TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, October 31, 2007

Biarlah Kukatakan...

.. itu masih kamu di hatiku sekalipun kita rasakan di ruang itu tidak ada kamu dan tidak ada aku.. Masa yang sukar, jika tidak saling memberi galakan... sekadar mengurindamkan bait-bait bisu mengusik degup jantung. Bisa sahaja menjadi lelah..
AKu teringin pejamkan mata dan cuba percaya.... AKU INGIN MENCUBA UNTUK PERCAYA... tanpa ragu terhadap sesuatu yang aku pernah kufikirkan dalam hidupku sendiri...
Izinkan aku pejamkan mata... Barangkali dengan begini aku berjaya perlahan-lahan menelusuri hatiku sendiri.
Yang baiknya aku berpeluang lagi berbicara 'itu masih kamu dihatiku sekalipun kita rasakan di ruang itu tidak ada kamu dan tidak ada aku'..

Begini Sahajakah Sudahnya?

Semakin aku cuba memahami dirimu, semakin banyak perkara yang membuatkan aku tidak mengerti. Malah aku semakin tergelincir arah untuk memahami diriku sendiri. Aku lelaki yang boleh tewas dalam mengambil waktu... ya, mengambil waktu untuk mengerti langkahku sendiri jika aku mendapati aku berjalan keseorangan...

Monday, October 29, 2007

Katamu....

".... sehingga kini kau masih belum dapat memahami diriku dan tidak ada seorang pun yang akan dapat memahami diriku.."

Ketika aku cuba memahami bicaramu, aku keseorangan menemani hatiku..

Tuesday, October 16, 2007

Dari Rimba Abu Sayyaf Ke Belantara Kata

Title:
Sepasang Kasut Dan Selipar Jep Un Di Bumi Abu Sayyaf
Author:
Jackson Sawatan
Publisher:
Kay & Ef S/B
ISBN:
9836293418
Our Price:
RM 17.00 *
Buku ini sudah lama ingin saya memiliki tapi belum pernah ada kesempatan untuk melihat-lihat di rak buku mana-mana kedai yang ada menjualnya. Malah tidak sempat untuk meluangkan waktu berjalan-jalan 'sambil berbelanja' di kaunter untuk senaskah buku yang baik seperti ini.
Penulisnya, antara idola dalam penulisan kreatif ketika saya mula-mula berjinak-jinak menjenguk ruang penulisan. Tulisan 'pertama' dalam pengetahuan saya ialah ketika mengulas tentang sebuah buku teks sastera bertajuk 'Senjakala' yang menjadi rujukan pembelajaran saya ketika berada di tingkatan 5 di SM All Saints', Kota Kinabalu. Cerpen 'pertama' yang tersiar yang saya baca dalam akhbar Utusan Melayu kalau tidak silap saya bertajuk 'Jagung Bakar dan Seorang Perempuan Tua Mengendong Anak'. Tanpa menyangka suatu hari nanti ada buku seperti ini dihasilkan dan bila melihat penulisnya bernama Jackson Sawatan, suara bisikan bergema di sanubari 'Abang aku menulis lagi'....
Semoga suatu hari nanti saya akan berkesempatan memiliki buku ini.

Monday, October 15, 2007

Beraya Di Sg. Congkak Hulu Langat

Suatu hari di pagi raya ke 3, sedang lena diulit mimpi berserabut akibat keletihan bekerja semalaman, ketika sedang bergelut mendapatkan emosi tidur yang nyenyak, tiba-tiba dikejutkan dengan deringan telefon. Kucuba hehe.. mencuba sedaya upaya membuka kelopak mata separuh malas, tertera nama pemanggil di skrin telefon 'D.Roger Ukun'.. Pantas dalam ingatan sah! ini pasti ada trip untuk bermain bola sepak padang UPM sebagaimana yang dirancang sebelum ini.
"Mana sudah?"
"Rumah." Itu suara aku yang masih bernada mengantuk. hehe
"Ba, datang la rumah"
"Ok"..... hampir pengsan..zz.zz
Perlahan bangun, capai tuala, splashhh!!! haaaa.. sezzzuknya! segar kembali dan bersiap sedia untuk bertolak. Telefon berdering lagi.

"Sampai mana?"

"Baru bertolak" derum motorsikal kapcai mula menggegar ruang.

"Saya bagi ko 5 minit dari sekarang"
Astaga... Aku terpaksa merempit membelah ruang udara antara jalan lengang dan pemandangan Kuala Lumpur. Fuuhh!! hebat. Lagi hebat bila masuk longkang. Selisih 44 malaikat. Jangan la minta-minta.. hehe (Takutt!!)
Sampai-sampai dan berkumpul tiba di tempat letak kereta betul-betul depan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh Kuala Lumpur. Haik! pelik. Ingatkan pegi main bola tapi ni... Hmmm yang tidak pernah nampak di padang bola pun ada. Sudah!..
Terpaksa pendekkan cerita.. laaa rupanya jalan-jalan hari rayaaaa... Maka faham la aku tempat yang nak ditujui mesti ke Sg. Congkak. Inilah antara puluhan gambar yang dirakam, hanya beberapa keping sahaja yang dapat saya uploadkan atas sebab-sebab yang sewaktu dengan orangnya. hehe...


Geng-geng sabahan sempat posing sebelum bertolak.



Konvoi Sg. Congkak

Barisan cazen-cazen si Aman-Aman (L) Kado, Black, Kuku

My sis Konong (left) and my cute cazen Krist (right)


Geng karas with his koginawa'an.. Jerry and Ana (the lost cazen?hehe)

Haik!! sepa nie??

Wakakaka!! GUDO'OT punya babun.. hehe

Ni antara resepi hidangan untuk sesi makan-makan. Gilaaaa sadaaaap...
Mandi manda.. Sazuukkk ba..

Model iklan kacang 'waterproof'..

Bergambar kenangan sebelum balik ke destinasi masing-masing

Saturday, October 13, 2007

SALAM UCAPAN....


Kepada semua yang beragama Islam dan khusus kepada ahli keluarga dan sahabat handai di mana sahaja pun berada. Semoga dengan menjelangnya Aidilfitri akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Selamat bergembira dan selamat menjamu selera. Jangan lupa lebihan kuih muih untuk saya.. hehe