********************************
Salam saudara anonymous. Alangkah baiknya kalau perbincangan terbuka ini melalui medium jelas, saling mengenali dan memudahkan saya mempelajari hasrat yang terkandung di sebalik idea penulisan. Saya mempunyai pandangan yang tinggi terhadap gagasan saudara. Izinkan saya 'pergi jauh' menelaah komentar saudara.
Gejala moral, salah laku dan penyimpangan etika berlaku dalam mana-mana bangsa pun. Hakikat ini juga berlaku dalam bangsa kita.
Berikan kepada saya mana tamadun yang TERBELA jika kondisi bangsanya rapuh. Soal agama, jika bangsa Dusun tidak kuat, berantakan, jika semangat keBANGSAan dusun tidak kukuh, agama tetap ada tapi syi'ar agama 'tidak hidup'. TIDAK 'AKAN HIDUP'. Kecualilah kalau kita memilih bersendirian tanpa memerhatikan sekeliling, bangsa tidak ke mana, cuma berpaksikan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Berdamping sekuat mana pun dengan agama tanpa bersatu dalam masyarakat, mana-mana agama tidak mengajar hidup tidak bersatu-padu.
Jika bangsa Arab di zaman rasul sebagaimana yang dikatakan saudara memperjuangkan Tuhan dan agama, tapi intregiti bangsa rapuh dan rabak, bangsa tidak mungkin akan terbela. Demikian juga bangsa Turki. Bagaimana menjadi empayar? Bagaimana dapat memperjuangkan Tuhan dan agamanya jika berpaksikan identiti bangsa yang tunggang terbalik?
Sebab itu apa agama pun menyeru kepada semua bangsa mengiktiraf kesepakatan, mencari keamanan, kestabilan, susun atur akal yang mencantikkan personaliti. Individu dituntut memiliki kesusilaann yang tinggi, memiliki keikhlasan dan kerendahan hati dan mentaati hukum-Nya. Sumber kekuatan bangsa adalah rantaian sikap yang ada dalam kelompok masyarakatnya. Sumbar kekuatan personaliti adalah sifat tawakal, insaf dan tunduk kepada PERINTAH TUHAN. Agama itu JALAN kepada mereka yang mencari Tuhan. Asas bangsa perlu kuat untuk menegakkan kebenaran.
Saya ingin memetik kata anonymous;
'
DUSUN…. ramai terlibat gejala negatifDadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liarBelum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokokRogol, bunuh, pergaduhan, murtadKes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawaborang Dusun banyak terlibatTerpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya… nilah hasil perjuangan Dusun dengan semangat kebangsaannya,bukan!Saya menolak sentimen seperti ini sekalipun saya akui gejala sedemikian meragut nama baik bangsa Kimaragang(dan mana-mana bangsa pun). Apakah benar ini hasil perjuangan Dusun dengan semangat kebangsaannya? Tidak ada siapa di kalangan DUSUN khasnya KIMARAGANG yang berjuang mahu melihat hasil keringat menyelerakkan ketidaksenonohan ke dalam jati bangsa. Kita tidak boleh bercakap SEMATA-MATA gejala negatif yang berlaku sekarang ialah kegagalan perjuangan sebelum ini. Ke mana perjuangan aki dan moyang kita?
Kejadian rogol umpamanya, siapa yang perlu dipersalahkan? Perjuangan nenek moyang kita? leluhur kita? orang sekeliling kita? orang kampung sebelah? adik atau abang kita?
ATAS NAMA PERJUANGAN,bangsa tidak pernah mengkehendaki ini yang terjadi.
Anonymous kata '
Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi'. Saya tidak bersetuju tiada perpaduan di dalam bangsa kita. 'Kemelut perpaduan' yang ada tidak lebih kepada perbezaan pendapat. Cuitan kemasyarakatan yang tidak lain tidak bukan berkeinginan mengangkat bangsa kita juga. Jika tidak ada perpaduan, kita akan melihat perang saudara. Kita akan melihat susun atur masyarakat yang memperlekehkan hukum. Sehingga setakat ini syukurlah, kita tidak pernah terfikir perlukan pedang baru memberi tempat kepada sikap bersetuju mencapai muafakat. Jika sekadar perbezaan pendapat, itu bukan kayu pengukur. Saya ingin ulangi komen saya yang lepas layang-layang tidak akan naik jika tidak DITENTANG angin. Oleh yang demikian bagaimana tamadun naik jika bangsa tidak kritis?
Kita tidak perlu jebakkan integriti bangsa kita ke gaung prasangka. Bangsa kita ikhlas berjuang, tapi dikatakan menghasilkan budaya tidak senonoh. Benarkah kita berkesanggupan begitu jauh berkata sedemikian rupa? DARAH yang pernah menitis di bumi kita dulu SEKALI-KALI JANGAN kita kompromikan keruntuhan moral dan akal dalam institusi masyarakat kita.
Tentang soal makan gaji, tidak mungkin berlaku pencapaian bijak pandai mereka jika tidak teruji melalui sikap berdikari. Survival keluarga, berpisah rumah menuntut ilmu dan ujian jati diri di rantau orang, berkorban tenaga, masa dan wang ringgit. Tidak mungkin begitu mudah mereka sampai ke tahap beroleh bekerja dan makan gaji. Saya anggap itu permulaan kejayaan bangsa.
Bangsa yang kuat tidak dapat lari daripada prinsip muafakat. Keharmonian dengan sendirinya akan dapat menyusun keupayaan di dalam cara membudayakan masyarakat. Semoga para pejuang kita tidak patah semangat membangunkan kekuatan nilai dan karekter bangsa Kimaragang. Marilah kita dengan perasaan lapang, minda terbuka dan semangat persaudaraan mengembleng minda menjana persefahaman, menginteraksikan hala tuju tanpa menidakkan keharmonian bermasyarakat.
Jatuh bangun kita, sama-sama kita menderita. Jatuh sama merangkak. Bangun sama berganding bahu.Mohon maaf mohon ampun. Anak cucu tumpang belajar. Salam persahabatan dan salam perjuangan kepada saudara Anonymous serta rakan-rakan sekalian. ;
Jalimik Sawatan (LM)
Kg. Tingkalanon.