TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, December 11, 2006

Bagaimanakah Sudahnya Nanti Perjalanan Ini...

Aku mungkin mengerti sedikit atau masih termanggu-manggu di antara perasaan yang sebenar dan hakikat. Ingin sahaja kukatakan bahawa sudah lama diriku sendiri mengerti dan aku tidak perlukan penjelasan sebenarnya tentang siapa.... Hanya demi kerana mahu berlaku adil sahaja yang menghalang daripadaku menjadi lebih kuat di dalam perasaan. Aku tahu bukan aku sahaja yang pernah berkata 'aku perlukan waktu untuk diri sendiri'.


Lakukan sahaja... semuanya demi untuk dirimu juga. Kalaupun perjalanan ini masih bukan milikku, aku tidak akan memilih untuk tidak melaluinya. Ya, aku akan lalu juga tetapi...


....barangkali sahaja aku tidak singgah.


Persinggahan itu milik sesiapa yang dapat melihat pintu ilusi. Dua, tiga kali atau lebih daripada itu aku sering mahu menatap jauh ke dalam matamu kerana aku mau mendekati garis emosi malah cuba menyentuh hatimu. Bukan untuk mendesak agar segera kuketahui apa yang berkata-kata di sanubarimu.. aku hanya teringin mendampingi dunia rasamu sementara itu masih bukan untuk aku. Kalaulah kudapat lakukan itu ... untuk sekali sahaja.... kemudian aku akan mengizinkan diriku kehilangan diriku dan dirimu satu persatu helaiannya terbang ke timur atau ke serata manapun.


Selepas itu, biarlah perjalanan ini disudahkan dan aku bersedia untuk melalui perasaan 'terlewat 25 minit'.....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home