Bicara Blog: Dari Jendela Mickey's Corner
Memang patut pun kenapa jalanraya di Malaysia antara lebuhraya yang paling tidak selamat di dunia. Yang menjadikan laluan panduan tidak selamat ini sebenarnya adalah pengguna dan kalangan individu yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan penyediaan produk dan hal-hal keselamatan pengguna di atas jalan. Dua isu yang paling mengerikan iaitu kereta potong dan tayar botak yang dilorek dan dijual semula. Kedua-duanya sukar dibezakan dengan pandangan mata kasar dan yang lebih malang sekadar dipandang sebelah mata oleh masyarakat pengguna. Ia memerlukan pihak yang berwajib untuk melakukan bedah siasat terhadap tahap keselamatan kenderaan yang digunakan. Demi wang dan alasan kos yang murah, individu pencari untung dan pengguna seperti 'selesa' mempertaruhkan nyawa. Blog ini mengharapkan kerajaan mengambil langkah drastik untuk membendung kegiatan 'pembunuh jalanraya' dan mengenakan tindakan keras terhadap pengguna yang gagal mengaplikasikan tahap keselamatan maksima di atas jalanraya.
(Sumber isu: The Star 9hb May 2007)
Dua hari yang lepas, Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) disokong oleh FIFA, membidas Man Utd kerana mengadakan siri jelajah ke Asia terutamanya di Malaysia pada bulan Julai kerana bertembung dengan Kejohanan Piala Asia yang dilangsungkan pada bulan yang sama. AFC menyuarakan kebimbangan terhadap kesan tumpuan masyarakat terhadap kejohanan tersebut. FAM mengambil pendirian yang sama dan mengesahkan supaya Man Utd mengubah jadual perlawanan persahabatan. Pendirian AFC, FIFA dan FAM ditentang keras oleh peminat bolasepak tempatan terutamanya peminat Man Utd. Antaranya;
Stephen Lee, 22 "Event if Man Utd are not coming to Malaysia, i don't think i would be interested in watching the Asian Cup. Come on, this is ridiculous"
Acex, KL " Sorry, what cup did you say it was again? Asian Cup? Is that a coffee cup?
Dr.Haryaty, 29 "I think having Man Utd play Malaysia would help higlight Asian Football, rather than take attention away from it. Im extremely disapointed."
Memang tidak dinafikan, kelibat kelab ternama dunia ini boleh membantu kegairahan bola sepak menyemarak di bumi asia namun blog ini menyatakan kurang setuju dengan pendapat ramai yang tidak puas hati dengan cara badan bolasepak Asia mengendalikan situasi tersebut. Biarpun saya sebenarnya adalah penyokong ekstrem Chelsea tetapi saya tetap menyuarakan tidak setuju sekalipun perlawanan persahabatan dengan Malaysia melibatkan pasukan Chelsea FC. Ia soal memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan bola sepak Asia yang masih meraba-raba mencari cahaya kegemilangan di pentas dunia. Pandangan ekstrem seperti ini sebenarnya merupakan gambaran betapa bola sepak Asia Tenggara khususnya di Malaysia terhumban jauh daripada perhatian peminat bola sepak tanahair. Dengan sendirinya mendedahkan bahawa sikap demikian merupakan sebahagian daripada kegagalan bola sepak untuk bertapak jauh ke persada antarabangsa. FAM perlu terus berusaha menaikkan mutu bola sepak tempatan agar dapat bersaing dengan pasukan negara lain seterusnya menangani perhatian dan sokongan peminat. Pada masa yang sama, peminat perlu lebih seimbang ketika memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran dan keinginan untuk membantu memberikan idea-idea memacu pasukan bolasepak kebangsaan ke mercu kejayaan. Kejohanan Piala Asia sebenarnya satu daripada 'mercu tanda' sukan yang diusahakan dengan ikhlas demi untuk masa depan bola sepak asia.
Perlawanan melibatkan Kelab Manchester United di Asia sebenarnya sesuatu yang menyeronokan bagi semua penyokong asia tidak kira apa pun pilihan kelab mereka tetapi biarlah perlawanan ini memberikan manafaat kepada beberapa pihak. Saya bersetuju dengan FAM yang mengambil pendekatan agar perlawanan tersebut ditunda pada tarikh selain daripada tarikh berlangsungnya kejohanan bolasepak Asia pada bulan Julai nanti. Maklumat terbaru, kelab Chelsea FC juga mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia pada bulan May nanti. Blog ini mengharapkan (siapalah yang mendengar! hehe) agar kelab-kelab lain yang bercadang untuk mengadakan siri jelajah di Asia, meriahkan sukan tanah air pada waktu dan masa yang tepat! Sokong Kejohanan Bolasepak Asia!!
(Sumber isu: The Star 10hb May 2007)
Hari ini, saya terbaca artikel yang menulis tentang cadangan bahagian peperiksaan Malaysia yang bercadang memansuhkan UPSR dan PMR pada tahun 2012 atau pada tahun 2015. Jika ini benar dan jika tidak ada inisiatif lain menggantikan 'ujian ilmu' sedia ada, maknanya sepanjang hampir 10 tahun, pelajar langsung sahaja melatih minda melalui pembacaan dan ingatan. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap untuk sekadar datang ke sekolah diajar dan belajar. Pelajar harus didedahkan dengan ujian lasak atas kertas. Peperiksaan sekolah barangkali bagi sesetengah pemikir sudah memadai tetapi pendekatan ujian berbeza-beza oleh guru-guru sekolah di seluruh negara. Dapatan pengajaran berkualiti dalam kelas mungkin memberikan reaksi berbeza-beza juga tanpa ada satu standard yang mampu menyuluh visi dan misi falsafah pendidikan negara. Maka dengan itu adalah wajar dan releven UPSR dan PMR diterima pakai sepanjang masa. Cuma yang mungkin boleh dipertingkatkan lagi ialah tahap keberkesanan modul peperiksaan berinteraksi dan mecabar kecerdikan pelajar dalam serba serbi.
(Sumber isu: The Star, 10hb May 2007)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home