TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, October 15, 2009

Sepintas Lalu: Selesa Juga Merbahaya

Tanpa menidakkan kata-kata tahniah saya kepada pihak yang telah melaksanakan kemajuan, saya tetap tidak dapat meminggirkan kekhuatiran terhadap spesifikasi dan ciri keselamatan jalanraya beraspal yang mengelilingi kawasan kampung-kampung Daerah Tandek. Jalanraya beraspal tentu sahaja satu laluan selesa kepada pengguna-penggunanya. Walau bagaimana pun, keselesaan sahaja tidak mungkin membawa makna yang dapat menyanggupi matlamat kebaikannya jika gagal dalam memerhatikan risiko keselamatan pengguna.

Memanglah, pengguna juga harus berhati-hati ketika menikmati pemanduan yang selesa di laluan aspal. Saya katakan ini TIDAK CUKUP kalau pihak berkenaan sekadar mengharapkan pengguna semata-mata untuk bertekun di dalam aspek tanggungjawab pemanduan di atas jalanraya.

Banyak aspek lain yang perlukan perhatian segera (dan ini adalah ulangan rayuan). Lampu jalan memang perlu memandangkan laluan yang begitu gelap waktu malam. Masih belum ada papan tanda beramaran had kelajuan dan papan tanda perlahankan kenderaan di kawasan perkampungan dan sekolah. Selekoh tajam umpamanya perlukan perhatian serius. Memang amat sesuai di bina bumper atau bonggol dan tanda garisan kuning untuk menghidupkan waspada kepada pemandu kenderaan. Harap dapat disegerakan jika tidak lebih ramai yang akan 'SEGERA HILANG DARI PANDANGAN'. Untuk keperluan seperti ini, jangan la ada mentaliti 'Nanti laaa.....'

Jalanraya seharusnya bukan laluan yang menyedihkan dengan cerita-cerita yang tragis. Jalanraya adalah lorong yang mencantikkan masa depan bangsa dan tamadunnya.

2 Comments:

Anonymous Maya said...

Kopisanangan. 1st kali sengaja menyinggah di Dermaga Maya anda hati diusik syukur kerana lamannya yang akrab dengan sifat azali manusia iaitu meneroka 'langit' terbuka yang belum terungkau kesemua isinya. Membaca tinta yang tersurat juga menerbitkan keterujaan, mungkin kerana kita masih saja '1 Tandek' dan kerana tulisan itu diungkap dengan mesra dan manis serta kata2 yang tersusun indah. Lalu, rasa syukur mendepa kemudian merangkul jiwa dengan bangga bahawa 'pinongimpusadan' itu selalu menggamit untuk kita menoleh apa yang telah jauh di mana langkah pertama kita bermula....

12:44 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

maya... terima kasih atas kunjungan. maaf kerana lama tidak update blog. Dan terima kasih juga meninggalkan jejak di sini. Sememangnya 1tandek membuatkan kita lebih dekat bahkan lebih akrab. Banyak yang kita perlu pertahankan dan usahakan lebih ke depan berkaitan musyawarah bangsa kita. Teruskan terokai dunia maya. Semakin banyak rahsia akan mendamingi kita kalau kita dekati dengan hemah. Salam kenalan kepada maya... teruskan langkah kita di dalam mengupayakan jejak kita di antara cabaran dan terjah kehidupan..

Kalau maya ada blog sendiri, harap diperkenalkan untuk kita teruskan interaksi maya.. salam....

5:56 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home