TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, August 16, 2007

Gambar Ketika Why Ditahan Di Hospital Kajang

Semalam jam 8.30 semalam (rabu) menerima panggilan telefon dari why dalam keadaan yang lemah dan dalam tangisan. Ah! sudah. Kenapa pula si Why ni, getus hatiku sarat meneka-neka dalam kebimbangan. Suara antara dengar dan tidak, kukira seperti menahan asakan kesakitan yang amat sangat memberitahu dia berada di Hospital Kajang. Mendengar sahaja perkataannya ditahan di wad kecemasan pantas sahaja dalam kotak fikiran TEKSI!!. Sejurus lepas itu saya bergegas menaiki motor ke Leisure Mall, Cheras dan meninggalkan motorsikal di sana dan menaiki teksi meredah malam.
Maklumat yang saya perolehi melalui perbualan telefon dengan Azy (rakan tugas di Kolej Perubatan Master Skills) yang menemani why memberitahu why kena heart infection. Setakat itu maklumat saya terima. Sampai di Hospital Kajang, Why sudah diletakkan di bilik rawatan kecemasan sementara saya dan saudari Azy menunggu di luar untuk menunggu panggilan masuk jumpa pesakit. Malam itu juga Why di tahan. Jam sudah menunjukkan 10.30 malam dan pihak hospital tidak membenar sesiapapun menjaga pesakit sepanjang berada di wad kecuali masa lawatan (12.00 - 2.00 tghri dan 4.00 ptg - 7.00 ptg). Saya kembali ke rumah jam 12 tapi tidak dapat tidur. Langsung sahaja ke kedai mamak hamtam milo ais kaw-kaw punya!! dan tengok bola EPL Man Utd Vs Portsmouth, Chelsea Vs Reading sampai jam 5 pagi!! Mindama...
Fuh! satu malam tidak tidur terus mandi dan masuk kerja. Terima msg kawan-kawan bertanyakan perkembangan Why. Thanks atas perhatian dan doa kalian. Tengahari dari tempat keja terus ke Hospital Kajang. Kebetulan Bro. Roger Ukun juga out-station berdekatan area Kajang dan kami berjanji bertemu di Hospital Kajang. Terima kasih Roger sebab meluangkan masa.
Gambar ini diambil ketika saya dan Bro Roger datang melawat Why Di hospital Kajang Tengahari hari ini. Keadaan Why semakin bertambah baik cuma kelihatan lemah dan pucat. Ni la muka 24 jam belum lagi dibenarkan makan apa-apa kecuali menerima sumber dari air (kena gantung air)
Dari tempat kerja terus ke Hospital Kajang melawat Why. Telefon Bos minta kebenaran untuk tidak masuk bertugas sebelah petang dan gembira mendapat kebenaran. Pucat ja muka c Why.
D.Roger Ukun, seorang sahabat dan saudara sepupu, sempat meluangkan masa 'skip' tugas sekejap (nasib baik time makan tengahari.. hehe maka tidak diiktiraf la skip tugas hehe). Terima kasih cuz sebab mengambil waktu bersama-sama untuk memberi penghiburan untuk c why.

Jam 5.30 sekali lagi melawat why. Setiba di sana dia sudah dibenarkan untuk menjamah makanan dan kelihatan ceria dan sedikit bertenaga. Cuma masih ada tanda-tanda menahan sakit setiapkali cuba ketawa kecil atau menarik nafas. Keputusan sampel darah negatif dan normal. Syukur la tidak ada apa-apa kecuali doktor ada beritahu ada sedikit infection pada hempedu. Kebetulan 2 rakan setugas datang melawat seorang puan berbangsa India dan rakan rapat Why, ms Azy. Hari ini masih lagi di tahan di wad. Mungkin esok dibenarkan keluar. Terima panggilan dari kakak May dan HP sya bagi c why, biar la diorang chit chat.

Tepat jam 7.00 petang saya bertolak balik ke Cheras terus singgah di Golden Screen Cinema, Leisure Mall. Hari ini dapat tiket free untuk menonton wayang animasi 'Rattatoillee-chef tikus yang bijak memilih resepi tepat dan pandai memasak'. Cerita memang Best! Kelass gitu.
Whuaaa!!.. ngantuk rasanya. Sekali lagi.. ya! dengan rasa syukur, sekali lagi.. terima kasih semua di atas perhatian dan doa kalian. Untuk komuniti masinasin, jangan risau. Semuanya baik-baik sahaja. SELAMAT MALAM Malaysia. ZZzz..z.z

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

macam mana perkembangan? sudah keluar dari hospital?

jack, 19 ogos, 9am

9:04 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home