TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, July 09, 2006

Hentian Di Hujung Jalan

Horizon sana bercerita kepadaku di hujung masa. Tanah lapang dan beberapa pembahagi ruang menjadi tiga. Ada bahagian ruang yang menyaksikan pohon tumbang dan tidak ada yang cuba untuk bangunkan kembali pohon itu berdiri tegak. Ruang sebelahnya, ada tunas hijau yang mula diperhatikan dengan sedikit rasa tapi harmoni namun masih belum juga tangan yang ikhlas itu mengelus ruas di sisi jiwa. Barangkali tunas hijau itu tidak pernah memilih untuk berputik di sana. Belum ada sesiapa lagi yang bertanya atau tidak ada sesiapapun yang memberitahu. Di sebelah hujung sana, ada daun lebar yang sering menjadi rahsia 'yang entah mau berteduh entah tidak' untuk menikmati angin dan redup alam yang melingkari sisinya tetapi tidak selalu dekat. Sekali sekala berdiri jauh. Kadang berdiri terlalu hampir. Anehnya, yang dianggap 'rahsia' itu dibiarkan sahaja oleh penjaga waktu, entah itu sesuatu yang perlu diperhatikannya selepas beberapa waktu usia pohon itu di sana... Ternyata hipostesis emosi selalu gagal ketika langkah menghampiri Hentian Di Hujung Jalan...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home