SELAMAT HARI JADI MICK!!!
Pada hari ini hari yang ke - 06 dalam bulan yang ke 05 dalam hidup, usiaku meningkat setahun lagi setelah sebelum ini aku dibenarkan mengukir angka keramat kali ke 31 di keping jasad.
Tahun 1974 di sinilah nafasku bermula- dan tahun 2006 aku masih diizinkan untuk meneruskan denyut nadi. Demi kerana kusedar hanya aku hidup sekadar meminjam tubuh ini, maka sebelum aku pulangkan kembali, urusanku dapat kuselesai di muka bumi sebagaimana perjanjian yang diberikan terhadapku sebagai ganti aku hidup.
Tidak banyak yang selesai tugasku sebenarnya jika dibandingkan dengan pilihan-pilihan yang telah terus-menerus diberikan kepadaku tanpa syarat. Selepas ini.. ya.. selepas ini aku berharap hutang hidup dapat kulangsaikan sebagaimana yang patut...
...SELAMAT ULANG TAHUN...
3 Comments:
masa untuk melaksanakan fasa kedua dalam kehidupan??
Slamat Hari Lahir mick....
Moga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik...
Ya.. barangkali kelihatannya masa sudah hampir tiba atau sepatutnya telah tiba lebih awal atau di antara kedua-duanya atau barangkali selepas melewati apa yang dikatakan 'sudah hampir tiba masanya'.... hari ulang tahun sekadar semakin (dan semakin) mendekatkan diri kepada 'sesuatu'.. barangkali sesuatu itu boleh la dikatakan 'fasa kedua'... harap begitu la... terima kasih atas sokongan dan apa sahaja...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home