TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, December 11, 2007

Wahai Orang Bijak Pandai, Hanya Begitu Sahajakah Yang Termampu??

Lagi cerita perarakan haram. Kali ini melibatkan golongan bijak yang berprofil tinggi dalam kerjaya. Bersama-sama dengan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan termasuk beberapa ahli politik pembangkang, para peguam mengambil keputusan untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.
Wahai para pemikir bijak pandai, hanya itu sahaja yang termampu oleh anda?? Menyuarakan perasaan tidak puas hati di jalanan?? Berarak? Membawa sepanduk? Kebijaksanaan anda sepatutnya lebih itu. Lebih daripada sekadar menyusur di jalanan. Lebih malang, pengamal undang-undang menidakkan keluhuran undang-undang itu sendiri. Blog ini terkilan dengan idea demonstrasi jalanan yang tidak berkesudahan. Tujuk perasaan bukan satu budaya. Lebih memburukkan keadaan apabila sampai ke tahap mencabar kredibiliti pihak berkuasa tempatan. Ada cara lain yang lebih bistari, lebih bertangungjawab, yang lebih menampakkan kematangan dan memantulkan tindakan teratur tanpa mencalar kedaulatan undang-undang.
Tolong ajarkan kepada generasi masa datang dengan idea-idea ilmiah yang sesuai dengan peribadi anda sebagai seorang yang ilmuwan, sesuai sebagai golongan yang percaya kepada undang-undang. Adakah anda sedang mengajar anak-anak muda, wajah-wajah masa depan untuk mendahulukan emosi dalam menyuarakan rasa tidak puas hati? Perilaku beginikah yang anda inginkan untuk hayat negara seterusnya??

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi mick!

wishing you a very merry christmas!!!

cheers!

12:36 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home