TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, March 26, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan: Precious Moment Cafe

Perhatian untuk para penggemar makanan tradisional terutama sekali yang ingin mencuba menu kimaragang, Precious Moment Cafe menyajikan kepada anda pelbagai rasa dan hidangan yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis dalam segmen makan-makan anda bersama keluarga, kawan-kawan atau dengan orang tersayang.
Biarlah saya terus sahaja kepada nota yang dikirimkan oleh pemilik restoran kepada saya melalui email untuk anda merasakan sendiri komitmen, harapan dan misi di sebalik usaha murni dalam mengetengahkan masakan tradisional kimaragang.
(*peta lokasi akan saya uploadkan dalam waktu terdekat. Pc mengalami masalah membaca 'attachment file'. Saya sempat download ke pc di sebuah kedai cc dan saya perlu ke sana untuk mendapatkan peta tersebut. - Macam adventure pula kan.. hehe!)

Precious Moment Cafe,
Lot 9, Ground Floor, Lorong Wei Hing Industrial Centre,
Wei Hing Industrial Centre, Kolombong,
88450 Kota Kinabalu.


Tel : H/P 013-8600076 Kanil Dayou ( Call saja kalau nda jumpa itu tempat )

Antara menu yang ada:

1. Nasi Campur Ekonomi ( RM 3.00 )
2. Soto ayam / daging ( RM 2.50 )
3. Nasi Lemak ( RM 1.50 )
4. Nasi Lemak Special ( RM 2.80 )
5. Mee Rojak Precious Moments ( RM 3.00 )
6. Kuih Muih ( Pisang Goreng, Currypuff, Kuih Kacang, Donut, pinjaram akan ada )
7. Sayur-sayur tradisional
- tuntu tampasuk, doruk, kapayas, lombiding etc.
8. Goreng-goreng ala carte
9. Nasi ayam kimaragang

Note :
Semua dijemput untuk mencuba resipi kimaragang. Kami di Precious Moment Cafe memerlukan komen anda semua.Harap2, awal bulan april nanti, resipi kimaragang sepenuhnya akan dapat dihidangkan.
Jika berkesempatan, blog ini ingin mengundang rakan-rakan untuk mempromosikan sama Precious Moment Cafe di blog/web kalian. (AmanAman website, Ukun's Family Blog dan rangkaian rakan-rakan Friendster) - sokongan anda sangat memberi makna dan pastinya kita ingin anak-anak muda kimaragang berinisiatif tinggi dalam menjana masa depan sekaligus menjadi pemangkin anak-anak kaum kimaragang untuk memiliki cita-cita dan kemahuan yang sama. Langkah sulung Precious Moment Cafe biarlah menjadi sebahagian lagi mercu kebanggaan kita, bahawa di bumi kimaragang ada jiwa yang berani ke garis depan memulakan perjuangan. Siapa kata menu kimaragang tidak menyatukan silaturahim di meja makan!!! Siapa kata resepi kimarangang tidak mempertemukan gurau senda saudara mara, sahabat handai atau cinta dan kasih sayang dalam satu pertemuan pada suatu hari yang tidak sengaja di meja makan!! Dan siapakah yang boleh beritahu kepada saya, kita GAGAL mengenang tuntu tampasuk, doruk, kapayas, lombiding, jeruk ikan koruk atau turongou saat kita jauh di rantau orang??
itu hidangan kimaragang....
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJAMU SELERA. DI PRECIOUS MOMENT CAFE ANDA PASTI MERASAI PENGALAMAN AROMA PELBAGAI RASA DI ANTARA SUASANA HARMONIS DAN RASA SEJATI KIMARAGANG!!!

Monday, March 10, 2008

Suara Dari Belantara.. Bhgian 1

Sunday, March 09, 2008

BN Bermandi Peluh, Pembangkang Tunjuk Taring!!!

Pembangkang tawan 4 negeri. Paling mengejutkan ialah Negeri Selangor yang berkempen untuk 'sifar pembangkang' .. 3 negeri lain ialah...
Kedah - PAS, PKR
Kelantan - PAS
Pulau Pinang - DAP, PKR
Di negeri Perak pembangkang hampir menguasai DUN.
Antara kejutan lain ialah calon berprofil tinggi tewas di tangan pengundi yang lebih cenderung memihak kepada pembangkang...
Datuk Seri Samy Vellu, Menteri Kerja Raya - sebelum pilihanraya membayangkan persaraan namun pengundi mempunyai idea yang lebih jelas bagaimana untuk Samy Velly bersara lebih awal..
Datuk Sharizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan dan Wanita - mempunyai rekod baik tetapi tewas kepada 'emosi' pengundi.
Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang - tidak mempunyai jawapan terhadap Kelasakan DAP di kawasan DUN dan Parlimen. BN Mempunyai isu terhadap karekter PKR tetapi pengundi memberi ruang kepada DAP untuk menyuarakan idea di tampuk pemerintahan.
Insiden paling mengejutkan ialah kejadian penyokong pembangkang menjadi 'liar' di Marang, Terengganu. Jika mentaliti ekstrem seperti ini yang mengambil tempat di tampuk pemerintahan, anda tentu bapat bayangkan ....
Kerajaan BN perlu buat post mortem terhadap senario pengundi yang secara tiba-tiba mengubah 'selera' memberi mimpi ngeri kepada pakatan BN dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.. Apapun Tahniah juga kepada BN kerana sekali lagi di beri mendapat mandat untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan dan kegemilangan di persada antarabangsa.
Selamat bertugas YB. Ada kerja yang perlu dilakukan selepas ini.
Bagi 4 negeri yang diperintah pembangkang barangkali selepas ini pasti mendapat durian runtuh. Gaji serendah rm1500 dan wang kebajikan rm200 untuk setiap orang yang tidak bekerja. Tunggu dan lihat..
Sementara dikejutkan dengan senario pilihanraya, pada masa yang sama saya juga sempat mengikuti perkembangan perlawanan bola sepak Piala FA England melibatkan pasukan kedudukan pertengahan liga Divisyen Dua, Barnsley mengalahkan pasukan favourite EPL Chelsea 1-0. KEJUTAN LAGI!!!! Mujur la jantung sihat... Man Utd pun OUT??!!
Hmm... antara sukan dan pilihanraya persamaannya ialah ada pihak yang akan kalah. Tapi... tapi... TAPI kalau yang kalah tu Chelsea.. oh! TIDAKKK!!! (Baru sya ingat rupanya sya ni sukung Chelsea.. haha!!)

Friday, March 07, 2008

Pilihanraya Ke-12: Anda dan Emosi

Lagi tinggal 1 hari seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Perang poster dan ceramah merancakkan suasana mewarnai hari-hari terakhir calon pilihanraya dalam usaha memikat pengundi di kawasan masing-masing. Pasti yang menarik perhatian ialah deretan beberapa isu yang menghangatkan kempen. Isu pendidikan, hak kaum, agama dan pembangunan menjadi pengisian utama ucapan dalam majlis pertemuan bersama rakyat oleh para calon yang bertanding.

Secara jujurnya, saya sama ada sengaja atau tidak sengaja terpantau situasi pilihanraya dari beberapa sudut yang terhad, saya melihat senario pengundi di beberapa tempat tertentu seperti menunggu masa meluahkan 'kemarahan' di atas kertas undi, dan yang pastinya membuatkan individu yang bertanding di kawasan tersebut 'bermandi peluh' merenung bakal nasib. Sama ada keadaan menjadi baik atau sebaliknya, keputusan pilihanraya kali ini akan memberikan gambaran sejauh manakah pihak kerajaan berjaya dalam menangani beberapa isu sensitif yang menggegar persada tanahair.
Undi di tangan anda. Samada anda pertama kali meraih pengalaman untuk menyatakan sokongan politik atau yang tidak pernah terlepas untuk mengundi setiap kali menjelang pilihanraya, ia undi untuk masa depan tempat lahir anda. Bagi yang melabelkan dirinya 'tidak teruja untuk mengundi' dan belum mahu melakukannya untuk kali ini (siapa tu ah?? hehe), buatlah perhitungan minda. Andai anda tidak mengundi tapi masih tetap menyatakan pendirian menyokong parti, kelak keputusan tidak memihak seperti apa yang anda inginkan, anda terlepas waktu memberi undi anda dan pada waktu itu betapa sangat berharga peranan anda. Jika anda mengundi dan calon anda menang, anda berkongsi menikmati kepuasan dan kejayaan. Jika anda tidak mengundi dan calon anda tetap menang, anda pasti meluahkan kelegaan selepas mempertaruhkan perasaan 'Ah! menang juga bah dia tu nanti'... Apa sahaja senario dalam kotak fikiran anda, itu adalah anda.
Di sekitar Kuala Lumpur, jika anda di tempat saya, anda merasa bahang. Calon parti kerajaan lebih terasa bahangnya bahkan membara di telapak kaki. Isu hak kaum dan agrumentasi terhadap institusi kerajaan sehingga pada tahap mencabar dan mempersoalkan kredibiliti sistem. Tidak dapat dinafikan, ada pengundi yang dibuai emosi marah yang membuak. Isu HINDRAF lukanya masih mengalirkan darah. Pembubaran dan pengistiharan pilihanraya bagai khabar baik bagi mereka yang terguris. Ramai yang menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan sehingga mereka tidak kisah memberi undi terhadap calon-calon pakatan parti pembangkang, tidak kira calon itu wanita atau lelaki. Gelora emosi semakin memuncak bila ramai calon memilih untuk membuat serangan peribadi daripada memperkatakan tentang isu.
Apapun tunggu dan lihat... Debaran baru bermula. Selamat mengundi!!