TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, October 01, 2009

Pengabaian Prinsip Dan Integriti: 7 Malapetaka Dalam Kehidupan

Prinsip dan integriti, dua perkara asas yang tidak lagi dipandang serius. Dunia politik seakan mengabaikan dua perkara ini sebagai indeks prestasi kepimpinan. Ternyata status popular menjadi indikasi lebih penting kerana mereka percaya popular membawa kepada kejayaan dalam survival politik.

Pengabaian prinsip dan integriti mencetus kebimbangan kerana politik masa kini kian menyisihkan pesan moral. 7 malapetaka besar dikutip melalui ucapan Mahatma Ghandi, 1925;

1. Politik tanpa prinsip.

2. Kekayaan tanpa bekerja.

3. Keseronokan tanpa kesedaran.

4. Pengetahuan tanpa keperibadian.

5. Perdagangan tanpa moral

6. Sains tanpa kemanusiaan

7. Beribadat tanpa pengorbanan

Ghandi melihat politik tanpa prinsip merupakan satu daripada malapetaka besar namun inilah paling banyak berlaku dalam dunia politik. Prinsip moral dan integriti amat penting kerana ia mempertaruhkan sesuatu yang lebih besar kerana ia bakal menentukan arah kepimpinan. Namun kita sebagai orang yang dipimpin masih mempunyai pilihan berdasarkan prinsip dan integriti kita dalam mengekang jumlah bilangan pemimpin yang mengabaikan moral dan etika. Pilihan kita tidak seharusnya dikekang oleh kebijaksanaan pidato atau retorik semata-mata.

4 ciri utama harus menjadi inspirasi dalam membuat pemilihan kriteria seseorang yang kita mahu angkat sebagai pemimpin.

1. Kejujuran

2. Berwawasan

3. Berkeupayaan/dayasaing

4. Mencetus idea/ilham

Dalam kajian koresponden di seluruh duniapun memilih ciri kejujuran atau amanah sebagai ciri kepimpinan sejati. Inilah yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin dan bakal pemimpin politik dalam melahirkan sebuah negara yang sistem dan institusi masyarakatnya dihormati, bebas rasuah dan memiliki peradaban tinggi serta bermaruah. Dalam semua keinginan atau cita-cita, prinsip dan integriti penting. 4 perkara di atas jika menjadi hiasan karekter, dengan sendirinya menggambarkan intelek rohaninya.

Tanpa prinsip dan integriti, kita tidak akan dapat lari daripada kecelaruan politik. Pemimpin yang berprinsip dan berintegriti dengan sendiri akan menjadi ikon popular jika dua perkara asas ini secara konsistensi menjadi dasar perjuangan.

6 Comments:

Blogger MINDAGURU said...

Lm, artikel yang sangat berkualiti dan penuh makna. amat wajar dijadikan panduan oleh para pemimpin, bakal pemimpin dan pencinta kepemimpinan yang ada prinsip dan integriti...tahniah tuan teruskan dengan entri2 yang berkualiti.

Kepada para pemilih (pengundi/yang beria-ia mempromosi pemimpin) pilihlah yang ada 4 ciri kepemimpinan yang baik..

7:51 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

mindaguru,
terima kasih atas sokongan komentar tuan utk penulis sederhana seperti saya. Sya percaya tn juga lebih berpengalaman dalam soal prinsip dan integriti.

Saya bersetuju dengan tn bahawa bakal pemimpin dan pemimpin perlu ada prinsip dan integriti.

Setinggi-tinggi penghargaan tuan sudi bertandang ke blog saya dan sudi meninggalkan komen. salam 1Perpaduan 1Malaysia

5:56 PM  
Blogger dardie said...

7 Perkara ini sekiranya didalami penghayatannya memberi suatu kesan luar jangkau minda tentang bagaimana kita sebagai pemimpin harus bertindak dan berfikir..teguran berkurun lalu ini merupakan suatu pandangan jauh seorang tokoh kehidupan yang sepatutnya menjadi asas kepada setiap pemimpin kecil atau besar untuk memenuhi istilah "delivery system" yang kini dialu-alukan..

12:25 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

dardie,
terima kasih meninggalkan komentar baik terhadap artikel ini. sememangnya pengabaian prinsip dan integriti memanjangkan kecelaruan etika kepimpinan. 'delivery system' sangat memberi makna dalam memangkin terus slogan amanah dan berkhidmat untuk rakyat...

6:40 PM  
Blogger BUNG ADI said...

sudah hamba komen dalam SAM.
x tau apa mo ckp lagi.

TERUSKAN.

11:51 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

tn, terima kasih bertandang. :D.

5:20 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home