TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, August 30, 2007

Bila jumlah menjadi dua...

1. Lebih daripada satu..

2. Komunikasi dua hala..

3. Dapat mendengar..

4. Dapat meluahkan sesuatu..

5. Tidak bersendirian..

6. Boleh menegur..

7. berkerjasama..

8. Saling mengingati..

9. Saling membantu..

10. Menemani dan saling mengerti...

jika aku hanya bersendirian memahami dirimu... aku akan gagal.

Wednesday, August 29, 2007

Kita Tidak Dapat Memaksa Sesuatu Akan Berlaku...

Ya! aku harus akui tidak semua yang dirancang akan berlaku. Tidak semua yang difikirkan ada jawapan untuk diri kita sendiri. Jika tidak untuk kita tetapi itu mungkin untuk orang lain. Jika itu bukan diriku maka itu adalah seseorang yang lain yang lebih tepat untuk dirimu.
Kukira aku juga tidak boleh optimistik dalam mendapatkan sesuatu dalam merancang perasaan. Aku juga tidak ingin melihat hatimu berderai lagi. Aku juga tidak boleh melihat diriku seolah-olah aku punya upaya mencantum serpihan sedang kau belum dapat memberi izin apa-apa. Aku tidak akan menuntut apa-apa bila selepas ini aku menyambung langkahku. Aku hanya ingin berjalan tanpa prasangka. Dan biar la aku akui yang aku akan sentiasa gagal memahami orang lain dan tidak mungkin akan dapat kufahami dengan jiwaku sendiri.
Hanya satu perasaan sejati yang mendapat tempat dalam hatiku ialah untuk mengasihi hidup kekal (sekalipun aku gagal dalam banyak perkara - Tuhan, jangan kiranya Engkau meninggalkan diriku terlalu jauh). Selebihnya, pemberian Mu sepanjang hayatku di muka bumi kusambut dengan penghargaan dan rendah diri. Dan sekali lagi, jika ada antara peristiwa terbaik bukan untukku nikmati, aku harus mengerti dengan syukur itu adalah hadiah kepada jiwa lain.
Kawan, usah bimbang menyalakan cahaya jika kau dapati dian cinta bukan berada dalam genggamanku. Sama ada aku melihat nyalaan itu di luar pagar atau di muka pintu, aku akan sentiasa dapat melihat sinar itu dengan jiwa yang faham.
Apa sahaja... Biar la tiada konflik antara kita.. Itu lebih baik.

Monday, August 27, 2007

10 Perkara Yang Saya Tidak Suka Tentang Diri

1.Tidak mengapa...
2. Masuk kadai ja mesti ada ja yang terbeli.. Pas tu baru fikir nanti pun boleh beli jg.
3. Addick game.. Aduii tulung!!
4. Kemas rumah? nanti la hujung minggu..
5. Time makan laju ja masuk perut. Hmm.
6. Mudah berkonfrontasi dengan diri sendiri
7. Panik!
8. Suka berdiam diri terlalu lama
9. Tidak sabar dan adakalanya mudah dipengaruhi..
10. TIDUR!!!

Friday, August 24, 2007

Yeah I Do Believe...

LOVE is full of hates and lies...

Sunday, August 19, 2007

Masinasin Latest News: Why Sudah Keluar Dari Hospital Tengahari Hari Ini..

Saya tiba di Hospital Kajang jam 11.35. Why sudah bersiap lebih awal untuk keluar hari ini. Keadaannya bertambah baik hari ini tetapi masih sedikit struggle untuk claim balik enegry yang hilang dan kadang-kadang masih juga ada tanda-tanda menahan sakit ketika hendak menarik nafas.. Why sekarang sedang berehat di rumah.

Friday, August 17, 2007

4 Hari.. Sebenarnya Cuma Sekadar Hari-Hari Biasa...

tetapi untuk melepasinya tanpa sepatah perkataan pun dari dirimu, rumit dengan bilur-bilur rona yang bersimpang siur di sebuah daerah yang mati arah angin, tanpa gema, tanpa adiwarna, tanpa jiwa dan dewa asmara. Yang ada cuma rutin yang kuhadapi, rutin yang mengundang antara cekal dan rasa kurang selesa. Selebihnya, aku melelapkan mata tanpa rasa terhibur. Biar la. Apapun akan kutunggu jua gurindam juita di cekerawala dan aku akan memandang ke sana dengan mimpi sama, menikmati siulan maya dan panah dewata, melingkariku dengan tari gemalai menemani pejam mata dan seluruh mega alam kutakluk dengan kuakan seru di udara antara ruang lengan yang mendepa merentang angin semilir dan hela nafas yang takjub...
Ah! itu 4 hari yang lepas dan sebelumnya. Bila dirimu kembali nanti, aku akan melakukannya sekali lagi... Menjemputmu tanpa rasa gundah seperti sebelumnya.... Aku akan tunggu.

Thursday, August 16, 2007

Gambar Ketika Why Ditahan Di Hospital Kajang

Semalam jam 8.30 semalam (rabu) menerima panggilan telefon dari why dalam keadaan yang lemah dan dalam tangisan. Ah! sudah. Kenapa pula si Why ni, getus hatiku sarat meneka-neka dalam kebimbangan. Suara antara dengar dan tidak, kukira seperti menahan asakan kesakitan yang amat sangat memberitahu dia berada di Hospital Kajang. Mendengar sahaja perkataannya ditahan di wad kecemasan pantas sahaja dalam kotak fikiran TEKSI!!. Sejurus lepas itu saya bergegas menaiki motor ke Leisure Mall, Cheras dan meninggalkan motorsikal di sana dan menaiki teksi meredah malam.
Maklumat yang saya perolehi melalui perbualan telefon dengan Azy (rakan tugas di Kolej Perubatan Master Skills) yang menemani why memberitahu why kena heart infection. Setakat itu maklumat saya terima. Sampai di Hospital Kajang, Why sudah diletakkan di bilik rawatan kecemasan sementara saya dan saudari Azy menunggu di luar untuk menunggu panggilan masuk jumpa pesakit. Malam itu juga Why di tahan. Jam sudah menunjukkan 10.30 malam dan pihak hospital tidak membenar sesiapapun menjaga pesakit sepanjang berada di wad kecuali masa lawatan (12.00 - 2.00 tghri dan 4.00 ptg - 7.00 ptg). Saya kembali ke rumah jam 12 tapi tidak dapat tidur. Langsung sahaja ke kedai mamak hamtam milo ais kaw-kaw punya!! dan tengok bola EPL Man Utd Vs Portsmouth, Chelsea Vs Reading sampai jam 5 pagi!! Mindama...
Fuh! satu malam tidak tidur terus mandi dan masuk kerja. Terima msg kawan-kawan bertanyakan perkembangan Why. Thanks atas perhatian dan doa kalian. Tengahari dari tempat keja terus ke Hospital Kajang. Kebetulan Bro. Roger Ukun juga out-station berdekatan area Kajang dan kami berjanji bertemu di Hospital Kajang. Terima kasih Roger sebab meluangkan masa.
Gambar ini diambil ketika saya dan Bro Roger datang melawat Why Di hospital Kajang Tengahari hari ini. Keadaan Why semakin bertambah baik cuma kelihatan lemah dan pucat. Ni la muka 24 jam belum lagi dibenarkan makan apa-apa kecuali menerima sumber dari air (kena gantung air)
Dari tempat kerja terus ke Hospital Kajang melawat Why. Telefon Bos minta kebenaran untuk tidak masuk bertugas sebelah petang dan gembira mendapat kebenaran. Pucat ja muka c Why.
D.Roger Ukun, seorang sahabat dan saudara sepupu, sempat meluangkan masa 'skip' tugas sekejap (nasib baik time makan tengahari.. hehe maka tidak diiktiraf la skip tugas hehe). Terima kasih cuz sebab mengambil waktu bersama-sama untuk memberi penghiburan untuk c why.

Jam 5.30 sekali lagi melawat why. Setiba di sana dia sudah dibenarkan untuk menjamah makanan dan kelihatan ceria dan sedikit bertenaga. Cuma masih ada tanda-tanda menahan sakit setiapkali cuba ketawa kecil atau menarik nafas. Keputusan sampel darah negatif dan normal. Syukur la tidak ada apa-apa kecuali doktor ada beritahu ada sedikit infection pada hempedu. Kebetulan 2 rakan setugas datang melawat seorang puan berbangsa India dan rakan rapat Why, ms Azy. Hari ini masih lagi di tahan di wad. Mungkin esok dibenarkan keluar. Terima panggilan dari kakak May dan HP sya bagi c why, biar la diorang chit chat.

Tepat jam 7.00 petang saya bertolak balik ke Cheras terus singgah di Golden Screen Cinema, Leisure Mall. Hari ini dapat tiket free untuk menonton wayang animasi 'Rattatoillee-chef tikus yang bijak memilih resepi tepat dan pandai memasak'. Cerita memang Best! Kelass gitu.
Whuaaa!!.. ngantuk rasanya. Sekali lagi.. ya! dengan rasa syukur, sekali lagi.. terima kasih semua di atas perhatian dan doa kalian. Untuk komuniti masinasin, jangan risau. Semuanya baik-baik sahaja. SELAMAT MALAM Malaysia. ZZzz..z.z

Tuesday, August 07, 2007

All About Me....

Monday, August 06, 2007

Siapa Boleh Tolong Selesaikan.....



Aku....


"We cannot all do great things.
But we can do small things
with great love."

Bersama mu....

Gambar candid by sis Malle
Suatu hari hujung minggu... beberapa waktu dan berselang waktu aku tidak dapat 'melarikan diriku' daripada mu... Semoga diri mu tenang-tenang sahaja di sana. Sungguh baik rasanya mendapat waktu menikmati masa-masa sukar tapi selesa.. Bersabar sahaja terhadap sikap dan tingkah lakuku...

Friday, August 03, 2007

Kuakui....






Thursday, August 02, 2007

There's Nothing We Can Do Can't Be Done... All We Need Is.....

HOPE
RESPECT
TRUST
LOVE

Wednesday, August 01, 2007

Tidak Semudah....

Sejurus kukatakan 'segala apa yang dipandang oleh hati adalah jelas juga bagiku'...

Kata mu" Simpan la dulu".

Aku mahu menghantar pesan hati..

Kata mu "Nanti dulu".

Kuakui kata-kata bukan untuk setahun dua, dan aku mahu mengingatinya sehingga akhir hayatku.

Kata mu "Fahami diriku, kenali budiku"

Dan hatiku telah kubisikkan ke telingamu mahu memiliki mu..

Kata mu "Belum waktunya aku mempercayai"

malam pekat berakhir begitu sahaja dalam lena yang tak dikunjungi mimpi. Bening fajar kusangka boleh sahaja kukatakan 'nanti la dulu'. Ternyata... aku tidak dapat berhenti dari mengusik tidurmu pagi ini. Selalu sahaja kau memberikan diriku waktu-waktu yang sukar.. Kamu tak ubah seperti ibumu...
Terima kasih kerana mengajarkan diriku, memilikimu bukan semudah kata. Aku mahu menghargainya dengan ikhlas dari hati seorang lelaki.

Sekeping Nota Di Beranda Hati

Ikhlas la dalam segala hal yang membahagiakan hati. Ketika ini bukan masanya untuk 'memenuhi harapan' atau untuk 'mengambil hati' sesiapa.. Masa depan adalah milik yang harus dihargai dengan kerelaan mutlak.

Aku mungkin gagal menyembunyikan hati yang mahu menyayangi.. Namun kegagalan diriku menyimpan rasa bukan la harus bermakna perlu untuk disayangi kembali. Kau masih boleh memilih untuk meletakkan cinta mu di beberapa perhentian. Biar la kukatakan sementara waktu ini, jika hatimu tidak membenarkannya untuk diriku, jangan kehilangan pilihan untuk menjadi diri sendiri.

sekali lagi...
aku sebenarnya...
mahu berkata..
aku mau memilih MENCINTAImu.

dan..
usah gelisah
untuk berbicara
tidak MENCINTAIku kembali
jika hati tidak
mengizinkannya...