TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, September 11, 2009

Kenapa Dikatakan Maju Tapi Masih Label Mundur?

Kota Marudu seperti kata orang sudah ada kemajuan. Jalanraya dan prasarana lain mulai nampak petandanya mewarnai wajah bumi lahir yang murung sebelum ini. Namun bercakap mengenai kemajuan, KM masih daerah termundur. Kenapa? seperti kata Dr.Nellson dalam artikelnya di Suara Anak Marudu (SAM) - Mari Kita Tanya kita tertinggal bertahun di belakang. Apakah yang menyebabkan ada kemajuan tapi masih lagi dilabelkan agak ketinggalan dan mundur?

1. Orang lain sudah aspal jalan, kita masih jalan gravel. Bila, kita mulai aspal jalan, orang lain sedang melakukan kerja baikpulih atau tempat itu sudah lengkap dengan prasarana seperti tiang lampu yang membekalkan jana kuasa ke kampung-kampung

2.Kita sudah membina beberapa bangunan baru, daerah lain berkembang saiz struktur bandarnya serta landskapnya yang cantik.

3. Di tempat lain, Majlis Daerahnya yang moden dan serba serbinya ikut piawaian perkhidmatan kemasyarakatannya, kita baru bina bangunan baru yang sistem pentadbirannya belum dilengkapi sepenuhnya.

4.Tempat lain dewan serbagunanya yang tersergam cangih dan indah, kita memerlukan dewan itu terbakar baru dapat merasa senibina yang boleh sedap mata memandang...

5. Kita masih meminta supaya diwujudkan beberapa buah sekolah lagi, tapi di tempat lain mereka sudah berlumba-lumba memahat nama siapakah antara kalangan sekolahnya berprestasi yang unggul

Ternyata perkembangan kemajuan tetap ada di Kota Marudu tetapi terlalu lambat pergerakannya. Yang dikatakan kemajuan itu pun sebenarnya sudah bertahun lamanya ditagih, didesak. Blog ini mengharapkan YB N.5 Tandek sekarang tidak mencontohi kepimpinan lepas dan terus bersama rakyat dengan idea-idea kemajuan yang pantas. Permulaan baik YB sekarang banyak terganggu oleh sikap segelintir orang-orang di sekelilingnya yang tidak turut sama membantu agenda perjuangan dan falsafah kepimpinan yang dinamik.

Patut, beri mereka rehat sahaja dan serahkan tugas memajukan desa kepada orang-orang YB yang lebih cekap berfikir untuk kepentingan rakyat. Segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sudah cukup lama dalam sepak terajang yang tidak menguntungkan stabiliti ekososio, budaya, politik dan ekonomi.

4 Comments:

Blogger Umar Safri said...

Sorry... sy tidak bersetuju dgn orang yang tidak bersetuju dgn artikel ini. hehe...kita harap arus pembangunan di KM dipasangkan "turbo". kita sudah jauh tertinggal... teruskan DJ LM

12:22 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

setuju Umar... kita memang sudah jauh tertinggal... kita perlu memangkin usaha mereka agar biar terus TURBO!!! hehe

5:11 AM  
Blogger MINDAGURU said...

Saya setuju dgn Umar, pembangunan di KM perlu di pasang turbo..turbo itupun perlu selalu "diservis",agar dapat memaksimakan kuasanya..

11:48 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

mindaguru, tidak terlambat untuk saya mengucapkan lagi salam tahniah atas anugerah kecemerlangan. Setuju, segala pekerjaan ini harus pantas mengikut waktunya

5:26 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home