Antara gangguan, kemahuan vs komitmen untuk jujur dan ikhlas serta harga sebuah perasaan yang 'didiamkan' begitu sahaja...
Kekuatan 'visi', kesederhanaan dan fokus dalam menguasai emosi fikiran membezakan segalanya. Sukses yang sekadar biasa-biasa sahaja atau sukses yang efektif dua hal yang barangkali mempengaruhi kepentingan bersama.
Suatu ketika, kita memiliki apa yang telah kita idamkan setelah bertahun lamanya mengejar. Pada mulanya 'tujuan jelas' memandu membangunkan proses perkongsian yang terbina oleh emosi semulajadi, bergetar oleh aura dua arah. Seperti kemahuan yang tidak pernah dapat dihalang untuk hadir di sisi minda, seakan-akan goyah oleh kebangkitan emosi baru yang mahu menjeritkan revolusi menuntut panji-panji sukses yang berkibar 'di bumi lain'.... Aku hampir-hampir mengiyakan sahaja transformasi ini saat aku semakin rela berlutut pasrah begitu sahaja. Aku bukan tidak belajar mematikan serangan psikologi dari sepasang mata milik orang lain.. Aku bukan tidak belajar untuk menghentikan tikaman bahasa lidahnya yang sesiapapun mendengarnya akan diulit perasaan 'itulah dia'... Aku juga tidak gagal untuk mengumpul usaha membina kesederhanaan dalam menganalisis ketika aku diasak bertubi-tubi oleh terjahan permainan minda.
Hanya satu perkara, aku barangkali gagal mendiamkan perasaanku... Terlebih aku gagal terhadap seseorang yang lain yang mengajarku memperlahankan larian kerana merpati putih itu ada dan sering menyinggah di bahu kananku. Aku gagal menanggapi walaupun tidak susah untukku fahami, dalam sekian banyak kali burung itu bertenggek tidak juga di bahu kiri.
Akhirnya pada suatu hari, antara hari-hari yang terlepas di belakang(aku tidak pernah menduga ia datang lebih awal) aku telah menemui warna dunia yang pernah kumimpi dahulu walaupun kutahu mungkin kakiku tidak akan memijak lembahnya. Sekurang-kurangnya, aku terpandang taman itu dan aku sudah berpeluang memandangnya sementara aku hidup. Dan setelah aku melihat semua itu, aku tidak akan berangan-angan lagi. Ya! aku akan memandang begitu sahaja tanpa mengabaikan perasaan menghargai.. Lebih baik begitu..
Jiwaku harus bebas bertahan. Bertahan sebagaimana pada mulanya aku menganggap itu satu perjuangan.
aku terpijak bunga yang mekar di mana tempat aku berdiri tadi. Izinkan aku beredar sebentar, Aku mau memperbetulkan tegaknya kembali dan akan menemaninya sehingga berbunga....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home