasa' yang menguntungkan.
Ada pepatah mengatakah 'The man who will take the risk can change the world'... Fikirkan apakah bentuk risiko yang dimaksudkan itu, yang boleh mengubah dunia dan menjadikan anda World Wise Man, jika tidak pun wise man sudah memadai..
Tulisan ini tidak bermaksud menyinggung para sahabat, sekadar keinginan saya untuk menulis dan anggaplah ini sebagai pesan seorang teman baik kepada teman baik.

Tuesday, April 24, 2007

Wajarkah 'Mat Rempit' Menjadi Tempelan Tajuk Berita?

Entah apakah sebenarnya perasaan penerjun muda ini bila kejayaan mereka melakukan penerjunan di kutub utara disambut dengan tajuk akhbar sedemikian rupa?? Bagi saya, coretan silam mereka biarlah menjadi teladan dan simpanan kisah peribadi mereka. Secara peribadi, kejayaan ini sambutlah dengan nota pena yang lebih menghargai 'hidup baru' mereka. Sama ada mereka ini adalah bekas raja di jalan raya atau 'pesara' salah laku sosial, lalukan sahaja kisah itu sekadar di pinggiran ingatan. Cukuplah mereka ini pernah menjadi sebutan kerana menimbunkan masalah ke meja penguatkuasa. Mungkin bagi 12 penerjun muda ini, sekadar tersenyum dilabelkan begitu tetapi demi kredebiliti mereka yang memilih untuk meninggalkan profesi mat rempit, mereka ini belia dengan karekter yang baru. Bantulah tulislah sesuatu mengenai mereka tanpa perlu membuatkan emosi mereka ini 'tertoleh ke belakang'... Melabelkan mereka begitu sewaktu menyoroti kejayaan negara bukan sesuatu yang membanggakan...

Penulis artikel ini perlu belajar sesuatu daripada cara penulisan pemberita Bernama (bawah) yang disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang sedikit pun tidak menyentuh peribadi personaliti dalam meraih kejayaan nasional di dada akhbar.

Monday, April 23, 2007

Di Sebalik Lagu SAMSON - Kenangan Terindah

PERINGATAN!!

Ada beberapa komuniti masinasin yang mengambil lagu Kenangan Terindah dari Kumpulan SAMSON (Band Group dari Indonesia) sebagai 'Caller Me Tone' pilihan mereka. Saya sarankan agar berfikir dua kali akan kesan dan akibatnya terhadap diri sendiri dan juga kepada para pendengar yang lain. Untuk membuktikan kebenarannya, sila klik butang di bawah.

Semoga dengan pendedahan ini dapat membantu menyekat lagu ini daripada terus menguasai minda pendengar.

Wednesday, April 11, 2007

Gambar Majlis2

Gambar kenangan..
Mempelai di pintu hati pengantin lelaki.. :)

my name is JAMES BOND .. sorry not BOND but MOND.. Uppss!! Putra sulung kakak Anang, Momon..


Ntah hapalah ni tigaurang bikin..

Pengapit pengantin perempuan berusaha menjelaskan pertanyaa c lola "napa saya belum boleh kawin???" hehe.. memain ja. Aksi candid menarik dari dua pengiring pengantin.


Oh! Tidak.. senyumannya klasik!!

Niklos kuasa 2... hehe. Cazen sebelah mama.

Barisan cazen elegan.. kakak2 c niklos kuasa 2..

c mick menyibuk dengan kamera.. hehe

ni lagi aksi klasik.. kiri anak sulung kakak may, kanan anak bongsu kakak Anang.

Senyumku senyummu jua... :)



Sekali Bapa Datang, Bertempiaran Anak-Anak Dia.. hahah!!

Haku mo berikan perhatian kepada aksi-aksi kakak May, Adik Konong dan Adik Why. hehe... Perhatikan diurang bertiga ni bila bapa datang serang hendap persiapan kami. Sekali pengantin pun naik gabraaa da. Tapi yang lucunya bapa nasib baik tidak marah tapi sempat memerhatikan keserasian tarian poco. Fuhh!! legaaaa.. hehe

Poco-Poco Dulu Bah... (Aksi-Aksi Komuniti Masinasin)

Ni la aksi-aksi yang sempat dirakam sejurus sebelum bertolak ke gereja. Pengantin pun sempat lg menari bersama konco-konco masinasin.. hehe. Masaaaa!! menunggu da orang di gereja!!

Akhirnya Dapat Juga Upload Gambar Majlis Clement & Dora

Pangako Sayo II hehe..
Masa mula-mula sampai di gereja menunggu ketibaan pengantin perempuan

Santai ja c lem atas kerusi pengantin

Main kau janggi.. hehe. Mongigol jangan tak mongigol..

Time potong kek.. yummy!!

Haik!! ni duarang ni suka butul B.A.G.A.Y.A

Ibu bapa pengantin lelaki

Ibu bapa pengantin perempuan

Biras.. :)

Pengantin bersama dorang punya ongkewan..hehe


wajah mempelai sehari...

Dengan ini maka sah la pasangan sebagai suami isteri
Barisan Ongkewan.. :)
Nyalaan lilin sebagai tanda penyatuan hati

Pastor Nelver Sikul mengesahkan kedua mempelai

Wednesday, April 04, 2007

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahumu Memikul...

'Tiada kejayaan tanpa kesakitan' - Cita-cita itu adalah diri kita sendiri. Cita-cita itu risiko. Hidup itu logiknya beban berat. Selalunya mendepani kata hati daripada menjadi analitikal. Memilih untuk tidak berbicara sangat tegas walau tidak pernah kata hati sewenang-wenang begitu.
Tapi kalau kita berdoa, kita mengasah hati.
Bangku sekolah, pilihan ada dua mungkin tiga. Mengajar kita memakai logika, pasif atau ekstrem. Jalan-jalan begini tetap menuntun hari demi hari bezanya ialah emosi atau luahan perasaan menyuarakan hati yang dalam.
Percaya la.. Percayalah pada nilai yang kacau, yang rumit, yang berat, waktu sinis atau waktu mendorong, ditikam belati ke rusuk rasa atau dihujani peluru ke cermin hidup. Yakinlah kepada anugerah nilai hilang percaya, hilang keyakinan, hilang pertimbangan, tidak mengerti sekalipun yang kusut, yang bungkam, yang menyebalkan... Baiknya kita tahu mengalirkan air mata untuk nilai begini.
Tapi kalau kita berdoa, kita mengasah hati.
Ada waktunya kita mendengar idea identifikasi intelek kita bagai diletakkan di atas pinggan kotor tidak berbasuh, ada waktunya kita disuguhkan dengan suara yang seakan-akan itu bukti hajat kita tidak berbaloi untuk berada di sana atau di sini. Oh! atau barangkali sehingga membuatkan kita seperti diberitahu kita tidak sepatutnya wujud pun untuk cita-cita yang diidamkan. Baiknya kita tahu memberi reaksi sekalipun dalam luapan emosi atau perasaan...
Tapi kalau kita berdoa, kita mengasah hati.
Mari, aku ingin katakan mereka ini orang yang baik. Orang ini juga patut ada di tengah-tengah perjalanan cita-citamu. Aku ingin katakan sebetulnya dirimu telah diperhatikan mata pena mereka. Potensimu telah menjadi dakwat di atas nota penilaian mereka. Mereka mahu memancing semaunya untuk merungkai segala yang terpendam di seluruh jasad mu. Kerana orang inilah yang menjadikan dirimu terpilih untuk cita-citamu. Igatlah cita-cita itu adalah kamu dan kamu adalah cita-cita itu. Percayalah... DIRIMU TERPILIH di atas segala apapun usaha mereka meruntuhkan keyakinanmu. Apa pun persepsimu terhadap cara mereka, percayalah... bakatmu menjadikan hal ini HARUS terjadi kerana ini mematangkan dirimu. Percayalah.. dirimu dipilih untuk cita-citamu, orang itu dipilih untuk mengisi cita-citamu bukan kerana untuk menbuatkan dirimu derita tetapi kerana itu ACUAN.. Acuan yang menjadikan dirimu GAH melepasi penyaring yang mereka tebarkan di gerbang persekolahan.
Akhirnya, komited dan risiko itu harus ada. Dua hal yang seperti menakutkan dan bertentangan namun kalau ingin melangkah jangan pernah takut akan tentangan.
Hanya ada satu perkara yang akan membuatkan kita hilang kesempatan iaitu kerana KITA MEMBATASKAN DIRI SENDIRI...
Berdoalah, kali ini aku rindu untuk mengatakan DIA mengasah hatimu...
Sandarkan lelahmu di tempat di mana asal lahirmu. Di sana, kita perlukan suara mereka. Bercakaplah walau apa jua keadaan pun. Sehingga yang tidak terkata-kata itu Dialah yang menghantarkan segala yang 'terdiam' itu dengan telunjuk-Nya menyentuh naluri seoranng ibu.. seorang ayah.
Dedikasi untuk adik bongsu....

Sunday, April 01, 2007

Cinta Itu.......

bagai malam panjang ketika menyedari bahawa kita bukan sebahagian daripada hidup seseorang. Yang baiknya apabila kita dapat pulang ke hati sendiri melihat dari jauh agar lebih jelas apakah cinta itu di dalam kegelapan...

April Fool...

Ahh! pagi ni saya dikenakan juga oleh kawan-kawan yang jauh di bumi Borneo. Jam 9.30 pagi, saya terima mesej dari seorang kawan meminta saya call kerana ada sesuatu yang berlaku dan meminta saya meneleponnya segera. Ketika itu saya dalam perjalanan ke PJ untuk bermain futsal dengan pinsan2 dan geng Sabahan. Jauh di hujung talian kedengaran suara terbahak-bahak tanpa berkata apa2 dan saya mula menyedari itu gurauan dari seorang teman kepada seorang teman. Saya mengingat-ingat sesuatu dan saya hanya mampu geleng kepala dan bergumam "1hb April. Patut laa..".