TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, March 02, 2006

Harga Minyak Naik Lagi...


Pagi jumaat minggu lepas, saya agak biasa-biasa sahaja memulakan perjalanan ke tempat kerja menaiki motorsikal biruku yang dibeli tahun lepas... Motor second hand saja bah... Tapi kalau saya hendak jual motor tu, masih boleh ditawarkan pada harga RM1,500.oo. Petang kemudiannya, jam 5, sempat juga saya ke Petro Pump, Tmn Billion, Cheras mengisi tangki minyak sebanyak RM5.00 dengan bacaan 3.128 liter.
Hari selasa lalu, saya singgah membeli suratkhabar The Star dan meletakkannya di bakul motorsikal. Sepanjang hari itu saya agak sibuk sedikit dengan kerja dan terlupa untuk membaca suratkhabar seperti kebiasaan yang saya lakukan setiba di tempat kerja. Tengaharinya, motor kehabisan minyak dan saya terpaksa menolaknya ke stesen minyak. Kemudiannya, saya mengisi minyak sebanyak RM6.oo. Saya agak terkejut bila mendapati tangki minyak tidak penuh. Saya perhatikan bacaan liter tidak mencapai bacaan biasa malah kurang daripada bacaan liter ketika saya mengisi minyak RM5.00. Saya cuma berdiam diri tetapi mempunyai sedikit perasaan ganjil. Saya terpandang sesuatu di muka depan The Star - Diesel, Petrol 30sen increase - dan dengan tidak semena-mena hati saya 'menjerit' 'HARGA MINYAK NAIK LAGI???!!'... Patutlah.. kemudiannya saya teringat betapa jauh berbezanya bacaan liter dan kenapa tangki minyak motor tidak penuh pada harga RM6.00.
"It hurts, so make sure money is well spent" - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
PM mengatakan bahawa adalah sesuatu yang menyakitkan apabila kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebagai tindakbalas terhadap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa dan berharap rakyat Malaysia akan berbelanja secara berhemah sambil itu beliau menyifatkan paras harga minyak yang terbaru masih murah jika dibandingkan negara-negara Asean yang lain. Semalam sebelum tidur, saya teringat kembali penjelasan PM dan ingatan beliau supaya rakyat dapat bertindak terhadap kenaikan harga melalui sikap berhemah.
Saya tidak punya sebarang bantahan [sekadar kalau membantah pun, hanya bantahan peribadi yang didengari oleh diri sendiri.. :)] terhadap kenaikan harga minyak. Tetapi fikiran saya terus sahaja melayang, fikir-fikir dan gusar gerangan apakah yang ada dalam minda para peniaga, yang selepas ini boleh diteka pasti akan 'bermaharajalela' dengan tanda harga, apa jua yang mereka jual. Tindakan mereka yang menaikkan harga 'cekik darah' tidak membantu seruan PM yang mahu para warga pengguna berjimat cermat. Harap pihak berkuasa pantau-pantaulah premis jualan yang pasti akan 'naik minyak' jika tidak ada kawalan tegas.
Oleh itu - "Untuk semua yang berkemampuan untuk membeli, sebarang kenaikan harga runcit lebih daripada yang difikirkan munasabah jangan sokong dengan pembelian dan belanjakan wang dengan pembelian yang bistari" 'Larangan' ini terkecuali kepada yang mempunyai kuasa super membeli tidak terhad. Tetapi masih menaruh harapan agar mereka tidak menyokong kenaikan harga mendadak luar batasan..
Pesanan terhadap para penjual/peniaga yang sudahpun 'memanjakan otak' berkira-kira akan keuntungan yang bakal dikaut nanti, - 'jadikanlah terlebih dahulu dirimu seorang pembeli yang baik, maka akan dapat jadikan dirimu si penjual yang baik juga'
“Such changes in lifestyle should be made so that even if there were increases
in fuel prices, Malaysians will be able to continue having the good quality and comforts of life which they have been enjoying,” DPM, Datuk Seri Najib Tun Razak.
To masinasin Community - you already know how to react..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home