TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, May 15, 2008

Sarjit Singh, MAH President- 'MAH akan melakukan yang terbaik untuk melindungi pelancong'

Akhbar Malay Mail semalam menyiarkan beberapa keping gambar yang diperolehi daripada rakaman CCTV di sebuah hotel yang menunjukkan aksi bersahaja sekumpulan pencuri bag/bagasi pelancong yang sedang berurusan di kaunter pendaftaran.
Hari ini Presiden MAH (Malaysian Association Hotels) Sarjit Sing, membuat kenyataan bahawa MAH akan memastikan yang terbaik untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang. Tambahnya lagi aspek keselamatan dan kawalan ketat akan diberi keutamaan.
Bagaimana pun blog ini tertanya-tanya kenyataan beliau yang berbunyi "If a culprit has been identified by any of our members, an immediate alert would be sent to others so that they can take preventive measures such a refusing the culprit entry into their premises".
Beliau masih terlupa bagaimana untuk memberikan apa yang terbaik untuk melindungi pelancong domestik dan luar negara. Jika ikutkan statement yang yang dibuat 'Penjenayah dikenalpasti-segera alert hotel-hotel lain- ambil tindakan untuk tidak membenarkan penjenayah masuk ke premis!' adakah ini satu reaksi yang baik??
Di Malaysia bukan hanya satu hotel yang berdaftar di bawah MAH. Jika tindakan yang diambil sekadar 'menghalang daripada memasuki premis' tidak ada sistem yang mampu menghalang mereka daripada terus melakukan jenayah curi bagasi.
Mungkin beliau sebenarnya tidak berniat begitu, samaada tidak sempat dinyatakan dalam sidang akhbar, atau terlupa dan kemudian teringat kembali setelah semua wartawan beredar pergi, namun sebagai presiden Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, karisma dan kedudukan beliau dalam hireraki industri perhotelan seharusnya membuatkan beliau lebih tahu membuat kenyataan yang membuatkan semua orang merasa ada jaminan keselamatan peribadi semasa berada di premis berkaitan.
"Apabila kenalpasti penjenayah-unit keselamatan hotel buat tangkapa atau menghubungi polis-penjenayah diserahkan kepada polis" bukankah ini satu taakulan yang lebih cekap??
Sakit hati tengok gambar rakaman CCTV tersebut. Apapun, semoga penjenayah yang terbabit dapat ditangkap dengan kadar yang segera sebelum memburukkan nama Malaysia di mata para pelancong. Hairan juga bagaimana sekumpulan penjenayah melakukan modus-operandinya dengan santai dan selamba di kawasan lobi yang mempunyai pengawal keselamatan. Atau sekurang-kurangnya Bell Boy harus peka dan berperanan sama dalam mencegah kegiatan jenayah. Itu baru kecurian bagasi. Banyak kerja yang perlu dilakukan...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home