Sebelum ini, beberapa artikel di blog SAM (Suara Anak Marudu) yang memaparkan beberapa projek desa yang mendapat perhatian ramai pihak (sehingga mengundang perasaan tidak senang pihak tertentu). Antara artikel panas berkaitan projek bermasalah seperti astaka Pekan Tandek dan projek jambatan Goruntung. Jika diamati, paparan ini bukan sekadar satu artikel tetapi lebih jauh daripada itu ialah kebimbangan kami sebagai rakyat berkenaan aspek keselamatan pengguna. Adakah kita perlu peristiwa tragis baru nak terngadah?
Pergi bersama-sama adalah PERMULAAN
Kerja bersama-sama adalah KEMAJUAN
Bertahan bersama-sama adalah KEJAYAAN

Wednesday, October 28, 2009
Kuala Nibang: Jadikan Pengajaran
Sebelum ini, beberapa artikel di blog SAM (Suara Anak Marudu) yang memaparkan beberapa projek desa yang mendapat perhatian ramai pihak (sehingga mengundang perasaan tidak senang pihak tertentu). Antara artikel panas berkaitan projek bermasalah seperti astaka Pekan Tandek dan projek jambatan Goruntung. Jika diamati, paparan ini bukan sekadar satu artikel tetapi lebih jauh daripada itu ialah kebimbangan kami sebagai rakyat berkenaan aspek keselamatan pengguna. Adakah kita perlu peristiwa tragis baru nak terngadah?
Thursday, October 15, 2009
Sepintas Lalu: Selesa Juga Merbahaya
Memanglah, pengguna juga harus berhati-hati ketika menikmati pemanduan yang selesa di laluan aspal. Saya katakan ini TIDAK CUKUP kalau pihak berkenaan sekadar mengharapkan pengguna semata-mata untuk bertekun di dalam aspek tanggungjawab pemanduan di atas jalanraya.
Banyak aspek lain yang perlukan perhatian segera (dan ini adalah ulangan rayuan). Lampu jalan memang perlu memandangkan laluan yang begitu gelap waktu malam. Masih belum ada papan tanda beramaran had kelajuan dan papan tanda perlahankan kenderaan di kawasan perkampungan dan sekolah. Selekoh tajam umpamanya perlukan perhatian serius. Memang amat sesuai di bina bumper atau bonggol dan tanda garisan kuning untuk menghidupkan waspada kepada pemandu kenderaan. Harap dapat disegerakan jika tidak lebih ramai yang akan 'SEGERA HILANG DARI PANDANGAN'. Untuk keperluan seperti ini, jangan la ada mentaliti 'Nanti laaa.....'
Jalanraya seharusnya bukan laluan yang menyedihkan dengan cerita-cerita yang tragis. Jalanraya adalah lorong yang mencantikkan masa depan bangsa dan tamadunnya.
Monday, October 05, 2009
Hari Ini Dalam Peristiwa.... Seorang Remaja Yang Gila Musik
Selesai show. Rockers santai kaw-kaw punya posing heheh (Atas Kiri: Rudy, Puspa, Zuhaimi, Zack. Bawah Kiri: Mohd Ali (corner baring haha) Bro Nik dan saya)Kepada rakan-rakan, jika bertemu satu hari nanti, kita minum lagi di kedai Seng Loong, kedai kopi cina depan dewan All Saints yang penuh dengan kenangan klasik. Sekarang ni, sudah banyak yang berubah. Masing-masing sudah mempunyai komitmen dan berkerjaya. Namun kenangan itu tetap satu kenangan yang indah. Dari satu sisi lain, zaman remaja yang penuh hiruk pikuk tapi tidak tergantikan dengan apa-apa pun. Setiap kenangan itu ada nilai sendiri. Salam ingatan untuk rakan-rakan All Saints'. Love you all......
Thursday, October 01, 2009
Pengabaian Prinsip Dan Integriti: 7 Malapetaka Dalam Kehidupan
Pengabaian prinsip dan integriti mencetus kebimbangan kerana politik masa kini kian menyisihkan pesan moral. 7 malapetaka besar dikutip melalui ucapan Mahatma Ghandi, 1925;
1. Politik tanpa prinsip.
2. Kekayaan tanpa bekerja.
3. Keseronokan tanpa kesedaran.
4. Pengetahuan tanpa keperibadian.
5. Perdagangan tanpa moral
6. Sains tanpa kemanusiaan
7. Beribadat tanpa pengorbanan
Ghandi melihat politik tanpa prinsip merupakan satu daripada malapetaka besar namun inilah paling banyak berlaku dalam dunia politik. Prinsip moral dan integriti amat penting kerana ia mempertaruhkan sesuatu yang lebih besar kerana ia bakal menentukan arah kepimpinan. Namun kita sebagai orang yang dipimpin masih mempunyai pilihan berdasarkan prinsip dan integriti kita dalam mengekang jumlah bilangan pemimpin yang mengabaikan moral dan etika. Pilihan kita tidak seharusnya dikekang oleh kebijaksanaan pidato atau retorik semata-mata.
4 ciri utama harus menjadi inspirasi dalam membuat pemilihan kriteria seseorang yang kita mahu angkat sebagai pemimpin.
1. Kejujuran
2. Berwawasan
3. Berkeupayaan/dayasaing
4. Mencetus idea/ilham
Dalam kajian koresponden di seluruh duniapun memilih ciri kejujuran atau amanah sebagai ciri kepimpinan sejati. Inilah yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin dan bakal pemimpin politik dalam melahirkan sebuah negara yang sistem dan institusi masyarakatnya dihormati, bebas rasuah dan memiliki peradaban tinggi serta bermaruah. Dalam semua keinginan atau cita-cita, prinsip dan integriti penting. 4 perkara di atas jika menjadi hiasan karekter, dengan sendirinya menggambarkan intelek rohaninya.
Tanpa prinsip dan integriti, kita tidak akan dapat lari daripada kecelaruan politik. Pemimpin yang berprinsip dan berintegriti dengan sendiri akan menjadi ikon popular jika dua perkara asas ini secara konsistensi menjadi dasar perjuangan.
Monday, September 14, 2009
DS Najib:Tiada Guna Popular Di Kalangan Ahli Parti

Memang ternyata benar, tidak ada gunanya pemimpin popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa yang sama tidak disenangi malah menjejaskan sokongan rakyat. Seruan DS Najib meminta supaya pemimpin terus dekati rakyat dan mendekati rakyat dengan sikap merendahkan diri menggambarkan kesungguhan hasrat falsafah perjuangannya.
Kita mahu pemimpin kita mencontohi cara DS Najib yang sinonim dengan pendekatan 'walkabout' atau tinjauan mesra rakyat. Satu aktiviti di luar program, tidak berjadual dan di luar daripada pengetahuan rakyat di samping program-program sedia ada dalam membangun agenda rakyat. MICKEY'S CORNER bersetuju dengan kenyataan DS Najib bahawa pemimpin harus tidak bersikap angkuh, salah guna kuasa, suka menunjukkan kekayaan. Menurut DS Najib, pemimpin harus berkhidmat dan menjadi 'hamba' yang baik kepada rakyat. Bercakap mengenai tinjauan mesra, SAM ingin memetik kata-kata DS Najib;
'.....Saya menikmatinya kerana saya bersama rakyat Malaysia. Kalau saya Perdana Menteri boleh buat ini, pemimpin lain pun boleh buat juga. TURUN KE BAWAH.. Bersama-sama dengan rakyat. MERENDAH DIRI... BERSEDERHANA. Kesederhanaan adalah cara merendah diri.....'
Demikian tegasnya DS Najib dalam menjiwai keikhlasan niat perjuangannya bersama rakyat. Jadi apa kata pemimpin kita??
Kalau ular menyusur akar, ular tak akan hilang bisanya. Pepatah ini menempelak sikap sesetengah pemimpin yang takut bila bergaul dengan rakyat biasa akan kehilangan status diri sebagai VIP/VVIP. Seruan MICKEY's CORNER, JADILAH PEMBELA SEBENAR!! Seperti kata DS Najib "Anda (pemimpin) boleh berubah dan jadikan rakyat Malaysia yang masyarakat yang HEBAT!"
Kepada pemikir anak Marudu, teruskan perjuangan sebagai agen rakyat dan menyertai perjalanan gagasan Perdana Menteri kita dalam 1hasrat, 1kerja, 1keluarga, 1masyarakat, 1negara dan 1Malaysia.
Friday, September 11, 2009
Pinjamkan Kami Naluri Ibu Mu

Kini... engkau ibu telah mengangkat panji di medan perang memimpin bala tentera . Dan bila palu genderang berhenti taktha kerajaan itu milikmu Engkau kini bukan lagi mengumpul anak-anaknya di ruang rumah kecil. Doa mu kini bukan lagi sekadar kesejahteraan sang suami dan anak-anak.
Ibu, engkau kini memimpin anak-anak bangsa. Munajat doa mu kini berjubahkan keringat dan ratap tangis yang berzaman terabai di rimba harapan. Lalu seru kami dari empat arah mata angin. Tangisan dari terbit matahari sehingga ratap yang terkumpul di hujung rona senja ,sentuhlah itu dengan naluri keibuanmu yang tepat. Jika engkau tidak gagal membahagiakan ruang rumah itu, engkau juga tidak mungkin terabai melihat ruang desa yang hanyir oleh luka-luka yang tidak pernah sembuh. Engkau sudah melihat retak yang merekah di tulang bangsa , dimamah oleh kesombongan dan keangkuhan para pembesar yang dulunya menagih simpati di ceruk denai.
Demi pedih dan luka yang sudah tidak tertanggungkan di bahu kami, PINJAMKAN KAMI NALURI IBUMU dan kami akan kembalikan kepadamu anak-anak bangsa yang tahu bersyukur...... Luka ini HARUS jangan bertambah dalam.
Kenapa Dikatakan Maju Tapi Masih Label Mundur?
Kota Marudu seperti kata orang sudah ada kemajuan. Jalanraya dan prasarana lain mulai nampak petandanya mewarnai wajah bumi lahir yang murung sebelum ini. Namun bercakap mengenai kemajuan, KM masih daerah termundur. Kenapa? seperti kata Dr.Nellson dalam artikelnya di Suara Anak Marudu (SAM) - Mari Kita Tanya kita tertinggal bertahun di belakang. Apakah yang menyebabkan ada kemajuan tapi masih lagi dilabelkan agak ketinggalan dan mundur?
1. Orang lain sudah aspal jalan, kita masih jalan gravel. Bila, kita mulai aspal jalan, orang lain sedang melakukan kerja baikpulih atau tempat itu sudah lengkap dengan prasarana seperti tiang lampu yang membekalkan jana kuasa ke kampung-kampung
2.Kita sudah membina beberapa bangunan baru, daerah lain berkembang saiz struktur bandarnya serta landskapnya yang cantik.
3. Di tempat lain, Majlis Daerahnya yang moden dan serba serbinya ikut piawaian perkhidmatan kemasyarakatannya, kita baru bina bangunan baru yang sistem pentadbirannya belum dilengkapi sepenuhnya.
4.Tempat lain dewan serbagunanya yang tersergam cangih dan indah, kita memerlukan dewan itu terbakar baru dapat merasa senibina yang boleh sedap mata memandang...
5. Kita masih meminta supaya diwujudkan beberapa buah sekolah lagi, tapi di tempat lain mereka sudah berlumba-lumba memahat nama siapakah antara kalangan sekolahnya berprestasi yang unggul
Ternyata perkembangan kemajuan tetap ada di Kota Marudu tetapi terlalu lambat pergerakannya. Yang dikatakan kemajuan itu pun sebenarnya sudah bertahun lamanya ditagih, didesak. Blog ini mengharapkan YB N.5 Tandek sekarang tidak mencontohi kepimpinan lepas dan terus bersama rakyat dengan idea-idea kemajuan yang pantas. Permulaan baik YB sekarang banyak terganggu oleh sikap segelintir orang-orang di sekelilingnya yang tidak turut sama membantu agenda perjuangan dan falsafah kepimpinan yang dinamik.
Patut, beri mereka rehat sahaja dan serahkan tugas memajukan desa kepada orang-orang YB yang lebih cekap berfikir untuk kepentingan rakyat. Segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sudah cukup lama dalam sepak terajang yang tidak menguntungkan stabiliti ekososio, budaya, politik dan ekonomi.
Thursday, September 10, 2009
Teringin Kembali Rambut Panjang Tapiii....
Wednesday, September 09, 2009
Minda SAM: Paradigma Sosial Dan Pembudayaan Displin Sosiologi

Abad ini, teori Sosiologi semakin terangkat momentumnya. Kerangka penulisann saya selalu dipengaruhi oleh latarbelakang yang menoleh kepada deskripsi Sosiologi. Fokusnya ialah bagaimana disiplin ilmunya yang dapat mendalami masyarakat termasuk hubungan interaksi sosial dan peradaban.
Tindak tanduk sosial melambangkan sejauh mana kita mampu memahami aspirasi ilmu peradaban manusia dan filosopi kemanusiaan itu sendiri . Zaman era moden, teori sosiologi berkembang pantas disebabkan perubahan pesat dalam pemikiran masyarakat dan dalam ilmu itu sendiri. Masalah dalam terma Sosiologi ialah kesulitan untuk meneliti arah tanggungjawab sosial kita sehinga sekadar timbul perdebatan yang menyukarkan wacana dan gagasan kemasyarakatan.
Saya suka menyentuh perkembangan teori sosiologi ini dari sudut perbezaan paradigma anak-anak muda masa kini berfikir dan meneliti peristiwa kemasyarakatan yang berlaku di sekitar. Hal ini saya dapat perhatikan bagaimana anak-anak muda sekarang mampu memandang isu/objek yang sama melalui konteks pemikiran yang berbeza. Ada beberapa pilihan kita sebagai manusia dan keputusan kita sebagai individu bermasyarakat yang menentukan sejauh mana kita saling berhubung kait melalui satu refleksi idea dan gagasan dalam usaha mengenepikan konflik ekososio budaya demi sebuah kestabilan yang sudah bertahun menjadi impian.
Dalam konteks asimilasi sosiologi, saya ingin menyeru kepada semua pemikir anak Marudu, sudah tiba waktunya gagasan sosiologi ini mampu memberikan satu lagi dimensi dalam merungkai suara-suara terpinggir, yang khuatir, yang kusut yang semua ini memberi kesan kepada dinamiknya bangsa kita. Minda anak Marudu yang telah bangun ‘menentang’ ketidakwajaran adalah petanda keupayaan anak bangsanya membuka simpulan yang berpotensi meranap struktur masyarakat.
Beberapa paparan SAM sebelum ini adalah tanda laras interaksi sosialnya dan kemudian pula memikul beban di bahu, prospek ketidaksenangan bangsanya sendiri, yang menolak untuk memberi nyawa kepada perjuangan dan integrasi intelek bangsanya. Teori Marudu yang telah mengalami pemurnian paradigma sebelum ini juga antara contoh menarik bagaimana anak bumi Marudu tidak lari daripada wacana sosiologinya. Sayangnya, kesedaran ini yang kaya dengan konsep sekadar mendapat momokan.
Dalam memaknakan sosiologi, banyak perkara yang harus kita angkat. Pembudayaan tanggungjawab sosial bukan setakat bercakap mengenai agrumentasi desa yang terpinggir malah harus juga mempertimbangkan ketidakseimbangan budaya, politik dan ekonomi sebagai latarbelakang kepada setiap inci daya usaha untuk membangun dan melonjakkan nilai-nilai yang menghidupkan jiwa bangsa kita.
Lebih daripada itu, kesedaran akan fungsi sosial yang terpikul oleh minda kita satu persatu, mampu menghadirkan kefahaman bermasyarakat dari segi konteks atursusunnya. Kesedaran sebegini bukan milik minda SAM sahaja atau yang bijak pintar sahaja. SEMUA terlibat, dari peringkat marhaem sehingga ah kepada golongan pembesar, termasuk pihak yang meragui fungsi SAM dalam tanggungjawab sosialnya.
Atas nama Kota Marudu, wahai pemikir bangsaku MARI HIDUPKAN KHAZANAH INTELEKTUALMU dan ujilah sekali lagi betapa kokohnya ganding bahumu, biar dadamu yang penuh dengan perjuangan sejati MENGENTARKAN derita yang tertanggung di atas bumi lahir. BERSUARALAH walaupun hanya sekecil tapak tanganmu menadah setiap inci air mata yang mengalir sejak dari leluhur nenek moyang. Di dada kita ada NOTA RAKYAT, marilah dengan seluruh rasa ikhlas dan harmonimu, berjabat salam dan berganding bahu dengan sang penguasa dan pemimpin kita.
KEJAYAAN, KEMENANGAN DAN KEBAHAGIAAN HANYALAH MILIK ORANG YANG BERUSAHA
Salam perpaduan dan teruskan perjuanganmu SAM…
Thursday, August 27, 2009
DJ LM Di Utara.FM


Tepat jam 2.45am, mengambil alih menDJ daripada rakan setugas di Melaka, DJ AKU sehingga jam 5.30am tadi bersiaran terus dari Cheras, Kuala Lumpur. Kali ke tiga menDJ sejak menyertai team Utara.FM. Sebenarnya ada beberapa di kalangan penulis SAM yang juga merupakan DJ di Utara.FM seperti DJ LUGU (Jaymon Musit), DJ. TOM, DJ. Nong dan DJ. Aldusuni dan rakan blogger SAM iaitu Tn DJ. Batman a.k.a Ridwanct dan bergabung bersama-sama dengan DJ-DJ Utara.FM.Utara.FM dahulunya dikenali sebagai PONET.FM sebelum ditukar nama dan dirasmikan sendiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi di Ranau dalam satu majlis bersama gabungan NGO Sabah. Anda terus boleh klik untuk mengetahui perkembangan terkini yang berlaku di Sabah, khasnya di kawasan Utara Sabah (Kota Marudu, Pitas, Kudat, Kota Belud, Ranau) dan juga perkembangan terkini dalam industri hiburan tempatan yang berkerjasama dengan Utara.FM dan sebarang aktiviti yang berlangsung di UTARA Sabah. Mudah-mudahan dengan lahirnya SAM dan Utara.FM memberikan alternatif tambahan efektif dalam menyalurkan info-info terkini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
...Utara.FM, Radio Online Sabahan, dibawa khas oleh Titan Power Motor Oil, radio rasmi gabungan NGO Sabah, 'Suara Kami Suara Mereka' Macam biasa juga baaa... MANTAP!!...































