Ikan Badul (versi c Ejay)
Sya masih teringat sebutan c Ejay bila menyebut nama menatang ni. Hehe... C Ejay (putra ke-2 c kakak Lyedd) lebih suka menyebut 'ikan Badul' daripada ikan badus... Bebrapa kali kami cuba betulkan pun masih tetap suka menyebut ikan badul.. Tapi saya tahu ini disengajakan olehnya dan sememangnya karakter dia selalu sahaja unik untuk diperhatikan.
Banyak peristiwa menarik muncul setiap kali memandang ikan ini. Kenangan terus sahaja membawa saya ke suatu petang bersama Nuar, pergi ke kolam pakcik Ambal di sarayo. Membawa bersama peralatan untuk mononggi'is badus, berumpankan tali perut ayam dan dibiarkan semalaman. Awal pagi jam 5, saya dan Nuar menjenguk tonggi'is dan hasilnya, memang lumayan.. bleh dapat sampai 20 ekor.. Besar-besar pula tu. Sekali pernah dapat Ikan Badus sebesar lengan... Enak sekali untuk dihidang.. Mononggi'is adalah hobi nombor satu suatu ketika dulu. Aduiii!!! lapar la pula perut nie.. hehe
Gambar di atas adalah 'gambar ihsan' daripada Abg Jack, dirakam selepas surut banjir di tengah sawah. Nampaknya, ikan ni lambat pickup daripada kengkawan dia yg lain. Tu la sebab dia 'kesurutan air'.. Akibatnya, di kuali la hayat dia... hehe
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home