Balik Kampung..
yang kecoh, yang ribut, yang berserabut, atau nakal yang tidak begitu angkuh, yang terubat sendu, dalam sekian banyak pilu silam ke depan menyerbu, sekalipun terhiris berdarah, jatuhnya pun tetap menenun warna yang tidak boleh disangkal hadirnya. Yang begitu baiknya ialah ada perkongsian, pertautan perasaan mewarnai beranda jiwa. Dan yang singgah di antaranya ialah aura luarbiasa memintal rasa persaudaraan melalui pelbagai cara karekter kita tapi satu dalam cara keluarga.
barangkali belum ada masa untuk kita mengharungi perjalanan yang sama di satu tempat yang begitu kita gemar. Tidak mengapa untuk itu.. Biarlah kegemaran yang sama itu sentiasa bernyala, jasad di bumi lain, tapi kita menghantar pandang ke destinasi fikiran yang sama. Bukan tidak ada waktu untuk kita berselisih bahu, di udara sana Dia melihat bumi ini kecil, barangkali tidak sukar untuk kita berfikir antara bahu kita tidaklah sejauh mana untuk bertegur sapa.
Kegembiraan tidak pernah menjauhi kita. Cuma kita meletakkan kegembiraan itu sebentar di sisi, menelaah ruang, mentafsir langkah dan mengatur peluang sewaktu kita berlengan dengan kesibukan dan tuntutan 'makan minum' di bumi yang semakin tamat sifat sementaranya. Akan ada hari yang datang nanti, perlahan menepuk mesra belakang kita dan berkata "Saya ada sesuatu untuk kamu" dan dia menghadiahkan kita satu hari yang belum kita tahu bila.
dan peringatan terakhir sewaktu kita hampir kehilangan sabar untuk meraihkan beberapa hari besar, ada ketakutan yang akan menyusul. Kegelapan mula menjelajah sehabis ruang yang ada untuk 'menjerkah' kepulangan bertali arus di atas jalan. Pelbagai destinasi yang dihajati mungkin senyum perantau akan bertemu lambaian mesra desa. Tapi tidak semua cerita akan berakhir begitu. Usahlah memilih apa yang tidak kita inginkan berlaku...
Inilah hal yang ingin kujeritkan kepada semua yang ingin pulang..
"TOLONG JANGAN PANDU LAJUUU!!.BOLEH TAKKK??!!"
SELAMAT BERCUTI WARGA MALAYSIA.
PROUD TO BE SABAHAN!!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home