TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, April 19, 2006

Berita Harian - Tiga Beranak Maut digilis keretapi

Belum serik lagi!!.

Fakta laluan tersebut sudah merakamkan rekod tiga kematian sebelum ini tetapi masih tidak cukup untuk membuatkan sesiapa yang mahu melintas laluan tersebut berhenti daripada 'berkelakuan bahaya' atau sekurang-kurangnya berfikir dua kali akan risikonya dan memilih untuk tidak menduga maut. Hasilnya, berderai lagi airmata insan yang hatinya dilanda kehancuran total melihat mayat isteri dan 2 anak bercerai nyawa dan kasih sayang.
Jika sekalipun ada rundingan untuk membina jejentas antara jawatankuasa kampung terbabit dengan pihak yang berkenaan, tunggulah sehingga projek 'selamat' itu terbentang depan mata. Lintasan keretapi tidak pernah berkompromi dengan tanggapan sekali dua melintas selamat. Memanglah, apabila dua tiga kali melintas, berjaya melepasinya tanpa ragu-ragu dan penuh yakin, maka sepanjang berlakunya siri lintasan seterusnya, 'perasaan selamat sekali dua melintas' itulah yang membudayakan akal.
Pandang isteri, pandang anak, dan pandang kasih sayang yang diam dalam hati sendiri, fikirlah mengenai keselamatan. Bayangkan apabila mereka akhirnya pergi dengan tragik. Pandang pula mereka dengan perasaan kasih sayang ingin sentiasa bersama isteri dan anak dan bayangkan mereka ini ditinggalkan oleh diri sendiri dengan penuh tragik juga...
Beringatlah sebelum bahana tragis mengambil tempat mengajar kita akan erti kehidupan ....

1 Comments:

Blogger Little Mike (LM) said...

tengok la tu... belumpun habis melewati waktu 24 jam daripada kejadian maut digilis keretapi semalam, seorang lagi mangsa menemui ajal akibat dirempuh keretapi. Mungkin kita tidak boleh kata apa-apa sebab mangsa kali ini adalah warga tua, lemah dari segi tindakan dan sudah kehilangan kekuatan untuk membuat keputusan terbaik, namun itu tetap SATU NYAWA yang perlu hidup.

TUTUP SAHAJA LALUAN itu!!!

jika itu laluan terdekat ke sekolah, sekolah itu dibina bukan untuk membuatkan supaya lintasan melalui landasan keretapi itu menjadi laluannya. sudah tentu telah diketahui bahawa telah ada satu laluan pihak yang berkenaan yang boleh menghantar sesiapa sahaja ke sekolah itu dengan selamat.

jika ada yang memikirkan itu adalah laluan yang terdekat ke 'dunia masa depan anak-anak', bagi saya itu adalah laluan yang paling dekat ke dunia barzak.

12:51 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home