TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, August 16, 2005

Proud To Be MALAYSIAN!!!

Kempen kibarkan jalur gemilang di blog anda!!

SELAMAT ULANG TAHUN MALAYSIA YANG KE-48!!!
Apa khabar Malaysia
Hampir separuh abad usiamu
Merentang kebebasan
Lewat jasad yang menyembam ke bumi
Kemudian menghantar generasimu
Yang masih teraba wasiat merdeka
Mendakap sirna kemajuan
Melangkau sempadan waktu
47 tahun
Denyutmu menghidangkan waktu
Mengajar kami untuk mengimbau
Lalu menjadi bangsa pemikir
Menelaah prasasti wawasan perdana
Dan kami pacu tradisi dan jati diri
Menjadi pentafsir visi
Bumimu yang pernah merah
Kami - Ya! anak muda seperti kami
Hanya mampu terharu
Kerana pelantar hanyir itu
Melukiskan tingkap hayat kami
Fatamorgana alam pesaka yang harmoni
Jangan ada dendam
Jangan ada sangsi
Mari kita jeritkan sekali lagi
Menguak ke angkasa
Pekik yang lebih perkasa
Dari dalam jiwa yang lebih bermakna
Lebih unggul
MERDEKA!!
UNTUKMU MALAYSIA
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
M.I.C.K

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home