TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, September 19, 2007

Kepulangan....

Mama... bertahanlah dengan jiwa yang tidak mengenal mengalah. Kutahu itu kerana itulah yang kau bisikkan waktu kecil kami saat merintih di perbaringan. Kepulangan kami bermula pun dengan restumu di muka pintu sebelum langkah kami hilang di balik denai dan rimbun desa dan tibanya kami anak-anakmu di sisi sebentar ini rindu menyuakan wajah kami mendekati usapan telapak tanganmu, menyejukkan dahi kami dengan airmata kelopakmu yang dingin...
Mama...
Kepulangan kami tidak seperti yang selalunya. Kepulangan kali ini ialah satu sketsa pulang yang penuh pengharapan mama beroleh kesembuhan. Bertahun kami tertinggal waktu, jejak kami di tanah seberang memisahkan detik bila waktunya mama ditemani kedut usia... dan kini perjuanganmu di medan hayat dicabar waktu, dan aku melihat kau tidak pernah mengeluh... Katamu 'Ingat Tuhan. Dia yang punya segala-galanya'..
Aku ingin menulis lagi dalam sekian banyak sesal di antara segala peristiwa yang tidak dapat kunikmati sepenuhnya di sebuah rumah desa di tengah sawah.. namun sebentar lagi aku akan berangkat pulang ke halaman menjengah khabar... bila selesai dinihari, sebelum senja merah berjabat awan gemawan sinar kelam dan berbalam-balam di cakerawala... aku akan tiba di sana...
mama.. bertahanlah...
dan ini doa kami anak-anak .. mama, sembuhlah segera... biarlah sekali lagi ada restu untuk hayat kami seterusnya..
sayang ibu sayang ke syurga, sayang ayah jalan ke syurga...

Monday, September 10, 2007

Huwaa!! zzz.. Letihnya..

Masa kerja dah berubah bermula 1 Sept. 12am - 5am (kerja) 5am - 1pm (rehat) 2pm - 6pm (keja) 6pm - 12am (rehat)... Masa seperti cepat sangat berlalu (kebanyakan waktu rehat saya isi dengan mimpi2 yang tidak saya faham) hehe... Letih badan nak adjust jadual baru nie... huaaa!! ngantuk la pula. Selamat malam Malaysia.... Tapi.. tapi.. arrgghhh!!! tak bleh tido!!! keja punya hal, hamtam saja la...



Monday, September 03, 2007

Misteri Sebuah Senyuman Di Pulau Borneo...



Kukira aku belum lagi mengerti sejauh mana hasratku untuk mengenali wajah ini mendapat tempat antara senyuman dan misteri hatinya...
Dan jika aku gagal...
ini kerana hanya aku yang tidak mengenal jauhari.
itupn jika kau memilih bersinar sendirian.