TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, December 26, 2007

Suatu Hari Di Hari Krismas...

Malam pekat, sendirian menikmati lagu-lagu krismas, sejam sebelum menjelang jam 12.oo 25hb tengah malam, saya mula 'menyerang' rakan-rakan dengan kiriman SMS ucapan hari krismas. Selesai menyibuk di udara, saya memulakan tugas seperti biasa sehingga jam 5 pagi. Berfikir sejenak, alangkah seronoknya jika saya bertugas sebagai DJ radio, mendengar ucapan, menyampai ucapan atau menerima ucapan dari pelusuk Malaysia. Saya hanya tertawa kecil ketika mendapati saya sebenarnya hanya berada di satu kawasan gelap, berselang dengan konkrit kaku dan nyanyian ungas malam.

Pagi Krismas, sekembali dari bertugas, hari ini cuti, saya mengambil kesempatan untuk mengatur mimpi namun kali ini serangan SMS saya semalam menerima 'padah' bila lenaku pagi ini dikunjungi puluhan SMS yang menjerit di hujung pejam mataku.
Jam 12 tengahari, masih termanggu dan ahh!!.. lapar la pula. Bangun perlahan, selesai menghabiskan rutin, aku tercegat memerhatikan pelusuk dapur. Masak apa ah? Bisik hatiku. Tiba-tiba ruang tamu menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa rakan-rakan. Saling bertepuk tangan dan menyanyikan lagu krismas. Senyuman dan usikan menghias ruang tamu. Entah sejak bila hati mula diundang rasa damai dan bahagia dan aku memikirkan betapa berharganya detik-detik seperti ini. Oh! saya perlu masak segera untuk hidangan tengahari.Tentu kawan-kawan juga sudah lapar. Tanpa berlengah, saya mula mencapai pisau menyediakan segala yang patut dan bermain dengan minyak dan hirisan bawang yang mengapungkan aroma. Nyalaan api biru dan hiruk pikuk persahabatan semakin merancakkan tari tanganku mencari rasa yang tepat dihujung lidah. Sekali sekala kumandikan masakan dengan nyalaan api menjilat udara dan... kepulan asap nipis dari hidangan atas meja menghabiskan kerja memasak.
"Orait kawan-kawan. Jom makan!"
Saya menarik kerusi mengatur diri mencari rasa selesa antara posisi duduk dan badan yang menegak dan perlahan-lahan menuangkan air minuman ke dalam gelas dan mengangkatnya.
"Cheers!...."
..............................
Suasana hening menguasai ruang. Kuperhatikan kerusi di depanku. Kosong. Tiada usikan. Tiada senyuman. Hanya lagu-lagu krismas berkumandang dari pemain CD. Saya pejamkan mata sekejap.
"Bapa, Engkau Maha Baik. Satu hari yang indah, biarpun saat ini tanpa rakan atau saudara mara, ilusi itu memberikan pengalaman indah. Alangkah baiknya berpeluang menikmati perasaan begitu.. Hidangan ini kiranya tangan-Mu menjamahnya agar menjadi berkat untuk tubuhku teladani dengan rasa syukur dan rendah hati. Dalam Nama-Mu doa ini kupohon... Amin"
"Mick, Merry Christmas to you" Bisikku sendirian.

Labels:

Tuesday, December 11, 2007

Wahai Orang Bijak Pandai, Hanya Begitu Sahajakah Yang Termampu??

Lagi cerita perarakan haram. Kali ini melibatkan golongan bijak yang berprofil tinggi dalam kerjaya. Bersama-sama dengan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan termasuk beberapa ahli politik pembangkang, para peguam mengambil keputusan untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.
Wahai para pemikir bijak pandai, hanya itu sahaja yang termampu oleh anda?? Menyuarakan perasaan tidak puas hati di jalanan?? Berarak? Membawa sepanduk? Kebijaksanaan anda sepatutnya lebih itu. Lebih daripada sekadar menyusur di jalanan. Lebih malang, pengamal undang-undang menidakkan keluhuran undang-undang itu sendiri. Blog ini terkilan dengan idea demonstrasi jalanan yang tidak berkesudahan. Tujuk perasaan bukan satu budaya. Lebih memburukkan keadaan apabila sampai ke tahap mencabar kredibiliti pihak berkuasa tempatan. Ada cara lain yang lebih bistari, lebih bertangungjawab, yang lebih menampakkan kematangan dan memantulkan tindakan teratur tanpa mencalar kedaulatan undang-undang.
Tolong ajarkan kepada generasi masa datang dengan idea-idea ilmiah yang sesuai dengan peribadi anda sebagai seorang yang ilmuwan, sesuai sebagai golongan yang percaya kepada undang-undang. Adakah anda sedang mengajar anak-anak muda, wajah-wajah masa depan untuk mendahulukan emosi dalam menyuarakan rasa tidak puas hati? Perilaku beginikah yang anda inginkan untuk hayat negara seterusnya??

Monday, December 10, 2007

Keyveas: HINDRAF Is Against MIC

The Star 10hb Dec memetik kenyataan Datuk Keyveas, President PPP yang berkata HINDRAF tidak menujukan hasrat penentangan terhadap kerajaan Malaysia tetapi kepada MIC. Sambil menambah, perarakan haram pada 25hb lepas merupakan satu isyarat yang menunjukkan parti MIC gagal dalam tugas dan komitmen dengan masyarakat India.

Menyimbah api dengan minyak. Inilah ibarat terhadap situasi terbaru yang ditimbulkan oleh Keyveas. Sebelum ini beliau menimbulkan beberapa siri 'idea dan perlakuan' yang agresif terhadap kepimpinan MIC sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa dalam parti Barisan Nasional dan pertelingkahan antara dua personaliti ini membuatkan Perdana Menteri terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Mudah difahami, kenyataan lebih kepada politik peribadi yang tidak kunjung selesai. Entah apa sebenarnya cita-cita politik Keyveas. Lebih malang apabila Keyveas tampil memberikan kenyataan yang memburukkan keadaan, memburukkan muafakat politik. Pada waktu yang sama Keyveas menunjukkan sikap 'bermusuh', seluruh rakyat Malaysia bersatu ketika integriti antara kaum cuba diporakporandakan oleh pihak tertentu demi untuk mengusahakan cara dan idea terbaik mengharmonikan kesepakatan dalam komuniti kaum yang pelbagai.

Kenyataan terbaru Keyveas bukan tindakan bijak jika dilihat daripada aspek kesepakatan nasional. HINDRAF secara terang-terangan membuat penentangan terhadap kerajaan Malaysia dan bukan kepada MIC. Dalam arus politik Malaysia, Keyveas terlalu kritikal terhadap kepimpinan MIC. Keyveas lebih banyak mengambil sikap berseteru daripada memilih menjadi sahabat. MIC merupakan rakan pertubuhan politik PPP dalam komponen Barisan Nasional dan bersama-sama dengan MCA, UMNO dan serta parti lain mengembleng tenaga membangun agenda nasional dalam semua aspek. Keyveas sepatutnya menyatakan pendirian jelas parti terhadap kegiatan HINDRAF daripada membuatkan PM pening kepala atau membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan. Keyveas, tolong jangan musnahkan kesepakatan harmonis dari bumi Malaya!!! Bantu dan berganding bahu. Bukan berkonfrontasi atau menjadi peribadi yang kontroversi...

Friday, December 07, 2007

Kami Akan Guna Kekerasan - HINDRAF

Hari ini, saya terbaca satu artikel dalam Malay Mail yang memetik kenyataan salah seorang pemimpin Hindraf yang membuat kenyataan di media Singapura yang menyebut Hindraf akan gunakan cara kekerasan untuk memperjuangkan hak-hak Hindu kaum India. Lebih mengejutkan apabila Hindraf mendakwa berlaku pembersihan ethnik oleh kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama kumpulan ini cuba mendapatkan sokongan antarabangsa termasuk kumpulan pengganas antarabangsa. 25hb Nov yang lepas, ibukota Kuala Lumpur dikejutkan dengan siri perlakuan keganasan dari kumpulan tersebut semasa mengadakan perarakan haram menyerahkan petisyen ke pejabat Duta Britain.
Blog ini merakamkan pendirian keras membantah sebarang usaha golongan tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia. Golongan ini sangat jelas mempunyai motif yang sangat aktif dalam menyemai sentimen perkauman dan menanam kebencian dan penentangan terhadap kerajaan Malaysia.
Blog ini sentiasa percaya setiap permasalahan ada cara yang membawa kepada penyelesaian dan cara itu sendiri melambangkan muafakat dan muafakat melambangkan kepercayaan tulus dari pelbagai arah dalam satu pakatan akal yang berhemah dan toleransi. Dan untuk dapatkan keputusan yang dapat menjaga kepentingan dan kedaulatan negara, ada saluran yang sesuai, satu peringkat yang memilih penghormatan tinggi terhadap undang-undang dalam menyalurkankan idea di meja pertemuan.

Thursday, December 06, 2007

Gambar kenangan

Kepulanganku ke Sabah beberapa minggu lepas membawa kepada pertemuan ahli keluarga yang lain yang sudah lama tidak kutemui.. Gambar ini diambil ketika menghadiri satu majlis kecil-kecilan di rumah auntie Raitin bersempena satu upacara membersihkan dan 'menyimen' kubur uncle Majambok.
With 1# Cousin Jeffry Sina

With 1# cousin Sis Witha Sina

Four Man Gang.. hehe (kiri: Uncle Sina, Jeff, me and dad)


Proud of you mama...

Tolong tunjuk ajar.... :)

A moment to remember...

The Sambion's Connection...

Lovely cousin...

Wednesday, December 05, 2007

(untuk melihat paparan video ini, klik butang 'stop' untuk pemain muzik pinakang di bawah sekali untuk mengelakkan pertindihan bunyi)
MERRY CHRISTMAS!!!
Mereka juga boleh berdamai.. Alangkah bagusnya perasaan begini wujud menjelangnya krismas dan membuka jalan untuk dunia kembali bersatu dengan aman.
Krismas tiba lagi. Salam Natal untuk komuniti masinasin, keluarga dan sahabat handai. Nikmatilah... Mungkin tiada pertemuan antara kita tapi kegembiraan kita bersatu untuk satu hari yang meriah, hati yang terikat oleh keakraban silaturahim, keikhlasan dan persahabatan. Selamat bercuti... selamat berkunjung dan selamat menikmati perayaan dengan mesra dan harmoni...

Saturday, December 01, 2007

Bila Aku Menyeru...

Deru ombak dan angin semilir menggugat raga di lautan kalbu, ada tanya pada buih yang berjela-jela, tanpa jemu mendampar membasah di bibir pantai... nun samudera merentang mendepa lelangit, rindu pada pelangi yang melakar adiwarna di puncak gunung bersalju pada suatu siang yang tenteram. Aku tahu ada sukma yang rindu pada juita, merejam tubuh, aneh dan dicanda rasa dingin dan gunda dinihari. Remang sirna senja melukis bayang kelu tanpa kata di medan maya. Para isteri pelaut melawan waktu bersilih ganti merapat ke bumi mengibar layar doa untuk suami di horizon sekadar kuperhati dengan tekun, mengatur rasa. Kulapangkan dada, menghantar pandang ke gigi pantai sejauh rasa, menunggu wajah gemalai dan satu pertemuan yang selesai.. Sedari tadi telah kusiap sebuah prosa misteri untukmu!