TINGKALANON - TANDEK - MORION

Saturday, July 15, 2006

Teka Teki SABAHAN

Entah cemana bleh timbul teka teki seperti ini. Nak tergelak panjang memikirkan 'kelogikan' jawapannya.. alkisah ceritanya, teka-teki ini hanyalah untuk kategori budak-budak sabahan sahaja. Usahlah mengharap orang lain (selain warga sabahan) memahami kehendak sebenar teka-teki ini.
Berikut antara teka-teki yang pernah membuatkan saya 'terkena' oleh adik-adik saya nie... Soalan teka-teki ini sememangnya dimulakan dengan perkataan gandaan penuh 'sebanyak-banyak'. hehe.. hav a fun!
1. Sebanyak-banyak bapa, bapa apa yang paling berani?
(Baparang = berparang)
2. Sebanyak-banyak bapa, bapa apa yang tidak kena basah?
(Bapayung = berpayung)
3. Sebanyak-banyak batu, batu apa yang sangat alim?
(Batudung = bertudung)
4. Sebanyak-banyak ikan, ikan apa yang paling busuk?
(Eeee kantut = kentut)
5. Sebanyak-banyak kad, kad apa yang ada banyak barang-barang atau hadiah?
(Kadai = kedai)
6. Sebanyak-banyak tarap, tarap apa yang paling ditakuti orang?
(Tarapik = Polis Trafik)
7. Sebanyak-banyak teh boh, boh apa yang paling perempuan takut?
(Bogumuk = gemuk)
8. Sebanyak-banyak bas, bas apa yang paling seksi?
(Basantut = Santut)
10. Sebanyak-banyak bas, bas apa yang berada di atas?
(Basangkut = bersangkut)
11. Sebanyak-banyak baju, baju apa yang pandai penat?
(Bajuging = berjoging)
12. Sebanyak-banyak bata, bata apa yang tidak nampak?
(Batapuk = bertapuk)
13. Sebanyak-banyak baju, baju apa yang kadang-kadang rugi kadang-kadang untung?
(Bajudi = berjudi)
14. Sebanyak-banyak batu, batu apa yang tidak kena panas?
(Batupi = bertopi)
15. Sebanyak-banyak Pam air, pam apa yang tidak boleh diterimapakai?
(Pambuyuk = main buyuk or main tipu)
16. Sebanyak-banyak kari babas, babas apa yang lelaki takut?
(Babasar = besar atau badan naik gemuk)
Tengok la, bukan main lagi loyar buruks kan jawapan dia.. hehe
antara soalan 'femes' yang sedang menyerang budak-budak sabahan... mmmm.. ntah la labuuu! Jawapan akhirnya telahpun diberikan bagi menjawab teka-teki ini... ada apa2 tambahan lagi soalan teka-teki seperti ini? kalau ada, boleh kongsikan dan tuliskan dalam ruangan komen... Tima kaseyyy!!

8 Comments:

Blogger Unknown said...

sebanyak-banyak baju,baju apa yang pandai menari?
(bajugit = Berjoget)...hehe :p

3:22 PM  
Blogger Sabah baini! said...

Sebanyak banyak jam, jam apa yang bau?
(Jamban)

2:28 PM  
Blogger Unknown said...

sebanyak banyak daun, daun apa yang paling bawah
(daun tu et = down to earth)

10:31 AM  
Blogger Unknown said...

Banyak.banyak.tarap. tarap.apa.yang.d.takut.oleh.pairet

12:35 PM  
Blogger Unknown said...

Banyak.banyak.tarap. tarap.apa.yang.d.takut.oleh.pairet

12:36 PM  
Blogger Unknown said...

A

12:36 PM  
Blogger Unknown said...

A

12:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

..

1:02 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home