Terkenang-Kenangkan Kampung Halaman
Garisan merah sempadan sawah dan bulatan hijau rumah tempat berteduh sepanjang hayat
Inilah wajah kampung halaman. Dikelilingi sawah padi menyajikan mata fenomena hijau membentang seluas mata melihat. Cahaya mentari yang menjengah perlahan-lahan dari perbukitan, memanah sirna ke pelusuk alam, melantun kerlip di setiap helai daun padi yang berembun pada suatu pagi yang dingin dan damai berkabus. Tiada yang dapat menggantikan emosi saat melihat manik-manik emas menyuluh halus antara tunduk padi berisi yang berjela-jela, bagai membasah berkaca di kelopak mata. Aroma mengapung bertaut dalam kedinginan bayu semilir, mula bermain melingkar lembut di sekujur tubuh, menyejuk di hujung rambut dan menjadi asyik di hujung rasa.
Aku mahu ke sana lagi menikmati kerinduan yang sudah lama kutinggalkan.
Labels: Bila Aku Menulis
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home