TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, August 07, 2006

Alkisah Aku Dan Pemandu Teksi..

Jumaat petang, selepas habis kerja saya bergeggas ke Taman Pertanian Bt.Cerakah, Selangor. BM Church Klang telah mengadakan 'outing' di sana selama 2 hari 2 malam. Saya bersama seorang lagi budak sabahan menaiki teksi kerana hari sudah gelap dan nak cepat punya cerita :) ...

Sepanjang perjalanan, Kami berbual panjang dan saya dapat menyimpulkan cerita kami berkisar kepada 3 situasi iaitu sikap Pak Arab di KL, muda-mudi di kl dan termasuk isu 'pergeseran' dua pemimpin negara yang menghangatkan satu Malaysia.
Tentang Pak Arab, pemandu teksi itu berkata sangat mengherankan apabila mereka dalam banyak hal mempunyai sikap yang kasar. Isteri berpurdah hitam tapi suami minum minuman terlarang. Namun apa yang menyakitkan hati menurut pemandu tersebut ialah sikap mereka yang tidak menghormati tempat ibadat, umpamanya tidak menanggalkan kasut ketika hendak bersolat. Saya hanya tersenyum dengan maksud pertama, benar tidak cerita tersebut sekadar modal bicara yang tidak diketahui hujung pangkal kesahihan kisahnya atau pemandu itu gagal bertanggungjawab mengingatkan dirinya supaya mengingatkan orang lain pula hal-hal yang sepatutnya. Sekadar melihat atau merasa malu dengan kejadian tersebut tidak banyak membantu.
Muda-mudi di kl pula menurut pengalamannya selama 18 tahun membawa teksi, sangat memalukan akhlak. Bertudung tetapi memakai baju ketat yang menurutnya sama sahaja melihat satu bentuk tubuh tanpa pakaian... Kemudiannya pemandu teksi itu berkata "Saya sering ingatkan anak perempuan saya 2 orang supaya jangan memakai tudung kalau memakai pakaian ketat. Kalau nak seksi, seksi habis! tak perlu bertudung. Sebab pakaian seksi mencemarkan tudung. Kalau seseorang itu memakai pakaian seksi tetapi tidak bertudung, sesuailah! kata pemandu teksi tersebut dengan nada sedikit keras... Hmm.. Sekali lagi saya hanya tersenyum.. Apa lagi yang dapat saya perkatakan di mana silapnya di sini... :)
Entah bagaimana boleh tukar topik, sedar-sedar sahaja dia bertanyakan satu soalan "Saya lebih suka Dr.M". Kali ini hati saya 'melonjak' seakan mahu juga turut sama bercakap hal sama. Tetapi beberapa hari lepas, PM mengingatkan para blogger yang 'suka-suka menulis' tanpa asas mengenai corak pentadbiran atau menyentuh isu negara akan dikenakan tindakan yang sangat berat. Entah patut atau tidak saya menulis mengenai apa yang menjadi bualan kami. Rasanya apa yang saya tuliskan di sini tidak berunsur fitnah atau apa-apa yang dianggap berpotensi dari segi risiko perundangan. Pemandu teksi itu menyatakan dia lebih suka cara Dr.M mengendalikan pentadbiran negara. Isu besar mengenai jambatan, karenah negara jiran atau projek mega katanya, diselesaikan dengan komitmen dan penuh keberanian serta tahu 'menjawab' apabila komuniti dalam negara atau luar negara mempersoalkannya termasuk mengugut menggunakan proses perundangan antarabangsa. Saya mengiyakan pendapatnya sambil menambah seseorang pemimpin harus berani dan tahu menganalisis prospek risiko dan bersedia menghadapinya walaupun seorang diri. Saya dapat berikan 'tripple tumbs up' atas karekter Dr.M dalam mengkespresikan caranya mengurus ekonomi, dasar luar dan dalam negara. Memang benar sentimen rakyat penting dan menjadi keutamaan namun seperti yang saya katakan tadi sentimen rakyat adakalanya perlu 'dikorbankan' dan sebagai ganti seluruh rakyat Malaysia harus 'dihadiahkan' kembali satu kesan yang benar-benar berfaedah dan menguntungkan melalui projek tersebut. Contohnya, Putrajaya dahulunya dianggap membazir wang dan tidak merujuk kepada rakyat apakah projek itu dipersetujui untuk dilaksanakan atau tidak, namun Dr. M dan kabinet akhirnya memberikan kembali kepada negara satu 'keajaiban' bagaimanakah Putrajaya tersebut berfungsi kepada rakyat...
Sedar-sedar kami pun sampai ke Bt. Cerakah Shah Alam dan cerita berakhir begitu sahaja... Sehingga sekarang, saya terfikir akan ada lagikah karekter seberani dan sebijak Dr.M? adakalanya pemimpin perlu 'gila' dalam mengekspresikan idea... 'Gila' dalam memikirkan perancangan yang tidak terfikir oleh rakyat, 'gila' dalam komitmen melaksanakannya, 'gila' dalam menghadapi cabaran dan kutukan... jika tidak, tidak akan wujud Sepang F1, Multimedia Super Coridor. (sekadar menyebut beberapa projek).. Siapakah yang berani menwujudkan laluan dasar laut merentasi Laut Cina Selatan menghubungkan dua tanah besar semananjung dan kepulauan Borneo? Tunggu dan lihat....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home