TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, September 14, 2009

DS Najib:Tiada Guna Popular Di Kalangan Ahli Parti

Ini antara ucapan terbaik Datuk Seri (DS) Najib Tun Razak, sejak memegang jawatan Perdana Menteri. Inti ucapan beliau tidak lari daripada melihat rakyat sebagai momentum tertinggi dalam fokus prestasi kepimpinan. Ditunjangi slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan, karekter asimilasi kemajuan bangsa mengangkat dinamika konteks 'bertuankan rakyat' ternyata memahami aspirasi perjuangan yang dimahukan rakyat.

Memang ternyata benar, tidak ada gunanya pemimpin popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa yang sama tidak disenangi malah menjejaskan sokongan rakyat. Seruan DS Najib meminta supaya pemimpin terus dekati rakyat dan mendekati rakyat dengan sikap merendahkan diri menggambarkan kesungguhan hasrat falsafah perjuangannya.

Kita mahu pemimpin kita mencontohi cara DS Najib yang sinonim dengan pendekatan 'walkabout' atau tinjauan mesra rakyat. Satu aktiviti di luar program, tidak berjadual dan di luar daripada pengetahuan rakyat di samping program-program sedia ada dalam membangun agenda rakyat. MICKEY'S CORNER bersetuju dengan kenyataan DS Najib bahawa pemimpin harus tidak bersikap angkuh, salah guna kuasa, suka menunjukkan kekayaan. Menurut DS Najib, pemimpin harus berkhidmat dan menjadi 'hamba' yang baik kepada rakyat. Bercakap mengenai tinjauan mesra, SAM ingin memetik kata-kata DS Najib;

'.....Saya menikmatinya kerana saya bersama rakyat Malaysia. Kalau saya Perdana Menteri boleh buat ini, pemimpin lain pun boleh buat juga. TURUN KE BAWAH.. Bersama-sama dengan rakyat. MERENDAH DIRI... BERSEDERHANA. Kesederhanaan adalah cara merendah diri.....'

Demikian tegasnya DS Najib dalam menjiwai keikhlasan niat perjuangannya bersama rakyat. Jadi apa kata pemimpin kita??

Kalau ular menyusur akar, ular tak akan hilang bisanya. Pepatah ini menempelak sikap sesetengah pemimpin yang takut bila bergaul dengan rakyat biasa akan kehilangan status diri sebagai VIP/VVIP. Seruan MICKEY's CORNER, JADILAH PEMBELA SEBENAR!! Seperti kata DS Najib "Anda (pemimpin) boleh berubah dan jadikan rakyat Malaysia yang masyarakat yang HEBAT!"

Kepada pemikir anak Marudu, teruskan perjuangan sebagai agen rakyat dan menyertai perjalanan gagasan Perdana Menteri kita dalam 1hasrat, 1kerja, 1keluarga, 1masyarakat, 1negara dan 1Malaysia.

3 Comments:

Blogger MINDAGURU said...

Itulah pemimpin rakyat, bukan sekadar terbatas memimpin kaumnya semata2 tetapi untuk semua yang kepimpinannya merentasi kaum, agama dan keturunan..

11:43 PM  
Blogger dardie said...

Inilah konsep dan bentuk perjuangan pemimpin kepada rakyat yang seharusnya kita lihat untuk era politik moden kini..namun, agak sayu juga mengingatkan apabila masih terdapat ramai pemimpin baik dipihak kerajaan atau pembangkang yang masih lagi melihat agenda peribadi itu sebagai nadi perjuangan..hadir di mata rakyat semasa mahu meraih simpati minta sokongan..tapi bila sudah diberikan mandat banyak pula menabur alasan apabila rakyat bersuara mengadu masalah..memang diakui pemimpin itu bukanlah Tuhan sehingga dapat memberikan semua apa yang diperlukan rakyat, tapi untuk segelintir masalah dan rintihan pasti ada medium penyelesaian...janganlah apabila ditegur sedikit dengan pantas menghantar ugutan "jangan masuk campur", "kamu tahu apa?", "jangan pandai-pandai", "tunggu saja masa kamu nanti jadi pemimpin"...banyak lagi la yang kita sebagai rakyat dengar walaupun bukan secara terus datang dari mulut pemimpin itu sendiri tapi secara terangan berakar dari sana...

Maka, suara rakyat ini akan tetap berkumandang...

4:32 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

MindaGuru.. setuju dengan anda. kepimpinan bukan setakat memimpin, tetapi terasnya merentasi bangsa, kaum, bahasa dan agama.

Dardie..
terima kasih komentar anda. sikap 'jangan masuk campur'.. 'Kamu tahu apa?' "Jangan pandai-pandai"... ini lah mentaliti yang merosakkan perkembangan minda orang sendiri. Kepada yang memimpin, jadi la pemimpin yang memahami rintihan rakyat

7:07 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home