Di Antara Perasaan Bersahaja, Mahu Bertanya Dan Rasa Unik
Tiga perkara yang mula mendekati hariku dalam beberapa waktu kebelakangan ini. Entah itu perlu aku tanyakan pada diriku saat ini atau akan kubiarkan untuk beberapa waktu lagi. Tentu sahaja aku perlu menyemai rasa jujur agar gema emosi ini mendapat layanan sebaik mungkin demi kerana itu adalah aku sendiri.
Ada waktunya, pada bahagian kehidupan tertentu seperti aku mengiyakan sahaja getar naluri tanpa rasa mahu mengetahui apakah sebabnya. Yang bagiku datang begitu sahaja tanpa mampu memaksa aku mencampuri urusan rasa. Entah itu baik bagiku atau aku tidak dapat menanggapi sesuatu yang berkilau di sebaliknya. Aku tau, selalunya dalam kebanyakan masa aku menjadi lelaki yang gagal mendekati pengertian mana yang perlu membuatkan aku rasa mengerti.
Ada waktunya, aku sengaja mengingatkan diriku bahawa dalam beberapa waktu aku terlupa untuk mahu bertanya. Dan sehingga kini aku ingin terus mengingatkan diriku bahawa ada pertanyaan yang terasa istimewa dan dekat sahaja dalam hati. Sehingga kini, malangnya aku masih membiarkan persoalan itu berlegar, melemahkan sikap siagaku, menanyakan kembali hati sendiri dan aku menjadi ligat untuk menepis setiap satu kepulangan kembali pertanyaan yang kulontar tanpa arah, memintaku mengakui akulah tuan mereka. Aku sudah lama mengakui bahawa akulah yang memiliki mereka dan melepaskan kembali pertanyaan itu ke ruang-ruang nafas tetapi aku masih tidak dibenarkan melepasi pertanyaan itu melampaui sempadan biologi menjengah seberang benua bidadari.. Aku tidak dibenarkan oleh dua pekara. Pertama, aku tidak diketahui oleh 'sesiapa' dan keduanya aku tidak ketahui pun kelibat 'sesiapa' kah itu!!.. Tidak mengapa.. Sebentar sahaja lagi.. Kaki kananku jika sudah terpasak ke bumi, aku tau kaki kiriku akan membawaku ke satu lapangan..
Rasa unik.. Ahhh!.. antara gemar dan tidak, antara suka dan mahu melepaskan, antara mahu mengerti dan menolak, dan banyak lagi yang mengundang pertimbangan. Aku menjadi terpisah rasa dalam satu atmosfera naluri. Masih membahagi dua tetapi tidaklah terlalu jauh jaraknya dan adakala sengaja bercantum kembali kerana aku mau begitu. Aku masih boleh berlari jauh, tapi tidaklah terlalu jauh asalkan masih dapat kulihat biar sebesar noktah sekalipun. Aku tau aku masih tidak sanggup terlepas pandang walaupun aku memilih untuk tidak menoleh. Biarlah aku berhenti setakat itu sahaja. Aku tahu rasa unik itu tidak akan membawaku ke mana-mana pun. Ini adalah nota hidup yang hanya aku sahaja yang membacanya sepanjang hayat. Ya! aku hanya mahu membacanya sahaja...
Selamat datang musim bunga..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home