TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, December 10, 2007

Keyveas: HINDRAF Is Against MIC

The Star 10hb Dec memetik kenyataan Datuk Keyveas, President PPP yang berkata HINDRAF tidak menujukan hasrat penentangan terhadap kerajaan Malaysia tetapi kepada MIC. Sambil menambah, perarakan haram pada 25hb lepas merupakan satu isyarat yang menunjukkan parti MIC gagal dalam tugas dan komitmen dengan masyarakat India.

Menyimbah api dengan minyak. Inilah ibarat terhadap situasi terbaru yang ditimbulkan oleh Keyveas. Sebelum ini beliau menimbulkan beberapa siri 'idea dan perlakuan' yang agresif terhadap kepimpinan MIC sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa dalam parti Barisan Nasional dan pertelingkahan antara dua personaliti ini membuatkan Perdana Menteri terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Mudah difahami, kenyataan lebih kepada politik peribadi yang tidak kunjung selesai. Entah apa sebenarnya cita-cita politik Keyveas. Lebih malang apabila Keyveas tampil memberikan kenyataan yang memburukkan keadaan, memburukkan muafakat politik. Pada waktu yang sama Keyveas menunjukkan sikap 'bermusuh', seluruh rakyat Malaysia bersatu ketika integriti antara kaum cuba diporakporandakan oleh pihak tertentu demi untuk mengusahakan cara dan idea terbaik mengharmonikan kesepakatan dalam komuniti kaum yang pelbagai.

Kenyataan terbaru Keyveas bukan tindakan bijak jika dilihat daripada aspek kesepakatan nasional. HINDRAF secara terang-terangan membuat penentangan terhadap kerajaan Malaysia dan bukan kepada MIC. Dalam arus politik Malaysia, Keyveas terlalu kritikal terhadap kepimpinan MIC. Keyveas lebih banyak mengambil sikap berseteru daripada memilih menjadi sahabat. MIC merupakan rakan pertubuhan politik PPP dalam komponen Barisan Nasional dan bersama-sama dengan MCA, UMNO dan serta parti lain mengembleng tenaga membangun agenda nasional dalam semua aspek. Keyveas sepatutnya menyatakan pendirian jelas parti terhadap kegiatan HINDRAF daripada membuatkan PM pening kepala atau membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan. Keyveas, tolong jangan musnahkan kesepakatan harmonis dari bumi Malaya!!! Bantu dan berganding bahu. Bukan berkonfrontasi atau menjadi peribadi yang kontroversi...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home