TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, March 13, 2007

Doakan Mama Dan Bapa Di Kg..

Pagi tadi, lebih kurang pukul 10am, saya mengambil kesempatan untuk menghubungi bapa di kampung bertanyakan khabar mereka. Bapa beritahu mama berada di Kudat sejak semalam dan ditahan di hospital Kudat (sakit mama dulu datang lagi). Kakak Anang mengambil mama tengahari kelmarin di kampung bila mengetahui mama dalam keadaan yang tidak stabil. Bapa bagitau mama tidak dapat tidur dan muntah-muntah. Makan bubur atau minum air juga mama muntah...
Bila saya bertanyakan keadaan kesihatan bapa, bapa beritahu dia juga tidak sihat. Sakit pergelangan tangan dan di bahagian siku masih tidak berkurangan sejak sebulan yang lepas. Suara bapa lemah kedengaran. Kebetulan ketika saya bercakap-cakap dengan bapa, uncle Majawab datang melawat.
Doakan mereka di kampung. Terfikir untuk saya berhenti kerja di sini dan mahu berada bersama mereka di kampung. Banyak yang mama dan bapa tanggung di dalam benak. Sawah padi, urusan harian, rumah yang sunyi tanpa anak-anak, keadaan fizikal yang semakin terhad kudrat. Sampai waktunya mereka perlukan sokongan kerja tangan, kata-kata anak kepada ibu bapa, mengikuti permintaan mereka, mendengar keluh kesah, berkongsi senyum dan tawa, atau mengimbas bersama pengalaman, memberi kasih sayang dan di samping mereka sepanjang masa. Keadaan begitulah yang sebenarnya menyembuhkan mereka.. Semoga mama dan bapa beroleh kesembuhan dan kebahagian hati..
"Ya Tuhan! lindungi mama bapa di bawah telapak berkat tangan-Mu. Kepada-Mu sahaja kami bermohon belas kasihan"
Aminn..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home