TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, August 27, 2009

DJ LM Di Utara.FM



Tepat jam 2.45am, mengambil alih menDJ daripada rakan setugas di Melaka, DJ AKU sehingga jam 5.30am tadi bersiaran terus dari Cheras, Kuala Lumpur. Kali ke tiga menDJ sejak menyertai team Utara.FM. Sebenarnya ada beberapa di kalangan penulis SAM yang juga merupakan DJ di Utara.FM seperti DJ LUGU (Jaymon Musit), DJ. TOM, DJ. Nong dan DJ. Aldusuni dan rakan blogger SAM iaitu Tn DJ. Batman a.k.a Ridwanct dan bergabung bersama-sama dengan DJ-DJ Utara.FM.

Utara.FM dahulunya dikenali sebagai PONET.FM sebelum ditukar nama dan dirasmikan sendiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi di Ranau dalam satu majlis bersama gabungan NGO Sabah. Anda terus boleh klik untuk mengetahui perkembangan terkini yang berlaku di Sabah, khasnya di kawasan Utara Sabah (Kota Marudu, Pitas, Kudat, Kota Belud, Ranau) dan juga perkembangan terkini dalam industri hiburan tempatan yang berkerjasama dengan Utara.FM dan sebarang aktiviti yang berlangsung di UTARA Sabah. Mudah-mudahan dengan lahirnya SAM dan Utara.FM memberikan alternatif tambahan efektif dalam menyalurkan info-info terkini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

...Utara.FM, Radio Online Sabahan, dibawa khas oleh Titan Power Motor Oil, radio rasmi gabungan NGO Sabah, 'Suara Kami Suara Mereka' Macam biasa juga baaa... MANTAP!!...

Lensa Mickey2: Canon 450D....













Wednesday, August 26, 2009

Singgah Sebentar....

Hari Ahad dalam perjalanan berangkat kembali bertugas ke Kuala Lumpur, sempat singgah sebentar di kuburan bapa. Hening seketika. Mengenangkan segala yang di belakang dalam beberapa ketika. Bapa, anak-anakmu rindu... Selamat tinggal Pa... Nanti saya kembali lagi singgah di sini dan kita berkisah lagi tentang waktu-waktu silam. Mohon restu kembali ke Kuala Lumpur.

Banglo RM2.8j Diruntuhkan.....





Banglo RM2.8j dirobohkan?? Apa agaknya wang sebanyak itu dapat kita lakukan untuk daerah kelahiran kita? Hmm.. Ini antara gambar yang sempat saya rakam. Sebenarnya rumah ini telah lama siap dibina pada tahun 1999 tetapi tidak pernah diduduki oleh tuan rumah kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Bulan lepas, pemilik baru telah membawa masuk design baru dan rumah ini menurutnynya tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan (tapi saya kira feng sui mempengaruhi jutawan ini untuk membina banglo baru mengikut binaan yang boleh mendatangkan tuah kepada pemiliknya). Katanya mau bina banglo 3 tingkat.

Kalau di kampung, jangankan rumah batu, rumah papan yang telah siap tapi dirobohkan kembali atas alasan reka binaan tidak cantik pasti dianggap membuat kerja gila dan menjadi bahan ketawa orang. Di kota, lain pula cara mereka berfikir. Sesiapapun berbangga bercakap tentang wang yang banyak dan boleh melakukan sesuka hati sahaja menurut apa yang diingini dan tidak akan ada sesiapa yang mempertikaikan. Gambar ini saya rakam menggunakan HP Nokia 5320.

Friday, August 21, 2009

Lensa Mickey 1: Canon 450D....

Gambar rumah di Kg. Tingkalanon. Baru beberapa minggu mengambur padi...
Kenangan dengan bapa. Tangan ini celupan lilin tangan bapa ketika berada di KL dan kami membawanya bersiar-siar di Cameron Highland.
SAM sentiasa di hati... hehe
Lonely in the rain... Hehe patung kesayang mama saya kasi basah semata-mata untuk mo test skill ambil gambar. Lepas ambil gambar nie kadapatan mama dan terus kena marah. Huhu..
Bunga kembang di halaman rumah mama tanam. Katanya 'Ini la penghibur hati di kala keseorangan di rumah'. Hmmm.. Sedih pula hati saya.
Si kusing ni heheh.. sedang berjemur matahari. Saya terpaksa berhati-hati menghampiri kucing kesayangan mama supaya kunun inda terganggu konsentrasi ni kucing. Haha...
Ini la yang terjadi kalau saya menyedarkan lamunannya. Hehe... 'Apa tengok-tengok?' bilang ni kucing.
Siapa sangka tumbuhan ini yang sangat 'dibenci' di lapangan bendang boleh juga menghias dirinya cantik menjelang terbitnya mentari. Ini la kusingan yang selalu membuatkan saya selalu memgeluh waktu budak-budak lagi. Hehehe....

Lensa Mickey: Canon 450D....

Sebuah gerai jualan bunga plastik di tengah-tengah Kota Kinabalu. Merah menggamit hati.. hehe
Kuntuman bunga berkembang ketika saya hendak masuk sebuah restoran untuk menghilangkan kering tekak
Salam merdeka Malaysiaku.
Sampah yang ditinggalkan oleh pasangan sejoli yang baru selesai bertukar senyuman cinta.
dekat dengan jeti Kota Kinabalu.
Gambar bunga ini saya ambil di halaman rumah. Kembang seawal pagi
Manik-manik Borneo
Manik-manik gerai budaya lanjutan dari pesta kaamatan peringkat negeri baru lalu.
Seorang nenek sedang menunggu kalau-kalau ada orang datang membeli jualannya.
Yummy... sayap panggang Tamu Tandek

Sunday, August 16, 2009

Satu Kepulangan: Kuala Lumpur - Negeri Sembilan - Sabah

Sebelum balik kampung, saya melangkah keluar dari cheras untuk mengikuti satu program yang diadakan di Port Dickson selama 3 hari bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tepat jam 10 malam, saya bersama Why, Nong dan seorang lagi rakan memulakan perjalanan 'persinggahan' sebelum saya dan Why akan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu tengahari Ahad ini.

Sebentar lagi akan bertolak ke LCCT. Kemungkinan saya tidak dapat mengikuti perkembangan blog rakan-rakan terutamanya blog kita, SAM untuk memberikan sokongan 'suara kita, suara mereka'. Seperkara yang ingin saya katakan ialah, TAHNIAH! kepada para DJ Utara.FM yang sedang melakukan rekod bersiaran selama 48jam. Sebahagian daripada DJ Utara.FM juga merupakan rakan penulis SAM. Semalam menerima SMS daripada tekong mengatakan DJ Otai sudah memberikan lampu hijau untuk saya menDJ secara langsung daripada Kuala Lumpur. Terima kasih Tuan Rumput (Tekong Kusnet) kerana memberikan saya kesempatan berharga. Kepulangan saya nanti pun, saya akan cuba bertemu mereka nanti untuk mendapat beberapa tips2 dan nasihat, serta mungkin jika ada protokol dan perkara yang boleh dan tidak boleh sebelum saya 'DILULUSKAN' ke udara. DJ-DJ Utara.FM bersedia untuk 'dicuri' koleksi lagu-lagu anda. Heheh

Saya akan berada di kampung mulai Isnin sehingga Ahad. Rakan-rakan 'Bengkoka' boleh la bersedia untuk pertemuan di dataran sambil berasap di tepi laut... Hahaha... BBQ kita. Chow!.. Jumpa di sana...

Tuesday, August 04, 2009

Apakah Yang Anda Mahu Lakukan Jika Anda.....

... dituduh melakukan perbuatan jenayah dan anda begitu PASTI berada di pihak yang benar?

a) Mempertahankan diri di mahkamah dan berusaha mahu membuktikan anda memang benar dan ingin menang dalam kes.

b) Melengahkan proses penghakiman kerana tiada masa atau ada hal peribadi lain yang lebih penting

... dituduh melakukan perbuatan jenayah dan anda memang telah melakukan kesalahan tersebut?

a) Sedar, mengakui telah melakukan perbuatan dan menerima hukuman.

b) Berusaha mengelak diri dengan pelbagai alasan/melarikan diri di mana-mana.

Option ke tiga... dituduh dan melakukan kesalahan tapi meminta dibicarakan dengan harapan anda terlepas daripada hukuman dengan bantuan kehandalan peguam bela bijak berhujah.

Option ke empat... dituduh dan melakukan kesalahan tapi mengeksploitasikan sepenuhnya 'hak perundangan dan alasan hak asasi' untuk mengelakkan dibicara/mengugurkan kes.

..dituduh tapi langsung tidak melakukan perbuatan jenayah tersebut (yakni diri di pihak benar) lalu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan daripada dibicara atau mahu kes digugurkan kerana merasakan diri memang tidak bersalah.