TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, August 01, 2007

Tidak Semudah....

Sejurus kukatakan 'segala apa yang dipandang oleh hati adalah jelas juga bagiku'...

Kata mu" Simpan la dulu".

Aku mahu menghantar pesan hati..

Kata mu "Nanti dulu".

Kuakui kata-kata bukan untuk setahun dua, dan aku mahu mengingatinya sehingga akhir hayatku.

Kata mu "Fahami diriku, kenali budiku"

Dan hatiku telah kubisikkan ke telingamu mahu memiliki mu..

Kata mu "Belum waktunya aku mempercayai"

malam pekat berakhir begitu sahaja dalam lena yang tak dikunjungi mimpi. Bening fajar kusangka boleh sahaja kukatakan 'nanti la dulu'. Ternyata... aku tidak dapat berhenti dari mengusik tidurmu pagi ini. Selalu sahaja kau memberikan diriku waktu-waktu yang sukar.. Kamu tak ubah seperti ibumu...
Terima kasih kerana mengajarkan diriku, memilikimu bukan semudah kata. Aku mahu menghargainya dengan ikhlas dari hati seorang lelaki.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home