I Sound Like Stupid If I Speak In Malay.... Sharifah Amani - Pelakon Sepet dan Gubra
Tepat menjelang bulan kemerdekaan, negara Malaysia menyambut 'harijadi'nya ke-49 pada 31 Ogos ini, dilukakan oleh satu episod menyedihkan. Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), menjadi tanda kenangan yang meninggalkan kesan memilukan apabila penerima anugerah pelakon wanita terbaik FFM19 Sharifah Amani menerusi filem Gubra, dengan tidak semena-mena mengucapkan kata-kata yang benar-benar mencabar kedaulatan bahasa rasmi negara.
"I sound like stupid if i speak in Malay"
Di manakah sebenarnya kita dapat menentukan 'kelihatan bodoh' atau 'kelihatan pandai' ketika kita bercakap dalam bahasa Melayu;
"Kita tidak dapat melakukan semua perkara yang hebat, tetapi kita dapat melakukan perkara-perkara yang kecil dengan perasaan kasih sayang yang sejati"
atau bercakap dalam bahasa Inggeris;
"We cannot all do great things.But we can do small things with great love."
Memohon maaf mungkin satu langkah terbaik bagi merungkai ketidakselesaan rakyat Malaysia namun hal yang sudah terjadi pasti diingati orang dan akan terus menusuk jantung bangsa. Benarkah kita kelihatan seperti orang yang bodoh kalau kita bercakap dalam bahasa Melayu?? Bahasa tidak kira apapun yang dipertuturkan tidak pernah wujud untuk berdamping dengan kesombongan atau keangkuhan setinggi itu tetapi sebagai wahana yang hidup dalam setiap nadi semua bangsa untuk bersahabat dengan segala rahsia ilmu. Sebagai seorang rakyat Malaysia, mudah sangatkah mentaliti seperti ini mengambil tempat, menjadi inti jatidiri kewarganegaraan??
ke lubuk manakah yang harus kita pergi, mencari akar rumpai yang tidak perlu dan mencabutnya dan mengantikan dengan teratai yang enak dipandang mata???
Barangkali Sharifah Amani perlu belajar menyanyi dan menghayati lagu "Bahtera Merdeka"
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home