TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, February 22, 2005

Apa sudah jadi??

Apakah yang akan terjadi pada dunia ini untuk 5 tahun akan datang?? Nilai dan etika kehidupan seperti sebuah permainan yang menarik bagi manusia yang hilang akal. Kejadian ragut yang semakin menjadi trend bagi orang yang terdesak, bunuh, rogol, menculik, pembunuh upahan. Lebih membimbangkan bila perlakuan dangkal lain menyelit di antara resepi kejahilan seperti dera, murid saman guru, guru hilang kawalan emosi, pendatang haram yang semakin mengganas, samseng jalanan dan pelbagai macam cerita-cerita 'kecil' lain yang semakin menunjukkan taringnya. Apa yang sangat-sangat dibimbangkan ialah hak manusia untuk bebas berada di mana-mana tempat kian dimengertikan sebagai satu tindakan yang mendedahkan diri kepada bahaya malapetaka. Kebimbangan ini hanya saya kongsikan kepada komuniti masinasin khasnya, BERHATI-HATI!. Yang lainnya di luar hanya dapat saya harapkan mereka punya waktu untuk berfikir cara terbaik. Untuk komuniti masinasin, khasnya untuk adik-adik perempuan, dan dengan rendah diri untuk kakak-kakak yang disayangi... berhati-hatilah berurusan dengan kehidupan di luar sana. Objek wanita itu sendiri seolah-olah berada di atas meja kasino bagi manusia yang penuh kebejatan. Tanpa mahu menghormati apa lagi mahu membantu, tidak ada nilai bagi mereka untuk menghargai kewujudan wanita. Sebagai salah satu daripada komuniti masinasin, dengan penuh perasaan sayang dan kasihkan keluarga ini, lindungi diri kita dengan penuh bijak. Saya juga ingatkan diri ini agar sentiasa waras dalam pelbagai perilaku dan keputusan... God Bless!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home