TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, February 05, 2006

Hari yang membosankan..

Aku menutup tirai cuti dengan hujung minggu yang sangat membosankan.. Mujur esok aku berdepan dengan tugas kebiasaan yang membuatkan aku berfikir masa begitu pantas berlalu dan waktu itu aku lebih memikirkan betapa aku terpinga-pinga ditinggalkan masa. Entah, cuti panjang begini aku selalu gagal mengisi sesuatu yang membuatkan aku berfikir "Alangkah seronoknya bercuti". Aku berdiri di tepi jendela cuba merenung lukisan tingkap yang hidup. Dan aku sekadar melihat fenomena alam yang ditikam kehangatan suhu, strukur bisu pembangunan yang tidak terkawal, angin malas yang kelihatan menyesal bermain debu kota seolah-olah berkata 'Aku tidak patut lalu di sini' dan aku mematikan pandangan mataku menatap wajah pokok yang suram menghantar lambaian daun yang menudungi jalan lengang dan berkata 'maafkan aku sahabatku kerana aku gagal memberikanmu udara yang bersih'. Aku tersenyum sendirian. 'Aku tahu 'mereka' semuannya bosan dan aku tidak bersendirian dalam hal ini', bisik hatiku cuba memujuk hati yang gagal.

Semalam aku bermimpi rumah di tepi sawah desa Tingkalanon.

3 Comments:

Blogger Jaxon S said...

mungkin putaran rutin hidup perlu disuntik dengan rutin yang baru untuk menghilangkan rasa bosan?

7:37 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ya! aku perlu memikirkan rutin baru dan tidak menyalahkan keberadaan hidup.. Jack biasanya lakukan apa ketika dalam cuti?

Hanya satu yang mungkin dapat menghindariku daripada kesilapan berjela-jela dalam urusan mengurus harian (yang membentuk apa yang kuanggap bosan) hanyalah dengan blogging barangkali... Lain? KL tidak banyak dapat membantu situasi. KL sudah menjadi sebuah Kota Lara... (Entah kalau aku sebenarnya cuba melindungi ketidakmampuanku menjelmakan rutin hidup yang baik melalui cara sendiri).. Aku perlu keluar, skali sekala.. keluar ke mana-mana yang dapat memberikanku peluang berunding dengan kedamaian dan ketenangan.

12:33 PM  
Blogger Jaxon S said...

mungkin perlu fikirkan rutin yang asas. kadang-kadang rasa bosan timbul kerana jiwa protes terhadap raga... kerana jiwa sudah bersedia diberikan cabaran dan masalah hidup yang lebih besar tetapi raga tidak mendengarnya, sebaliknya hanya memberinya rutin dan cabaran yang hampir sama setiap hari.

bila rasa bosan sebegini timbul, keluar ke mana pun, buat apa pun, rasa bosan akan tetap mengekor kerana rasa bosan itu datang dari dalam.

tapi rasanya mick sudah dpt jawapannya. cuma jgn tunggu lama utk melaksanakannya kerana jiwa adalah "musuh dan rakan yang perkasa" yang tidak akan dapat ditewaskan oleh raga. apabila jiwa bosan menunggu tindakan raga, maka ia akan protes, rempuh semua halangan, sepak terajang semua yang ada di hadapannya dan kemudian memecut membebaskan diri daripada pengaruh raga.

pada ketika itu jiwa akan menentukan haluan sendiri. ketika itu ia akan memilih mana-mana sahaja daripada sekian banyak arah yang ada tanpa memikir risikonya.

rasanya, eloklah jiwa ditenangkan supaya jiwa dan raga sama-sama sepakat memilih jalan mana yang perlu dilalui.

macam pakar psikologi pula saya ni. tapi ini cuma pandangan shj dan seperti mana halnya apa-apa yg dikatakan pandangan, ia boleh jadi silap dan boleh jadi betul atau sebahagian daripada kedua-duanya.

5:44 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home