TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, April 27, 2008

With My Two Sister..




Labels:

Dessert Of The Day...

Gambar ini saya ambil ketika makan tengahari semasa lawaatan ke Penang Adventish Hospital menggunakan kamera Pentax. Yummy!

Saturday, April 26, 2008

Cerita-Cerita Hujung Minggu...

Seorang lelaki mendapat peluang untuk bercerita-cerita dengan Tuhan.

"Tuhan", lelaki itu mulai berkata. 'Berapa lamakah sejuta tahun itu?"

Tuhan menjawab "Bagi Ku hanya seminit".

Lelaki itu bertanya lagi "Tuhan, seberapa besar sejuta ringgit bagi Mu?"

Lalu Tuhan menjawab "BagiKu hanya satu sen sahaja".

Lelaki itu bertanya dengan senang hati "Kalau begitu, bolehkah saya minta satu sen?"

Tuhan pun tersenyum lalu berkata "Sudah tentu boleh. Tunggu satu minit lagi"..

Labels:

Friday, April 25, 2008

Ruang Terhad Untuk Aku Mempercayai... Untuk Kali ini.....

Mencintai tidak semestinya aku akan memiliki... Biar la aku memilih dalam sekejap waktu ini, di antara sebelum terbenam mentari dan aku yang terpaku di tengah sirnanya,.. jika aku mulai bertanya tentang cinta aku harus siap menderita kerana aku akan mula mendengar sesuatu yang tidak kudengar dan cuba mengerti sesuatu yang tidak jelas. Jika tidak kutemui dalam kata-kata.. hatiku akan menenami diriku dalam gulita.
Barangkali aku boleh mula melihat dari sana...

Labels:

Saturday, April 12, 2008

Sajak untuk Sekolah Rendah. Att utk cikgu Ros...

Tangisan anak Somalia

Tangis anak-anak kecil
masih terdengar di cuping telinga
dekat dan merintih lapar
minta sesuap nasi dengan air mata

Di tanah Somalia
Syahdu dan getar bibir anak-anak kecil
sekadar mengharap
Menghulur telapak tangan
yang basah keringat
untuk sekeping dua keping wang
itu belum cukup menggalas perut
sekadar menahan lapar semalaman

Anak Somalia itu
menuntut harap
meminta belas
menagih rasa kasihan kita

wahai anak-anak sekalian
ke sekolah dibekalkan wang ringgit
Dibelai kasih ibu
dan sayang seorang ayah
ingatlah susah anak-anak Somalia
lapar dan sengsara

Anak-anak yang bijak
adalah anak-anak yang tahu menghargai pemberian
anak-anak yang bistari
adalah anak-anak yang tidak membazir
anak-anak baik
adalah anak-anak yang ingat pesan ibu bapa
anak-anak yang cerdik
adalah anak-anak yang ingat kata gurunya

Ingatlah anak-anak Somalia....

(minta maaf cikgu, sajak tidak seberapa. Ubah, kurang dan tambah mana yang patut)

Labels:

Boleh Tolong???

Datuk Seri Mohd Khir Toyo boleh tolong?? Tolong sederhanakan diri!!!.. Sila beri sokongan anda terhadap kerajaan yang baru dibentuk atas kepercayaan dan mandat rakyat di bawah pimpinan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bukan terus-menerus mendesak PM letak jawatan atau memaksa PM melakukan peralihan kuasa kepada DPM..
Kekalahan di Selangor sudah buat post-mortem ke sebab kenapa?? Berkempen sifar pembangkang tapi dikuasai pembangkang. Siapa yang perlu sebenarnya yang letak jawatan? Jika tidak ingin tahu jawapannya, fokus pada tanggungjawab anda dan sila turun padang. Sekarang adalah masa untuk BEKERJA dan memenuhi aspirasi rakyat bukan menyalak di media menyalahkan pucuk pimpinan atas kemorosotan prestasi BN semasa pilihanraya baru-baru ni.
Teguran ikhlas juga kepada beberapa pemimpin UMNO yang mengambil sikap menangguk air keruh. Ingat!! anda diperhatikan rakyat.. Pembangkang mungkin dapat manfaat daripada kekecohan dalam UMNO (BN). Ketika PKR, DAP dan PAS membentuk Pakatan Rakyat, UMNO seakan-akan menyongsang arus bertelagah dalam satu bumbung. Sila musabahakan diri...