Aku Tidak Akan Mengubah Sesuatu....
Aku harus membiarkan dirimu meneruskan kehidupan dan kerana itu aku memilih untuk 'merasa kehilangan' sebab aku dalam hari-hari seterusnya, akan kehilangan suara mu. Aku juga akan kehilangan diriku sendiri yang dahulunya sering memilih hujung minggu mendengar suaramu atau sebelum tidurku menghantar pesan ke udara dan menjengah perbaringanmu....
.... demi kerana aku tidak akan mengubah sesuatu....
Dan aku juga tidak akan meminta dirimu mengubahnya kerana jika kamu memilih untuk mengubahnya, itu akan menyakitkan dirimu sendiri. Hanya ini sahaja yang saya inginkan agar kamu ketahui... Percaya la kepada perkara semulajadi di antara kata-kata dan jiwa ragamu.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home