Kami Akan Guna Kekerasan - HINDRAF
Hari ini, saya terbaca satu artikel dalam Malay Mail yang memetik kenyataan salah seorang pemimpin Hindraf yang membuat kenyataan di media Singapura yang menyebut Hindraf akan gunakan cara kekerasan untuk memperjuangkan hak-hak Hindu kaum India. Lebih mengejutkan apabila Hindraf mendakwa berlaku pembersihan ethnik oleh kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama kumpulan ini cuba mendapatkan sokongan antarabangsa termasuk kumpulan pengganas antarabangsa. 25hb Nov yang lepas, ibukota Kuala Lumpur dikejutkan dengan siri perlakuan keganasan dari kumpulan tersebut semasa mengadakan perarakan haram menyerahkan petisyen ke pejabat Duta Britain.
Blog ini merakamkan pendirian keras membantah sebarang usaha golongan tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia. Golongan ini sangat jelas mempunyai motif yang sangat aktif dalam menyemai sentimen perkauman dan menanam kebencian dan penentangan terhadap kerajaan Malaysia.
Blog ini sentiasa percaya setiap permasalahan ada cara yang membawa kepada penyelesaian dan cara itu sendiri melambangkan muafakat dan muafakat melambangkan kepercayaan tulus dari pelbagai arah dalam satu pakatan akal yang berhemah dan toleransi. Dan untuk dapatkan keputusan yang dapat menjaga kepentingan dan kedaulatan negara, ada saluran yang sesuai, satu peringkat yang memilih penghormatan tinggi terhadap undang-undang dalam menyalurkankan idea di meja pertemuan.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home