Kita Tidak Dapat Memaksa Sesuatu Akan Berlaku...
Ya! aku harus akui tidak semua yang dirancang akan berlaku. Tidak semua yang difikirkan ada jawapan untuk diri kita sendiri. Jika tidak untuk kita tetapi itu mungkin untuk orang lain. Jika itu bukan diriku maka itu adalah seseorang yang lain yang lebih tepat untuk dirimu.
Kukira aku juga tidak boleh optimistik dalam mendapatkan sesuatu dalam merancang perasaan. Aku juga tidak ingin melihat hatimu berderai lagi. Aku juga tidak boleh melihat diriku seolah-olah aku punya upaya mencantum serpihan sedang kau belum dapat memberi izin apa-apa. Aku tidak akan menuntut apa-apa bila selepas ini aku menyambung langkahku. Aku hanya ingin berjalan tanpa prasangka. Dan biar la aku akui yang aku akan sentiasa gagal memahami orang lain dan tidak mungkin akan dapat kufahami dengan jiwaku sendiri.
Hanya satu perasaan sejati yang mendapat tempat dalam hatiku ialah untuk mengasihi hidup kekal (sekalipun aku gagal dalam banyak perkara - Tuhan, jangan kiranya Engkau meninggalkan diriku terlalu jauh). Selebihnya, pemberian Mu sepanjang hayatku di muka bumi kusambut dengan penghargaan dan rendah diri. Dan sekali lagi, jika ada antara peristiwa terbaik bukan untukku nikmati, aku harus mengerti dengan syukur itu adalah hadiah kepada jiwa lain.
Kawan, usah bimbang menyalakan cahaya jika kau dapati dian cinta bukan berada dalam genggamanku. Sama ada aku melihat nyalaan itu di luar pagar atau di muka pintu, aku akan sentiasa dapat melihat sinar itu dengan jiwa yang faham.
Apa sahaja... Biar la tiada konflik antara kita.. Itu lebih baik.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home