TINGKALANON - TANDEK - MORION

Saturday, February 23, 2008

Pilihanraya 2008: Anda Dan Calon..

N5 Tandek Anita Baranting (BN-PBS)


Sunday, February 17, 2008

Memo...

Thursday, February 14, 2008

Semak Status Pengundi Anda Di Sini


Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia... Harap-harap la kali ini saya berpeluang untuk mengundi. Dan jika berkesempatan, inilah kali pertama saya meraih pengalaman sebagai pengundi.. aramai tii!!! hehe. Tapi nak undi siapa??? Calon-calon pilihan selama ini belum dapat membuatkan saya teruja untuk turun mengundi... Terfikir pula saya, di mana silapnya??Jalan kampung seperti laluan kayu balak, tidak rancak membangun, sekadar rancak membaikpulih, itupun dipulihkan berkali-kali.. Sangat banyak masalah lain yang terlalu malas untuk saya mengeluh berulang-ulang, masalah yang sama setiap kali kembali ke daerah halamanku. Saya atau mungkin juga orang lain, perlukan seorang Yang Berhormat yang sederhana cara hidup, turun padang dan melawat dengan ikhlas tanpa membuatkan orang kampung rasa takut terhadap kereta besar, bersama rakyat tanpa ada sempadan darjat atau pangkat, berkongsi terik matahari di desa, atau menyekah peluh di bawah pohon beringin meninjau-ninjau apa yang patut diusahakan di ceruk desa, . Ada ibu yang perutnya kosong menghantar anak ke sekolah. Ada bapa yang luka hatinya belum juga mampu menampal atap rumahnya yang bocor. Anak-anak masa depan bertinggung tanpa sedar dan celaru, masa depannya menjadi taruhan di antara sukaria dan rutin tanpa arah. Semua ini kuperhatikan pada suatu masa kepulanganku yang sekejap. Dan mereka ini bertahun lamanya di sana tanpa cerita pada suatu masa panjangku di rantau orang. Itu baru satu kampung.. dan itu KAMPUNG HALAMANKU. Sakit, perit, sarat dengan lelah dan derita di desa ini jika terjalin cerita suka dukanya ke kampung-kampung seberang, Yang Berhormat....itu tangisan desa. DENGARKANLAH TANGISAN ITU DAN JADILAH PRIHATIN!!

Tuesday, February 12, 2008

Diari Lelaki I

Kekasiku...
aku tidak perlukan mimpi
dari hujung jari jemarimu
tanpa pintamu
sekadar seruling
bisa menidurkanmu

Tunjukkanku mata pena
bisa kujadikan syair
cinta dari hati seorang wanita
berikan aku sekeping nota hati
bisa kutelusuri irama
menjadi nada jiwa ragaku

hanya itu yang kumau
kerana aku lelaki

Friday, February 01, 2008

Catatan Di Beranda...

Ada waktunya lelaki tidak dapat mengabaikan dirinya untuk menjadi seseorang yang sensitif dan menjadi prihatin.
Dalam waktu sukar, jika 'idea' datang pada waktu yang tidak sesuai, tolaklah dengan baik. Ia bukan tidak 'menyakitkan' tetapi tentu sahaja dapat meraih emosi yang sedia berkongsi lagi pada suatu masa yang lain.