Ahhh.. Gambar Ini Mengingatkan Aku Akan Segala Sesuatu..
Gambar ini saya ambil dari blog Abg Jack Cuma kalau la ada ambil gambar rumah di tepi sawah, kelihatan lengkap sahaja gambaran ini. Gambar ini terlalu cantik dan memberi emosi. Tidak kelihatan kelibat mama dan bapa tetapi kerja tangan mereka menjadikan semua pemandangan ini tidak sukar mengingatkan diri ini akan segenap wajah mereka.
Apa lagi yang dapat saya katakan....
1 Comments:
Panorama desa nan indah menggamit kenangan manis yang lalu dimana saya bekerja menghalau burung sewaktu padi mulai masak.Pemandangan sawah nan hijau dengan buah padi yang mulai menguning seluas mata memandang membuat saya leka hingga tidak sedar linopot dan sambal ikan masin yang saya bawa habis saya makan.Walaupun hanya linopot dan ikan masin namun waktu itulah saya merasa makan yang paling enak.Sekarang walaupun makan di hotel dengan pelbagai juadah tetap tidak sesedap makan linopot dan ikan masin disawah.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home