TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, October 05, 2009

Hari Ini Dalam Peristiwa.... Seorang Remaja Yang Gila Musik

sedang membuat persiapan untuk dapatkan mood muzik.. hehe. (Bersama dengan Zack Salisi)

Pertandingan bermula. Kiri: Saya, Bro Mohd Ali dan Bro. Rocky

time guring gitar. Lagu: Tirai Horizon (Kiri: Bro Mohd Ali, Saya dan Bro. Rudy Malmsteen)

Selesai show. Rockers santai kaw-kaw punya posing heheh (Atas Kiri: Rudy, Puspa, Zuhaimi, Zack. Bawah Kiri: Mohd Ali (corner baring haha) Bro Nik dan saya)

Gambar kenangan ini saya perolehi daripada seorang kawan Zack Salisi, sahabat yang dulu satu kepala dalam dunia muzik rock. Tidak sangka bertemu lagi dengan rakan-rakan dalam Facebook. Zack (drummer) memang seorang kawan yang penuh dengan humor dan lawak spontannya. Waktu ini saya bersekolah di SM All Saints', Kota Kinabalu. Rakan lain seperti Bro. Ali (rythm), Bro. Rocky (Singer), Bro. Rudy Malmsteen (Lead guitar) antara otai rockers masa tu. Setiap hujung minggu pegi jamming di Karamunsing atau ke rumah Bro Ali sambil lepak ngan guitar. Inilah aktiviti muda-muda dulu yang banyak mengisi masa sehingga saya tidak begitu berjaya dalam pencapaian sebagai pelajar. Hahaha... saya ni kadang berlebih-lebih dalam satu-satu perkara yang saya minat. Skarang ni, jari jemari sudah berkarat.

Kepada rakan-rakan, jika bertemu satu hari nanti, kita minum lagi di kedai Seng Loong, kedai kopi cina depan dewan All Saints yang penuh dengan kenangan klasik. Sekarang ni, sudah banyak yang berubah. Masing-masing sudah mempunyai komitmen dan berkerjaya. Namun kenangan itu tetap satu kenangan yang indah. Dari satu sisi lain, zaman remaja yang penuh hiruk pikuk tapi tidak tergantikan dengan apa-apa pun. Setiap kenangan itu ada nilai sendiri. Salam ingatan untuk rakan-rakan All Saints'. Love you all......

6 Comments:

Blogger BUNG ADI said...

kenangan memang indah walau sepahit mana pun ia, apatah lagi kalau memang2 INDAH...

Tak pernah gagal untuk membuat saya teruja. Bagussss....

11:49 AM  
Blogger Bunga Negara said...

Aik di All Saints ? Tahun berapa ?

2:00 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

sanguru, benar adanya kata-kata sanguru. KEnangan itu tetap indah walau sepahit manapun.

Liau, ya, dulu sya sekolah di sm all saints' kota kinabalu antara tahun 1990-1992..

5:32 PM  
Blogger dardie said...

hahhahahahahaa...ini ekspresi saya setelah membaca entri dan melihat gambar2 yang di 'post' kan..siok ohh zaman meningkat remaja..sy masih ingat pada usia saya seperti itu...aduh, seolah-olah tidak mahu membenarkan usia dan zaman itu berlalu...

Tapi..mmg btul..sekarang setiap insan yang bertanggungjawab dalam mencipta kenangan itu suda dengan komitmen dan haluan hidup tersendiri..ermmm...rindu pula kalau diingat2..heheehe...

12:27 PM  
Anonymous tAtA said...

salam brother Mick...

lama xda jalan cni blog ko ni... nunu tabar nu oii?
adess, sungguh inda ku sangka.. rupa2nya bro mick ni seorg pemusik jalanan jga dahulunya....hebat jga ni....mo minta turun dlu ni sisik tapuk ilmu2 musik yg pernah ko blajar....blhkh bro?....
jari tu berkarat..tp, orgnya belum lagi!
malah, semakin bersinar...

teruskan melakar kenangan2 yg indah...spya mnjadi peneman di hari TUA....

12:00 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

dardie... kenangan itu indah. Pastilah kita tidak dapat lari daripada merakamkan kenangan lepas. :D

Bro tata...
adessss.... zaman remaja dulu, aktif jamming di karamunsing.. hehe tapi skarang cuma tinggal boleh kasi bunyi cod major ja hehehe... terima kasih singgah sini bro tata...

1:07 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home