TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, October 02, 2005

Aku, Jamboangan dan masinasin komuniti

Sejak kebelakangan ini kelibat nuar dari Jamboangan sudah kelihatan. Suatu ketika dulu, kelihatan mustahil untuk mendapatkan khabar dari pulau itu. Dan secara tiba-tiba nun di Jamboangan menghulur salam dan kerancakan timbul meriuhkan laman masinasin. perkembangan yang sungguh baik!. Nuar, bila lagi register jadi blogger? Seronok rasanya bila melihat komuniti masinasin semakin bertambah. Dengar khabar, Momon juga sudah punya blog sendiri tapi belum link dengan komuniti masinasin. Onong juga sekali-sekala muncul dengan komen di website masinasin. Petandanya akan ada hari baginya untuk menjadi sebahagian daripada komuniti masinasin. Harap begitulah. Bagi saya, lingkaran persekitaran kalian yang penuh maklumat, peristiwa, juga gerakan abstrak dalam fikiran adalah sesuatu yang unik untuk dikongsikan bersama.
Dua tiga hari lepas, sedih juga bila blog ditembusi spam dengan mudah. Nak kata macam mana. Kudrat manusiawi dan keterbukaan maya adalah dua perkara yang sungguh berbeza. Kendatipun, rasa seronok sejak mula blog ini diperkenalkan oleh Tok Penghulu bagai tidak berpenghujung. Terus terang, jika seminggu tidak menjenguk blog, rasa seperti tertinggal sesuatu yang sangat berharga. Setiap kali ada peluang, maka tanpa lengah terus sahaja saya akan memasuki setiap laman komuniti masinasin dan menjadikan laman masinasin sebagai paksi segala keriangan. Kenapa? Di situlah berhimpunnya kita. Ibarat rumah kedua selepas rumah tempat lahir kita di Kg. Tingkalanon. Dan suatu waktu nanti, yang dapat menghimpunkan kita semua di masinasin yang sebenar adalah PERKARA TERBESAR YANG BELAKU DALAM HIDUP dan sesuatu yang amat dinanti-nantikan.
Hujan emas di rantau orang, hujan batu di tempat sendiri.
Tempat sendiri lagikan terkenang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home