TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, February 20, 2006

Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

Kelmarin (Ahad), saya dan Why bertolak dari rumah auntie lebih kurang jam 10 pagi ke stesen komuter Klang untuk ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama Konong berlepas dari Kompleks PKNS, Selangor menuju ke destinasi yang sama iaitu Pasar Seni. Hari Ahad yang indah, kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Why sebenarnya telahpun menyatakan merancangnya sejak petang Sabtu untuk ke KL membeli barang keperluan (siap dengan list antaranya - office wear 1000 pasang). Setelah ketiga-tiga adik-beradik nie bertemu di lokasi yang dijanjikan, maka bermulalah memori perjalanan yang 'tidak ingin diingati sepanjang abad'. Haha.. Episod itu bertitik mula dari stesen LRT Masjid Jamek. Titik 'pink' (merujuk warna baju satu set yg why pakai hehe!!)

Entah, apakah nasib kami ketika itu terpaksa berjalan mengikut laluan yang begitu jauh ke destinasi pertama iaitu pusat beli belah SOGO. Mana tidaknya, mungkin kerana 'ego sabahan yang kononnya sudah senior di kl', ungkapan orang tua yang mengatakan takut bertanya sesat jalan tidak 'kami pedulikan'. Sudahnya, sikap begitu dibayar dengan tenaga dan peluh menitik di bawah sinar terik matahari. Lucunya laluan yang kami gunakan untuk segmen 'sesat-sesat jalan' turut dikongsikan oleh 2 pemuda Indonesia yang mengalami nasib serupa. Yang paling menyakitkan hati bila sepanjang perjalanan itu,pusat beli belah SOGO terbentang depan mata, sekadar membuatkan why dan konong terhuyung-hayang menghabiskan perjalanan yang tak kunjung tiba. Nak tau kenapa?? Hah! sungai 'ntah apa-apa' namanya tu (rujuk peta) yang memisahkan kami. Aduhh!! langsung teda jejembat pula tu! Sekali berlaku satu babak 'stunt' melintas lebuhraya daa.. (aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi... ) Percubaan melintas separuh jalan berjaya tetapi kemudiannya tersekat di tengah-tengah jalan apabila usaha tidak berjaya melepasi ruang seterusnya antara kenderaan yang bergerak sedikit laju dan tidak putus-putus. Rasanya 2 minit langkah kami terkunci di situ kemudian baru la terlepas berjaya ke seberang. Aku sekadar menyaksikan why melakukan aksi 'buduh-buduh' yang cuba mengekspresikan ketidakpercayaan akan hal yang berlaku sebentar tadi. Lega dan menyesal saling bersilih ganti dalam hati. Lega bila memikirkan adik-adikku selamat. Menyesal kerana memberikan mereka pengalaman yang tidak sepatutnya mereka lalui..

Akhirnya, kami berjaya menghampiri pusat beli belah SOGO tapi singgah sebentar di Restoran Lotus menjamah hidangan nasi ayam dan ABC sambil menghilangkan keletihan. Sejam kemudiannya, kami berjaya juga memasuki satu persatu ruang beli belah yang membuatkan kami kehabisan daya untuk 'mengelak' daripada tarikan jualan yang ada di situ. Mama kemudiannya cal dengan nada yang runsing memikirkan hanya kami bertiga berada di tengah-tengah kelompok warga kota pelbagai karenah. Bapa juga menyuarakan kebimbangan jika aku gagal memberikan kawalan keselamatan terhadap kedua adik perempuan yang comel ini. Ketika aku sendiri cuba menilai sejauh mana tahap kemampuan tenagaku menghadapi situasi begitu, aku sebenarnya sudah bersiap sedia bahawa apa sahaja kemungkinan, kelibat tubuh ini sudah melaungkan 'sumpah berdarah' akan berada di depan. Dalam seronok-seronok dan perjalanan yang bersimpang siur, aku terus juga mengawasi dalam diam dan sementara itu aku bimbangkan kerisauan mama, takut-takut berpanjangan dan akan menyebabkan kesihatan mama terjejas akibat perasaan tersebut.

Jam 6.30 petang, sinar matahari yang sedikit kekuning-kuningan menandakan hampir senja membisik ke bayang langkah kami katanya 'cukup dulu untuk kali ini'. Dan 'Jalan-Jalan KL' berhenti setakat itu, sedar-sedar kami sudah berada dalam tren STAR menuju ke Bandar Tasik Selatan. Sekali lagi kami tersesat laluan apabila tidak turun di Stesen Chan Sow Lin untuk pertukaran tren. Kami terpaksa berpatah balik ke Stesen Chan Sow Lin, pertukaran tren dan meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Selatan.

Lega bila hampir jam 8 malam semuanya selamat tiba di destinasi masing-masing.... Keesokkan harinya (Isnin), saya ke tempat kerja dan membaca suratkhabar Berita Harian. Saya agak terkejut sedikit bila membaca laporan kejadian ragut dan mangsa dibelasah teruk di Masjid Jamek petang Ahad semalam oleh sekumpulan peragut dan polis kemudiannya berjaya menahan suspek terbabit. Dalam diam, saya memanjatkan kesyukuran mengenangkan betapa kami bernasib baik tidak ditimpa musibah sedemikian dan saya lebih gembira kedua-dua adik comel itu selamat dalam jagaanku sepanjang jalan-jalan di KL.

Selamat bertugas kembali warga masinasin..... Hampir terlupa, SELAMAT HARI JADI UNTUK ADIK HENSEM CLEMENT, harijadi yang ke 28. Lem, baru-baru ni sia dengar waktu malam ko ada suluh ayam jantan si bapa. KENAPA??? hehehe.... jan marah ahhh... Nuar, selamat kembali di Sk. Jambongan. Why, Selamat 'meng'lecturer bebudak kolej nursing. Nong, Selamat menghadiri kuliah. Tok Penghulu, selamat memandu di lebuh raya Singapura dan selamat tiba ke destinasi kerja. Kakak Anang, Lyedd, Miewella juga selamat bertugas di bumi Borneo. Buat MAMA dan AYAH tersayang, apa khabar? We really miss u....

3 Comments:

Blogger =L=E=M= said...

mick..sia tahu kenapa korang ble sesat...pertama, memang korang minta puji jalan2 d kl, ke dua sebab si wai pakai satu set baju warna pink, ke tiga, korang tidak c terbalik baju or apa2 la sebab ada orang kasi sesat korang tu.kah..kah..

Mengenai suluh ayam tenga malam tu, mau pastikan ayam sabung bapa tidur dengan nenyak tu...hehehe..

ko balik kampung nanti, ba ko pun menyuluh ayam tengah2 malam la...hehehe...

10:16 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kami ada juga bertanya org bah lem tapi sudah 'sasat' baru tanya.. hekeke... mungkin jg sesat jalan tu disebabkan faktor yang c wai mau kasi tengok sama kl yg dia pakai pink sedondon.. aku jadi mangsa fesyen... mangkali la lem.. hehe. ko ingat lem, jalan2 dalam hutan tebal ka mau kasi tebalik-tebalik baju??

haha.. kalau mau pastikan ayam tidur nyenyak, JANGAN GANGGU!! hehe. Sia ingat teda nilai berita tu kalau semata-mata mau tengok tidur ka tidak ayam tu..

Kecuali nilai berita itu akan melonjak lebih luar biasa kalau ayam tu yang datang menyuluh maun tengok sama ada c lem tidur nyenyak atau tidak. Sbb ayam tu bimbang dan mau pastikan dia tidak di bawa ke mana-mana dalam masa 2,3 hari akan datang.. heheh...

kalau sia mau balik kg nanti, sia ada rancangan yang lebih baik.. sia fikir sia ada tugas yang perlu diselesaikan. sia akan menyuluh c lem dan c ayam untuk mempastikan kedua-duanya tidur nyenyak dan tidak mempunyai apa-apa urusan selepas 12 tengah malam... hahaha..

1:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

kah..kah..kah...Aku dapat bayangkan sejelas-jelasnya bgimana reaksi c why mhgadapi fenomena itu.dahlah satu sut ping..jan-jan make up pun ala-ala ping jga tu. ko tau mik dr sini lg aku dah kerutkn keningku apbila dgn bangganya c y mengumumkan dia da beli sepasang baju pink di pasar gantung kudat.. ish...!!!
of course di kiut la nampakny..

so konong pula mesti dgn beg empatsegi coklatnya tu... sepala memimpin prjalanan kmrg tu..ko dulu, baru c y, baru c konong atau c y dulu, baru c konong dan kemudian ko. berderet la kmrg tu..

apapun..syabas n tahniah krana brjaya mencari jln ke tpt yg ditujui dan kembali ke tpt masing2 dgn selamat. jangankan kl, mula-mula iskul di kudat( 1985 ) tingkatan 1 pn sa menangis tidak tahu mcmna mo p kuaters Kudat..

miewella

5:38 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home